Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.
Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.
Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Inggeris memang sudah lama membina dan mereka hiasan dalaman mereka. Bukan kita je malah serata dunia terpikat dengan idea mereka menghias rumah. Hampir satu dunia memilih tema ini. Biar ada pencabar terdekat macam Perancis, Sepanyol dan rantau Scandinavian. Tetapi gaya Inggeris tetap nombor satu. Cuma ada di antara kita yang minat tapi tersilap teknik hias sampai huru hara jadinya hiasan Inggeris dia. Kesian tau sebab barang Inggeris ni bukannya murah.
KEDIAMAN GOLONGAN BERADA SEMEMANGNYA MEMUKAU MALAH MENJADI LAMBANG STATUS.
LAGAK MASKULIN PRIA INGGERIS DALAM MENGUASAI DALAM SEGALA HAL TIDAK LAMA DAHULU MASIH LAGI DAPAT DILIHAT IDEALOGYNYA.
Pemilihan Era Yang Salah
Gaya Inggeris boleh kita bagi dalam beberapa gaya asas. Antara yang popular adalah gaya klasiknya yang mewah berliuk lentuk dan berkerawang. Atau anda gemarkan gaya aristokrat yang megah dengan perincian keemasan dan ukiran kayu mewah. Tetapi tidak sarat seperti gaya Inggeris klasik. Terkenal dengan sentuhan maskulinnya, wing sofa kulit dengan kemasan chesterfield. Atau anda lebih selesa dengan gaya sederhana , kedesaan Inggeris yang ringkas tanpa kerawang dan menggunakan kemasan sederhana. Jadi anda yang mana satu? Jangan campur adukkan gaya ini, nanti tak keruan hasilnya.
KEDIAMAN AGAM YANG SELALUNYA BEKAS ISTANA LAMA YANG DIWARISI OLEH GOLONGAN BERADA INI SEMEMANGNYA MEMBERI INSPIRASI.
SUAI PADAN PELBAGAI PILIHAN FABRIK DAN PERABOT. BIAR PUN BERLAINAN RUPA TETAPI NAMPAK MENARIK DIGANDING SAMA.
KEHEBATAN ISTANA ATAU KEDIAMAN GOLONGAN ATASAN, BERMAIN DENGAN SEGALA KEMEWAHAN YANG DIPEROLEHI DARI NEGARA JAJAHAN INGGERIS.
Warna Kurang Tepat
Ada yang gemarkan warna lantang seperti merah cili, kuning kunyit, biru nila dan hijau neon. Hasrat untuk nampak menyerlah dan mewah. Malangnya anda memilih gaya Inggeris yang lebih sinonim dengan warna lembut dan pucat. Tidak salah jika anda memilih rona kayu, seperti pine, oak dan birch. Ia masih popular di kalangan kediaman Inggeris baik kediaman aristokrat yang selalunya di bandar-bandar besar atau kediaman pendalaman Inggeris. Warna -warna pekat seperti magenta, hijau gelap malah biru tua lebih sesuai untuk klasik. Sentuhan feminin dan sweet lebih sesuai untuk kedesaan.
RINGKAS DAN SELESA, TEMA HARMONI SEMEMANGNYA SEDAP MATA MEMANDANG
KOMBINASI KEKOTAK DAN CORAK FLORA SEMEMANGNYA GANDINGAN SINONIM DALAM RAGAM HIAS ALA INGGERIS.
Kemasan lembut Yang Bercampur Aduk
Tidak salah jika anda memilih polos untuk kedesaan Inggeris. Malah corak kekotak dan berbelang juga masih cantik. Ingat kesederhanaan kehidupan sang pentani tu boleh anda nyawakan di dalam tata hias anda. Pastikan kaki sofanya ringkas, permaidaninya juga polos. Jika mahu elemen kraf, anda boleh memilih tapestry yang sememangnya sinonim. Langsir kediaman petani yang ringkas lengkap dengan kayu penggantung ringkas. Lainlah kalau anda mahukan Inggeris aristokrat yang lebih megah rekaan langsirnya siap rod besi. Atau gaya klasik yang berat sarat dengan fabriknya juga potongannya. Ingat setiap hiasan itu membawa cerita pada ruang. Jadi apa cerita yang anda ingin sampaikan ?
KEHEBATAN KAMAR BERADU JUGA SANGAT DITITIKBERATKAN. CORAK SARAT PADA BAHAGIAN TERTENTU SAHAJA.
RUANG MEMBACA SANGAT PENTING BUAT KEDIAMAN INGGERIS. IA JUGA RUANG UNTUK BEREHAT DAN BERSENDIRIAN. JADI JANGAN DIBUANG BAHAN BACAAN ANDA. JADIKAN SALAH SATU RUANG KEDIAMAN ANDA SEBAGAI MINI LIBRARY.
SEIMBANG. BIAR PUN KEDIAMAN AGAM, SEMUANYA DI SUSUN RAPI. AKSESORI YANG CUKUP, WARNA PASTEL DAN PADANAN CORAK KEMASAN LEMBUT YANG SESUAI. TIDAK KURANG TIDAK LEBIH.
