Saiz tanah yang sempit bukanlah penghalang untuk mewujudkan kediaman impian. Walaupun ruang yang terhad, namun dengan perancangan yang bijak dan kreativiti yang mencukupi, kita masih boleh mencipta sebuah tempat tinggal yang selesa dan memenuhi kehendak kita
Hal ini telah dibuktikan dengan sebuah kediaman di negara jiran yang dibina atas tanah dengan keluasan 5.5 meter persegi sahaja! Walaupun ruang nya terhad, rumah ini masih lagi mampu kelihatan selesa dan lengkap.
“Trow House ini dibina di Jakarta Barat atas tanah seluas 5.5 meter.
Dibina dengan konsep Top Ceiling
iaitu siling ditinggikan agar dapat cipta lapisan void antara setiap ruang. Kediaman akan dapat pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan nyaman bila siling dibina tinggi begini.