Bermodalkan RM 500, Ruang Kopi Selengkap Ini Mampu Memuaskan Impiana Pengemar Kopi Seperti Lelaki Ini

Share

Musim PKP ni banyak aktiviti dan idea yang baik kita dapat buat bila kita merancang dengan baik jadual hidup kita dengan gaya norma baru ini. IMPIANA tertarik dengan perkongsian Mohammad Rozuwan Zaini

di media sosial baru-baru ini tular dengan DIY ruang kopi beliau. Tidak menyangkal hasil kerjanya cukup mendapat perhatian ramai kerana kemas dan cukup sempurna untuk ruang kopi tersebut. IMPIANA memang terpanggil untuk berkongsi DIY beliau dengan followers IMPIANA di luar sana, mana nak tahu ada yang ingin buat macam Mohammad Rozuwan Zaini ni juga.

Merujuk beliau, modalnya tidak lah terlalu besar hanya memakan RM 500 lebih untuk keseluruhan barang yang dibelinya di atas talian. Mudahkan, inilah yang dikatakan ‘kalau ada kemahuan di situ ada jalannya’. Sebelum kita tengok hasil kerjanya jom kita dengar perkongsian beliau sebelum menghasilkan projek DIY ni.

Alhamdulillah siap jugak projek pkp tiga point kosong. simple DIY coffee cabinet. Kali pertama main kayu kita try and error je. Semua buat sendiri dari design sehingga pemasangan. Terima kasih pada cik google, cik youtube dan juga kawan yang sudi bagi ilmu yang sangat berguna.
.
Oleh sebab pkp, terpaksa lah kita order di sh0pii. Sekecil kecil barang seperti skru sehingga ke melamin chipboard. Untuk k0s semua anggaran dalam Lima ratuss plus . Rasa nya sangat berbaloi dari segi duit dan pengalaman buat sendiri.
.
Perkara pertama sekali korang kena la ade design cabinet tu sendiri. Tak kisah lukis di kertas atau di komputer. Janji nampak bentuk. Senang untuk korang tahu setiap inci panjang ukuran papan. Kena ingat tebal papan melamin ade 15mm & 16mm. Jadi korang siap² kira semua ukuran sebelum submit qu0tati0n.
.
Untuk hinge pulak atau bahasa melayu nya engsel pintu. Ade 3 jenis hinge ni, full close, half overlay & insert. Ikot kesesuain cabinet korang nk guna mana. Untuk projek ni aku guna full close jenis 3D adjustable soft close. Sebab nye dia advance sket boleh adjust depan belakang atas bawah. Tapi mahal sikit dari hinge biasa.
.
Bagi korang yang nak nampak pintu kabinet tu sedikit premium / mewah dengan ade nye frame, korang boleh letak papan MDF batten wall yang bersaiz 2inci lebar, tebal 6mm. Potong ikut size pintu kemudian tampal guna silicone kayu.
.
Untuk table top pula korang boleh pilih material ape yang korang nak. Contoh kayu nyatoh, quartz stone, marble. Untuk projek ni aku pilih rubber wood solid board. Gosok 3layer sand paper cp1000, cp1500, cp2000 selang seli dengan clear lacquer. Nak guna shellac pon boleh.
.
Untuk bahagian belakang pula, cuma guna plywood 3mm je. Di hardware untuk size 3mm 4ft x 8ft dalam Dua puluh lebih sahaja sekeping. Potong ikut saiz kabinet. Macam aku beli dekat sh0pii jugak sbb masa tu semua hardware tutup. Pishangg la.
.
Dah siap pasang semua, nak nampak handle ala² European style. Bole cari di sh0pii. Item memang solid berat dan berpatutan.
.
Lagi satu, bekas² transperant dalam kabinet tu sume beli dkt eco je. Nak penuh kan, nak kena cari eco tempat lain. Sebab cepat sold out pulak. Haha Dah boleh mengopi la kita!!

Jom kita tengok hasil beliau pulak memang terbaik;

Kredit: Mohammad Rozuwan Zaini

Published by
Impiana