Mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kutu beras di rumah dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jangan ada yang tidak tahu, kini ada cara yang anda boleh lakukan untuk menghapuskan serangga perosak itu dari kediaman anda buat selama-lamanya.
Malah, ada cuma hanya memerlukan satu produk sahaja untuk menghalang daripada makhluk serangga perosak ini hidup dan bermaharajalela di dalam bekas simpanan beras anda.
Apa yang ada cuma perlukan adalah sebuah kotak ‘Rice Protector’ yang dijual di kedai barangan kelengkapan rumah, Daiso. Untuk pengetahuan anda, produk ini mengandungi beberapa peket kecil cili yang digunakan sebagai pembasmi makhluk serangga perosak kutu beras.
Ads
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu meletakkan sepeket ‘Rice Protector’ ini ke dalam bekas simpanan beras anda dan ia terbukti mampu bertahan daripada sebarang makhluk serangga perosak selama tiga bulan. Mudah bukan?
Sekiranya anda mahu mendapatkan produk ‘Rice Protector’ ini, anda boleh membelinya di mana-mana cawangan kedai Daiso di seluruh Malaysia atau anda boleh sahaja mendapatkan ia dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Garam epsom membantu menjadikan tanaman lebih subur. Selain digunakan untuk perawatan kecantikan, garam epsom juga mempunyai manfaat untuk aktiviti berkebun.
Magnesium yang terkandung dalam garam epsom membolehkan tumbuhan menyerap nutrien penting dengan lebih baik, seperti nitrogen dan fosforus. Selain itu, magnesium juga sangat membantu dalam keupayaan tumbuhan menghasilkan bunga dan buah.
Bagi anda yang rajin bercucuk tanam, garam epsom ini antara bahan yang wajib ada selain baja. Banyak masalah berkaitan dengan tanam-tanaman boleh di atasi dengan menggunakan garam epsom.
Melalui perkongsian Liyana Mohd Poad wanita ini memberikan tip kegunaan garam epsom (epsom salt) untuk kesuburan pokok dan cara-cara menggunakannya.
1.Meningkatkan percambahan benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih:
Cara penggunaan:
1 cawan garam epsom untuk 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 hingga 2 sudu gaul dengan tanah semaian.
2. Meningkatkan penyerapan nutrien (akar pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk menyuburkan pokok, menambah garam epsom pada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
Cara penggunaan:
1 sudu untuk satu pokok. Tabur pada tanah di sekeliling pokok.
3. Mengelakkan pokok terkejut selepas mengalih pasu atau ke tanah (transplant shock)
Kadang-kadang selepas mengalih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Keadaan ini berlaku kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku boleh guna garam epsom.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di sekeliling pokok selepas proses mengalih pokok. Tutup semula dengan lapisan tanah.
4. Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti apabila daun-daun mula menjadi kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba taburkan garam di sekitar tanaman anda agar daun-daun tanaman menjadi sihat dan segar.
Cara penggunaan:
Tabur/siram lebih kurang 1 sudu besar garam epsom pada setiap pokok sebulan sekali. Amalan ini akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda. Hasilnya pokok-pokok tidak kiralah apa juga jenis pokok termasuklah pokok renek, bunga dan rumput akan hijau semula.
Kadar: 1 sudu + 4 liter air Disiram dua minggu sekali
5. Elak daun menjadi keriting (pokok cili)
Mencegah daun daripada menjadi keriting (leaf curling) dengan garam epsom. Daun yang menjadi keriting disebabkan oleh kekurangan magnesium dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah garam epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Sebagai alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar garam epsom ke dalam satu gelen air dan siram terus pada daun.
Cara penggunaan:
2 sudu + 4 liter air Siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelakkan daripada perosak tanaman
Garam Epsom juga berfungsi mengelakkan tumbuhan diserang siput, ulat bulu dan jentik-jentik. Perlu diingat bahawa garam epsom larut dengan mudah larut dalam air termasuk air hujan.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di tempat yang bermasalah.
7. Buah-buahan menjadi lebih manis
Tabur garam pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur. Garan epsom membantu meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan, membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
Cara penggunaan:
Kadar: 1 sudu + 4 liter air Siram 2 minggu sekali Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali
8. Baik untuk pokok tomato
Menjadikan buah lebih manis.
Cara penggunaan:
2 sudu untuk setiap 4 liter air Siram setiap 2 minggu
9. Untuk melebatkan buah (cili) buah lebih besar dan pedas
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Buah cili juga jadi lebih besar saiznya.
Cara penggunaan:
Taburkan 1 sudu garam epsom untuk setiap kaki persegi setiap dua minggu sekali.
10. Pokok bunga ros lebih cantik dan bunga lebih besar
Guna garam epsom agar pokok bunga ros lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun jadi lebih gelap warnanya. Pastikan garam epsom digunakan ketika diawal-awal penanaman, ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Kini, sudah menjadi satu kemestian dalam kediaman memiliki ruang solat yang sempurna. Mushola di dalam rumah dapat menjadi salah satu indikator sebuah rumah dapat dikatakan Islami. Ia bukan merupakan syarat mutlak, maka tidak semua masyarakat muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya. Untuk itu penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apa saja faktor yang mempengaruhi seorang muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya.
IMPIANA ingin kongsikan ciri ruang solat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anda yang mengidamkan ruang solat. Ruang solat atau surau mini ini berada di dalam butik mewah Bawal Exclusive, jika ada yang menjejakkan kaki ke butik Bawal Exclusive ini apa kata singgah untuk solat di ruang yang cukup selesa dan secara tidak langsung anda akan berasa berada di salah satu masjid di Kota Mekah.
Setiap perincian dan sentuhan yang diberikan oleh Pengarah Design Seni Bina Dalaman dari Aqi Studio Sdn Bhd, Muhamad Baihaqi Abdul Rashid, cukup mencuri perhatian ramai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Syarikat pemaju perumahan, Mah Sing Group Berhad kini telah mengorak langkah untuk berkerjasama dengan platform aplikasi SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR).
Pengumuman kolaborasi tersebut telah diumumkan secara rasmi kepada umum, pada 28 Julai lalu.
Hasil kerjasama kedua-dua jenama ini, Mah Sing Group Berhad bakal menawarkan kepada semua ahli ‘M Privilege’ dan pemilik rumah di bawah projek perumahan M Vertica dan Sensory @ Southville City berpeluang untuk menerima diskaun potongan harga bagi setiap pembelian perabot, kemasan dan pakej hiasan dalaman.
Tawaran diskaun potongan harga yang bakal diberikan oleh Mah Sing Group Berhad kepada semua pemilik rumah di bawah projek perumahan berkenaan bernilai lebih RM14.5 juta.
Selain itu, kerjasama ini juga adalah sebagai satu langkah inisiatif kedua-kedua jenama bagi memberi kemudahan kepada pemilik rumah untuk memiliki rekaan hiasan dalaman yang tepat dan bersesuaian mengikut citarasa masing-masing.
Sedikit informasi mengenai aplikasi SofaX ini telah dicipta dengan fungsi teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) bertujuan untuk memberi input kepada para pengguna mengenai rekaan hiasan dalaman rumah yang tepat dan bersesuaian.
Dengan penggunaan aplikasi ini, anda boleh mengakses untuk melihat lebih 3000 produk daripada 150 jenama berserta 100 ‘portfolio’ pereka hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan rekaan hiasan dalam. Bak kata orang, semuanya hanya di hujung jari!
Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi dan tawaran ini, sila layari https://www.mahsing.com.my/ dan https://www.sofax.com/
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.