Guna tuil jenis pemegang lebih praktikal berbanding tombol pintu, doktor ini kongsi faktanya. Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya.

Rupa-rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan.

Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).

Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?

Guna Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu, Doktor Ini Kongsi Faktanya
Kredit foto: Pexels
  • Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
  • Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
  • Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Guna Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu, Doktor Ini Kongsi Faktanya
Kredit foto: Pexels
  • Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
  • Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
  • Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.Guna Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu, Doktor Ini Kongsi Faktanya

Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibu bapa kita pun akan selesa.

Kredit foto (top image): Pexels

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Guna Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu, Doktor Ini Kongsi Faktanya

Ads

 

Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?

Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!

Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.

Ads

Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.

Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.

Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti

Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!

Ads

 

Guna Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu, Doktor Ini Kongsi Faktanya

 

 

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=vUdDmmO8nFg

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI