Guna Perabot Basic Untuk Dapur Sempit, Tapi Ini Hasilnya

Share

Sebelum ni, impana ada kongsikan beberapa ilham dekorasi dapur sempit untuk rumah flat. Antaranya ialah:

(GAMBAR) Lelaki Ini “Make-Over” Sendiri Dapur Sempit 105sqft [klik sini].,vd

Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis

dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.

Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover

melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.

Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.

Published by
Impiana