Saiz tanah yang sempit bukanlah penghalang untuk mewujudkan kediaman impian. Walaupun ruang yang terhad, namun dengan perancangan yang bijak dan kreativiti yang mencukupi, kita masih boleh mencipta sebuah tempat tinggal yang selesa dan memenuhi kehendak kita
Hal ini telah dibuktikan dengan sebuah kediaman di negara jiran yang dibina atas tanah dengan keluasan 5.5 meter persegi sahaja! Walaupun ruang nya terhad, rumah ini masih lagi mampu kelihatan selesa dan lengkap.
“Trow House ini dibina di Jakarta Barat atas tanah seluas 5.5 meter.
Dibina dengan konsep Top Ceiling iaitu siling ditinggikan agar dapat cipta lapisan void antara setiap ruang. Kediaman akan dapat pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan nyaman bila siling dibina tinggi begini.
Ads
Arkitek yang memimpin kerja ini adalah Hezby Ryandi. Mari kita lihat setiap ruang dan rumah yang menarik ini.
Memang nampak mewah dengan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah. Selain itu ia juga dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Rumah kampung jika diberi penataan dekorasi yang indah juga mampu menyerlahkah nilai estetika kediaman yang didiami.
Khaty Fauziah,66 pelakon veteran yang merupakan ibu kepada pelakon Shaheizy Sam dan Datin Zizie Ezette ada berkongsi hiasan dalaman di kediamannya baru-baru ini.
Memilih rumah berkonsep ‘English Cottage’ dan terbuka, kediaman Fauziah dinamakan “Teratak NEN’Da/ Nen’Da’s Cottage” merupakan gabungan dua panggilan nama iaitu Nena dan Dada.
Cetusan idea dekorasi di rumahnya dihias mengikut citarasa sendiri tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman professional. Hasilnya tidak kurang hebatnya. Jelmaan rumah kampung dengan suntikan kediaman ala kampung Inggeris berjaya diketengahnya.
“Saya sendiri sebagai pereka bentuk rumah & pereka dalaman rumah ini (tak mampu untuk upah pereka dalaman professional) yang berkonsepkan Inggeris dan terbuka (open concept),”katanya.
Menginjak usia emas, Fauziah kini menetap di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, Melaka bersama suami tersayang, di samping anak-anak dan cucu-cucu yang sesekali datang menginap rumah tersebut.Reka bentuk kediaman dibina seperti berada di rumah peranginan dengan konsep terbuka dan ventilasi ruang pengudaraan diberi keutamaan.
“Memandangkan Melaka mempunyai cuaca yang agak keterlaluan panasnya terutamanya bila di dapur, saya juga memang reka bentuk rumah ini seolah-olah seperti rumah peranginan/chalet untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan siapa juga yang sudi bermalam di rumah saya akan rasa mereka sedang berhealing/holiday,”
“Maka saya buat banyak tingkap, pintu-pintu utama yang besar dengan menggunakan roller shutters supaya banyak ruang untuk angin masuk,” ujarnya.
Begitu juga dengan hiasan landskap di halaman rumah. Buai gantung rotan disamping dedaun menjalar memenuhi ruang atap rumah dan pelbagai jenis pokok-pokok dan tanaman disekeliling rumah cukup menyerlahkan lagi dekorasi taman. Cukup redup dan mendamaikan, saujana mata yang memandang.
“Alhamdulillah.. Walau pun hanya sebuah teratak tapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pinjamkan harta dunia ini buat kami nikmati sisa-sisa hidup yang masih ada,” ujarnya.
IMPIANA: Memang cantik dan menarik konsep ‘English Cottage’ kediaman Khaty Fauziah ini. Cukup redup dan menenangkan seperti berada di rumah peranginan. Semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang menggemari konsep ini.
Terpesona melihat idea dekorasi pada rumah flat berkeluasan 650 kaki persegi milik Puan Naqiyah Sidik ini. Dekorasi yang cukup simple tanpa barang dan perabot yang sarat namun cantik dipandang.Terus rumah tampak elegan dan cozy!
“Cara saya dan husband deco flat 650 kaki persegi kami. Rumah ni ada 3 bilik tidur, 1 shower room, 1 toilet,”ujarnya.
Padanan warna tanah dan rona gelap seperti coklat, hitam dan kelabu menambah nilai estetik pada kediaman sekaligus merubah menjadi lebih elegan. Malah menjadikan rumah rasa lebih tenang dan mendamaikan.
“Setengah orang tak suka sebab nampak gelap, tapi sebenarnya warna ni very cozy,” ujarnya.
Hebatnya pemilik kediaman ini, setiap cetusan idea dekorasi adalah idea mereka sendiri suami isteri, tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman. Malah, kebanyakan ruang adalah dilakukan sendiri secara DIY mengikut citarasa dengan menjadikan YouTube, pinterest dan Instagram sebagai rujukan. Hanya bahagian dapur yang memerlukan ubahsuai daripada pihak kontraktor.
“Cari cari idea dekat pinterest dengan IG ja, bila dah comfirm tema apa nak buat, boleh dah start deco,”
“Kami banyak DIY sendiri. Bahagian dapur ja upah contractor buat,”ujarya.
Pemilik juga bijak membahagikan ruang dapur dan ruang tamu. Walaupun ruang kecil, idea dapur tertutup ini sangat praktikal.Ia dapat ‘melindungi’ privasi di dapur dan menghindar bau masakan tersebar ke ruang tamu.
‘Sliding door’ kaca dengan bingkai hitam pula menambah elegan pada ruang dapur. Sliding door ini ditempah khas dengan anggaran harga RM2,400 mengikut ukuran saiz pintu.
“Total untuk kitchen area lebih kurang RM17,000. Warna pula request cat jotun code sand,” ujarnya.
Ini antara barang-barang yang digunakan sebagai rujukan.
1. Cat dinding : Jotun majestic code cottonwood
2. Cat pintu (hitam) LSC Black Matte For Wood and Metal
3. Cermin bulat (entryway saiz 68.5cm)
4. Rak kasut (entryway) IKEA Trones.
5. Kerusi ala rotan (PVC)
6. Bamboo hanging lamp
7. Mentol tri-color (daylight,warm,cool)
8. Lampu siling tri-color
9. Tudung saji rotan
10. Cabinet TV (IKEA Fjallbo).
11. Flooring (PVC Vinyl Floor) (DIY by husband beli kat ecoshop)
IMPIANA: Menarik sungguh idea dekorasi kediaman untuk rumah flat bersaiz 650 kaki persegi ni. Walaupun ruang kecil, pemilik bijak menghias ruang kediaman menjadikan ia tampak elegan dan cozy. Semoga menjadi inspirasi buat mereka yang mempunyai ruang kediaman kecil juga.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!