Aksesori Yang Keterlaluan
Ini juga salah satu penyakit di kalangan peminat kedesaan Inggeris. Aksesori! Jelas aksesori tema Inggeris memang semua cantik-cantik. Sampai ada yang terbeli tema vintage Inggeris di zaman perang dunia kedua biar pun rumahnya ala kedesaan. Malangnya kita itu menghias ruang kediaman dah sama dengan kedai cenderamata. Rileks, boleh beli semua itu, tetapi kita bahagikan kepada 4 musim atau empat bulan. Jadi setahun kita boleh tukar aksesori sampai tiga kali. Setiap hiasan anda itu cantik, jadi biarlah jadi tumpuan mata kita atau tetamu bertandang. Kalau sudah sarat, yang mana satu perlu difokuskan?
KOLEKSI YANG SEADANYA. CUKUP BUAT PELENGKAP GAYA.
MENCURI RUANG NAMUN TIDAK KETERLALUAN. CUKUP SEBUAH SOFA BERBUGA DAN YANG LAIN DIPADAN KAN DENGAN CORAK KEKOTAK SERTA POLOS.
GAYA MEWAH TUDOR YANG SINONIM DENGAN ZAMAN KUNO INGGERIS DAN ISTANA MEGAHNYA. DIADAPTASI NAMUN DENGAN GAYA YANG LEBIH RINGKAS.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Teruja IMPIANA menerima gambar kediaman Puan Siti Aishah dan Encik Muhamad Talhah ini, kediaman jenis teres berkeluasan 24×85 ini membuka mata yang mencintai konsep kediaman seperti ini.
Kata Puan Aishah konsep dan idea rumah ini adalah daripada beliau dan suami, ia sendiri melakar idea tersebut untuk setiap sudut dan telah berkongsi idea kepada pihak hiasan dalaman pilihan mereka iaitu ritzreka.ID. Tambah Puan Aishah, Pakar Hiasan Dalaman Eija Ahmad, banyak membantu dalam merealisasikan idea dan impian mereka sekeluarga untuk mendapatkan rumah idaman.
Konsep yang ringkas dan minimalis menjadi pilihan Puan Aishah dan suami, dan asalnya konsep scandinavian menjadi pilihan, terlalu banyak idea dan kombinasi akhirnya kediaman ini terhasil dengan penuh menawan. Tiada perasaan lain selain rasa berpuas hati dengan hasil sentuhan ini. menggunakan tiga warna dalam sentuhan membuat ruang dalam rumah ini nampak lebih berkesinambungan dalam tona yang sama.
Untuk makluman, walaupun pasangan ini telah mempunyai konsep dan idea tersendiri, mereka masih menggunakan ritzreka.ID kerana membantu dan bijak dalam menghasilkan idea terutamanya kabinet pasang siap dari segi rekaan dan kemasan. Setiap idea yang dilontarkan, dapat direalisasikan oleh pakar hiasan dalaman tersebut dengan mudah dan pantas walaupun agak sibuk untuk memantau kerja beliau, lebih lagi di musim PKP. Hasilnya cukup mengujakan.
Jom cuci mata lihat hasil sentuhan kediaman Puan Aishah dan suami.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap orang mengimpikan kediaman yang indah dan harmoni. Lebih-lebih lagi buat pemilik rumah pertama, pasti teruja nak jadikan tempat tinggal kita sebagai ‘sarang’ buat ahli keluarga berkumpul dan bergembira. Jadi sudah tentu kita nak pastikan ia berada dalam keadaan yang sentiasa kemas dan tersusun. Pertama sekali, nak mendeko kediaman perlu lah berfikir di luar kotak agar sesuai dengan saiz rumah, bajet dan paling penting, konsep yang mahu diketengahkan. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Syarlini Norzeli, rumah semi-D yang baru didiaminya selama 6 bulan ini telah dihias cantik berpandukan dengan konsep minimalis yang tampak simple tapi menarik.
Kediaman yang dilengkapi dengan 4 bilik dan 3 bilik air ini mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk direnovasi dan di siapkan sepenuhnya. Pastinya tuan rumah amat gembira dengan hasilnya kerana dalam masa yang singkat, keadaan rumah baru itu amat menarik dan memuaskan.
Dengan perbelanjaan kasar RM30k, Puan Syarlini telah menghias sendiri rumah nya dengan rona kelabu dan kuning pada karpet yang dibentangkan, begitu dominan menjadikan ruang tamu beliau kelihatan ceria. Selain itu, dapat juga kita lihat tumbuhan hijau menghiasi segenap penjuru sekaligus mendatangkan aura kesegaran pada kediaman. Cermin, bingkai gambar dan pasu kecil juga ada di letak kan di pelbagai penjuru sebagai menyeri ruang.
Jom IMPIANA bawakan pembaca melihat kediaman pertama yang menjadi idaman dan impian setiap orang supaya boleh dijadikan sebagai inspirasi di masa akan datang. Selamat mendeko!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.