Halau Lipan Daripada Masuk Rumah, Ini Perlu Lakukan. Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Haiwan Ini
Sukakan tempat atau kawasan lembab.
Lipas dan semut merupakan makanannya
Badan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
Ia akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi
Ads
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata ini dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian dan biarkan sehingga yakin tiada lagi.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusirnya. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat ia tidak selesa lalu keluar dari rumah.
Ads
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemarannya.
Ads
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau haiwan ini. Selamat mencuba!
Almari pakaian sentiasa kemas dan rapi, ada cara dan ‘tertib’ yang kita kena buat. Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan berkerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan.
Berikut cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun:
GUNAKAN PENYANGKUT PAKAIAN YANG SAMA
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
PASTIKAN SEMUA PAKAIAN DIGANTUNG MENGHADAP ARAH YANG SAMA
Demi memastikan almarikelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT KOD WARNA
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
SEDIAKAN RUANG UNTUK AKSESORI
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
SUSUN BAJU DENGAN RAPI
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
CIPTA SATU SUDUT UNTUK CAPAI DAN GERAK
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Untuk pindah ke rumah baru memang menyeronokkan. Tapi perkara yang paling tidak digemari adalah apabila anda perlu mengemas dan membungkus barang yang perlu dibawa. Pening kepala dibuatnya nak membungkus barang-barang untuk di bawa pindah. Berikut 12 tip yang dapat membantu anda mengemas dan membungkus barang untuk pindah dengan mudah:
1. BUANG SEMUA BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN Untuk buang semua memang agak mustahil, tapi setidaknya buang barang yang memang langsung tidak diperlukan lagi. Jika anda rasa barang tersebut berharga dan masih dalam keadaan baik, boleh jual semula.
2. SUSUN BARANG MENGIKUT KATEGORI Setelah asingkan barang-barang yang tidak diperlukan, susun mana perlu mengikut kategori dan labelkan. Ia bagi mengelak anda membungkus barang yang salah dan mempercepatkan kerja-kerja mengemas
3. KUMPULKAN KOTAK Pastikan kotak untuk menyimpan barang tersedia secukupnya. Tapi, pastikan kotak yang digunakan berkualiti untuk mengelak sebarang masalah jika anda hanya menggunkan kotak-kotak yang nipis. Mungkin ia akan koyak. Sebaiknya, pergi ke kedai-kedai runcit atau lebih baik pasar raya untuk mendapatkan kotak-kotak terpakai yang berkualiti.
4. SIMPAN BARANG ELEKTRIK DALAM KOTAK ASAL Sebaiknya apabila anda membeli barangan elektrik jenis sensitif terutamanya TV, pemain cakrapadat dan lain-lain, simpan kotaknya. Gunakan semula kotak tersebut untuk membungkus kelengkapan elektrik dikediaman anda
5. MENGEMAS LEBIH AWAL Barang-barang yang tidak diperlukan seperti pinggan mangkuk, buku, peralatan memasak dan sebagainya boleh disimpan di dalam kotak secara perlahan-lahan lebih awal. Hanya tinggal keperluan dan kelengkapan sehingga tempoh berpindah sahaja
6. PEK BARANG DEKORATIF DULU Antara item yang paling awal perlu di kemas adalah barang perhiasan, ornamen dan dekoratif yang terdapat di dalam kediaman anda. Jika rumah yang hendak dipindah telah sedia, mungkin anda boleh bawa barang-barang tersebut terlebih dahulu sebelum tibanya masa tarikh pindah. Cara ini juga dapat mengelak masalah barang-barang yang memerlukan pengurusan teliti seperti pasu seramik, bingkai gambar dari mudah pecah
7. LABELKAN SETIAP BUNGKUSAN BARANG Tak kiralah bungkusan kotak mahupun plastic, labelkan setiap satu dengan terperinci. Antara info yang perlu dipaparkan pada kotak bungkusan anda ialah jenis berang secara terperinci dan lokasi. Ia memudahkan pencarian dan pengurusan. Jadi, tak perlu lah anda punggah setiap kotak untuk mencari barang-barang yang diperlukan dan susun bungkusan terus ke lokasi yang telah dinyatakan
8. GUNAKAN KOTAK YANG KECIL UNTUK BARANG BERAT Elak bungkusan anda sukar dan berat untuk diangkat, gunakan kotak-kotak kecil untuk mengisi barang-barang yang berat seperti buku. Biar banyak kotak bungkusan dari menggunkan satu kotak yang besar dan terlalu berat untuk di angkat. Silap-silap, boleh koyak kotak. Dah jadi dua kali kerja
9. GUNAKAN TAPE PELEKAT KUAT Ramai yang ambil lewa untuk memilih tape pelekat walhal ia merupakan barang asas paling penting. Pastikan, anda pilih tape pelekat tahan lasak dan saiz ideal sekurang-kurangnya 3 inci lebar bagi melakatkan kotak dan barang bungkusan. Tidak kiralah sama ada kecil atau besar kotak yang digunakan. Pastikan pelekat yang digunakan tahan lasak
10. CARA BUNGKUS BARANG MUDAH PECAH Ingat tak, anda ada kumpulkan stok surat khabar yang banyak? Masa ini lah ia boleh digunkan. Bungkus barang-barang mudah pecah seperti pinggan mangkuk dengan, barang dekoratif dan sebagainya dnegan menggunkan kertas surat khabar. Lagi tebal, lagi bagus. Selain itu juga, boleh gunkan bubble wrap atau selimut. Pastikan balut setiap satu barang.
11. BUNGKUS PINGGAN MANGKUK SECARA MENEGAK Salah satu tip tidak mudah pecah dan jimat ruang bagi pinggan mangkuk, ia perlu disusun secara menegak. Namun, pastikan setiap pinggan telah dibalut rapi terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kotak bungkusan
12. ELAK BARANG MANDIAN TUMPAH Bagi mengelak botol barang mandian dari tertumpah dari bekasnya, lapiskan plastik warp pada mulut botol untuk lebih kedap. Selain itu juga, bungkus barang mandian menggunakan plastik dan letakkan di dalam baldi. Jadi, jika barang tersebut tumpah sekali pun, plastik bungkusan tadi dapat menyelamatkan barang lain dari terkena cecair yang terkeluar dari bekas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang suka dengan buah durian. Namun, ada juga segelintir daripada teman-teman kita yang sangat anti dengan buah durian. Ada yang sampai ke tahap tercium sahaja bau durian mereka pasti rasa mual, pening dan ingin muntah. Ini cara hilangkan bau durian di rumah dengan mudah.
Setelah memakan durian, baunya pasti akan tertinggal cukup lama di dalam rumah. Bagi yang tak suka durian, bau ini jelas akan mengganggu anda. Untuk menghindari bau ini kekal lama di kediaman anda, berikut ada tip mudah yang mungkin ada boleh cuba.
Ternyata caranya sangat mudah uolls. Anda hanya perlu menggunakan daun pandan. Ambil beberapa tangkai daun pandan. Potong atau gunting daun pandan sampai daunnya sedikit berair. Setelah itu sebarkan aroma pandan di beberapa sudut ruang atau letak berhampiran penghawa dingin.
Anda tidak perlu menunggu lama kerana aroma buah durian akan segera hilang digantikan dengan harumnya pandan. Aroma durian memang boleh dikalahkan oleh beberapa aroma lembut seperti pandan, vanilla, atau strawberry. Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.