Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
Limau Nipis
Baking Soda
Cuka Epal
Ads
Cara-caranya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
Ads
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
Ads
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
https://www.youtube.com/watch?v=jHqojMPHW4A
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kita memang tidak digalakkan untuk makan atau menggunakan kentang yang telah bercambah. Ia disebabkan oleh, kandungan toksin di dalam ketang bercambah sangat tinggi dan boleh menyebabkan kanser. Kebiasaanya, kentang boleh bertahan tanmpa bercambah dalam simpanan lebih kurang 2-3 bulan sahaja. Tak bercambah pun, kentang akan mula mengecut atau terhidrasi dengan mudah.
Melalui perkongsian di TikTok, Happykuah berkongsi 3 tip menyimpan kentang tanpa bercambah delam tempoh lebih 6 bulan. Teknik simpanan ini sesuai untuk semua jenis umbisi seperti keledek
Jika yang suka menghias kediaman dalam cita rasa tersendiri, pastinya jenama yang berkualiti tinggi menjadi pilihan segelintir dari mereka. Di sini ingin saya bercerita mengenai jenama KARTELL yang pastinya ramai sudah tahu akan jenama ini, tetapi mungkin ada yang masih belum mengenali jenama ini dengan lebih dekat.
Ya, betul jika melihat harga barang hiasan serta perabot dari jenama ini pastinya berfikir lebih dari 3 kali untuk memilikinya. IMPIANA tidak menyangkal jika anda mempunyai padangan yang sebegitu. Tetapi jika sebenarnya dalam menghasilkan seni hiasan dalaman yang cukup berkualaiti dan tahan lama serta dalam kelas tersendiri. Perabot dan hiasan berjenama KARTELL ini lah yang patut menjadi pilihan. Apa pun IMPIANA ingin katakan berbelanjalah dengan bijak dalam apa jua sekali pun.
Siapa KARTELL dalam industri dekorasi?
Pengasas KARTELL yang berasal daripada Itali iaitu Anna Castelli Ferrieri dan Giulio Castelli. KARTELL juga adalah syarikat Itali, berdasarkan Noviglio, syarikat ini didirikan pada tahun 1949 (71 tahun dalam Pasaran). Mulai sebagai pengilang untuk aksesori kereta pada tahun 1949. Ia berkembang menjadi perabot rumah pada tahun 1963 dan kesemua produk hasil syarikat ini 100% dibuat di Itali. KARTELL menghasilkan pelbagai produk seperti lampu, perabot, peralatan makan dan aksesori rumah. Bahan utama dalam dalam pembuatan barang hasil KARTELL ialah Poly-Carbonate (PC) kerana mereka adalah syarikat yang paling maju dalam menghasilkan bahan asas PC di dunia. Hebatkan!
Mengapa Polycarbonate
Pengasas Kartell, Guilio Castelli adalah seorang jurutera kimia. Impiannya adalah untuk menghasilkan objek dengan ciri-ciri inovatif yang boleh menggunakan teknologi pembuatan baru menjadikan penggunaan bahan-bahan ekonomi dan menggunakan proses yang efisien. Projek plastik mereka yang terkenal adalah sangat tertumpu kepada penyelidikan dan reka bentuk teknologi untuk menangani bahan yang tidak seperti bahan semula jadi dan tidak mempunyai identiti visual sebelum pengeluaran. Jika anda ingin tahu polikarbonat adalah tahan lama, pentulan cahaya, penebat haba, tahan air, dan ringan. Inilah yang membuatkan rangkaian produk KARTELL mendapat tempat di dalam industri.
Jika anda ingin ketahui perkara lebih lanjut dengan mengenai jenama ini anda boleh layari https://lightcraft.com.my/ untuk rangkaian produk berjenama ini.
Gambar: Lighcraft
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Walaupun menggunakan perabot lama, langsir lama, suasan kediaman terus berubah apabila warna cat di dinding bertukar. Tapi, ramai yang akan cakap mengecat ni bukan mudah lebih-lebih lagi apabila selepas selesai mengecat. Nak mengemas cat yang meleleh ke lantai, bersihkan berus dan sebagainya paling melecehkan. Tambahan, kalau tak kena tekniknya cat boleh nampak buruk.
Sebenarnya, mengecat ni tidak lah seteruk yang anda bayangkan jika mengikut arahan pada label cat dan penyediaan kelengkapan yang mencukupi seperti berus. Untuk memudahkan kerja-kerja anda mengecat, IMPIANA senaraikan produk-produk pintar yang sangat membantu kerja-kerja mengecat anda.
1. Roller cat siap tabung
Tak perlu kerja-kerja celup cat atas dulang. Hanya perlu tuang cat dalam botol roller. Secara tidak langsung, ia menjadikan sapuan anda lebih mudah rata dan tidak menitik ke lantai. Untuk belian terus, boleh klik link ni https://invol.co/cl3u8vg
2. Roller untuk cat sudut
Kebeiasaanya, Pelekat kertas akan digunakan sebagai sempadanan untuk mengecat bahagian bucu siling dan kaki dinding. Ia bagi mengelak cat yang disapu terkena bahagian yang tidak diingini. Namun, tak semua nya berhasil baik. Untuk atasi masalah ini, boleh guna roller cat yang dikhaskan untuk bahgaian sudut. Klik sini untuk belian terus https://invol.co/cl3u8yb
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.