Sabut kelapa, sering kali dianggap sebagai bahan buangan, sebenarnya berguna dalam dunia pertanian dan berkebun.
Dengan menggunakan sabut kelapa sebagai batas tanaman, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sisa buangan, tetapi juga dapat meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan pokok.
Idea yang dipraktikkan Syuhadah Zahari memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas.
Ujar beliau bermula dari tanah kosong hanya tumbuh rumput dia mengambil keputusan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.
Dari tumbuh rumput baik tanam sayur yang kita suka
Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.
Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.
Coconut husks raised bed
Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.
Ads
Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.
Ini hasilnya
Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.
Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.
Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.
Ramai sahabat laman kata kesum yang ditanam tak menjadi. Kalau berjaya dibiak pun, pokoknya tak tahan lama. Sekejap je dah mati. Sebenarnya, tak susah pun nak tanam kesum. Ada 3 kaedah boleh kita lakukan untuk menanam kesum ni. Antaranya:
KAEDAH 1
Ambil beberapa batang kesum tang telah matang dan batang nye sihat dari ikatan yang dibeli dari kedai. Buangkan semua daun. Hanya tinggalkan beberapa helai tunas atau pucuk yang masih muda. Sediakan medium bersaliran baik dan mampu memegang kelembapan dalam tempoh yang lama. Paling mudah, pastikan medium tanaman yang digunakan mempunyai kandungan coco peat (sabut kelapa) atau perlite. Basahkan medium tanaman dan tanam batang yang telah di pilih tadi ke dalam medium tanaman. Pastikan medium sentiasa dalam keadaan lembap.
KAEDAH 2
Sediakan batang kesum seperti dalam kaedah satu. Rendam kan batang kesum tersebut di dalam air. Biarkan batang kesum tersebut berakar. Kebiasaanya dalam tempoh seminggu dah berakar. Bila dah berakar, baru semai pada tanah
KAEDAH 3
Tanaman tanpa tanah. Bagi anda yang kurang masa untuk menyelenggara tanaman, tanaman sistem hidroponik atau nutripot. Tak perlu beli mahal-mahal boleh buat sendiri je pakai barang-barang terbuang pon boleh
Air merupakan keperluan asas bagi setiap kehidupan dan sehingga 90% daripada berat tumbuh-tumbuhan adalah air. Oleh itu, air yang mencukupi adalah amat penting bagi tanaman. Kekurangan air boleh cepat memberi kesan yang negatif terhadap tanaman dan tanaman boleh mati hanya selepas beberapa hari tanpa air.
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda cara memasang sistem pengairan automatik untuk tanaman anda di rumah. Terdapat juga pelbagai alternatif yang lain yang boleh memudahkan pengairan tanaman, pencarian di dalam Google boleh memberikan anda pelbagai idea berkaitan dengan perkara ini. Contoh keyword yang anda boleh gunakan adalah ‘water plant while away’, ‘self watering plant’, ‘siram pokok masa cuti’, dan lain-lain.
Tapi kali ini IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WORKSHOP IMPIANA secara maya dengan mempelajari dengan lebih mudah untuk memiliki sistem ini dan boleh buat sendiri dengan hanya beli atas talian di SHOPPE ; Smart Watering Plant Project by Aiszzy
Dah beli jom sertai Workshop IMPIANA sebab banyak lagi benda yang anda boleh buat dengan Smart Watering Plant Project ni.
Pokok perlukan penjagaan yang sempurna, kadang kala terlupa siram kadang-kadang terlebih siram. Dengan sistem siraman pintar ini ia dapat dilakukan tepat pada masa yang sesuai dengan hanya dihujung jari anda.
Sertai WORKSHOP IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.