Sejak dua tiga hari ni bising di sosial media mengenai set pinggan mangkuk antik tahun 90-an kini bernilai RM24,000. Huru hara dibuatnya kakak-kakak, makcik-makcik yang ada koleksi ini, semua dikeluarkan hendak menjual koleksi antik mereka ini.

Tular di laman Facebook mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah sehingga RM 24,000!

Terbaharu, pemilik akaun Facebook bernama Hazwani, tidak menyangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an yang dibeli dengan harga RM 200 itu kini sangat tinggi nilainya.

Hazwani yang merupakan pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, beliau terkejut selepas melihat harga di aplikasi e-Bay dan Lazada yang mencecah antara RM5,000 hingga RM24,000.

Sumber berita ini tular membuatkan peminat koleksi pinggan antik ini tersenyum lebar melihat koleksi mereka. Tetapi saya percaya masih ada yang enggan menjualnya kerana mungkin set koleksi tersebut adalah set turun temurun daripada ibu mereka.

Apa kata anda? Nak jual ke tidak.

Sumber: LAZADA