Baru-baru ini, satu pemiilik akaun media sosial Twitter, SkyscrapersMY telah berkongsi dengan memuat naik beberapa keping foto perkembangan pembinaan menara ikonik negara, Merdeka 118 yang kini telah hampir siap sepenuhnya.
Difahamkan, projek pembinaan yang dianggarkan menelan kos pembinaaan sebanyak RM5 bilion itu telah mula dibina sekitar sembilan tahun yang lalu, pada 2014.
Menerusi entri yang sama, turut dimaklumkan projek Plaza Rakyat yang berdekatan sekitar kawasan menara ikonik negara berkenaan itu dilihat masih terbengkalai sejak tahun 1997 sehingga kini.
Sebelum ini, perancangan projek Plaza Rakyat ini telah mula dibuat sekitar tahun 1990 dan mula dibina pada 1992.
Bagaimanapun, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 ini terbengkalai akibat kegawatan ekonomi negara pada tahun 1997.
“Foto perkembangan projek Merdeka 118 sepanjang lima tahun (2017-2022).
“Sementara itu, projek Plaza Rakyat yang berdekatan masih terbengkalai sejak 1997,” tulisnya.
Foto perkembangan projek Merdeka 118 sepanjang lima tahun (2017-2022).
Sementara itu, projek Plaza Rakyat yang berdekatan masih terbengkalai sejak 1997.
📸: Lok Eng Hong pic.twitter.com/6565pXCtH5
— Skyscrapers MY 🇲🇾 (@SkyscrapersMY) June 18, 2022
Memiliki struktur menara setinggi 678.9m dengan jumlah 118 tingkat, Merdeka 118 sekali gus bakal mencatatkan sejarah sebagai bangunan pencakar langit yang tertinggi di Malaysia.
Bukan itu sahaja, menara ini memiliki reka bentuk simbolik yang mencerminkan imej Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu beliau melaungkan ‘Merdeka’ kira-kira 65 tahun yang lalu.
Foto/Sumber: Lok Eng Hong & Skyscrapers MY Twitter
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI