Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
- Limau Nipis
- Baking Soda
- Cuka Epal
Cara-caranya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
https://www.youtube.com/watch?v=jHqojMPHW4A
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya!
Sebelum anda membuat keputusan mahu memiliki rumah ‘landed’ adalah sangat penting untuk kita mengetahui kelebihan dan kekurangan sebelum membelinya.
Bukan itu sahaja, sebagai pembeli anda juga harus mengkaji kelebihan dan kekurangan memiliki kediaman jenis ‘rumah landed’ ini untuk kesan jangka masa panjang.
Jadi, mari kita lihat kelebihan yang ada pada kediaman jenis ‘rumah landed’ ini.
Kelebihan ‘Rumah Landed’
1.Ruang yang lebih besar
Rumah bertanah atau rumah bawah ini adalah sememangnya amat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Ini kerana, rumah ‘landed’ kebiasaannya memiliki ruang yang lebih luas dan besar.
Jadi, sudah pastinya rumah ‘landed’ adalah pilihan yang sesuai khusus bagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai.
Selain itu, anda juga bebas untuk membuat pengubahsuaian dan modifikasi pada rumah anda tanpa perlu membimbangkan kekangan saiz kediaman anda.
2. Nilai jualan semula yang tinggi
Bergantung pada lokasi dan infrastruktur berhampiran, harga rumah ‘landed’ biasanya akan naik dengan lebih cepat dalam jangka masa panjang.
Malah, ada baiknya anda menyimpan hartanah ini sekurang-kurangnya untuk lima tahun sebelum menjualnya untuk mendapatkan pulangan yang lebih bagus.
3.Suasana tenang dan sunyi
Oleh kerana ruang yang terhad di pusat bandar raya yang kepadatan penduduknya tinggi, anda akan dapati rumah ‘landed’ umumnya terletak jauh dari kesibukan kota dan lebih tenang.
Jadi, dengan rumah ‘landed’ ini anda akan memiliki persekitaran yang lebih tenang dan sunyi.
Di samping itu, ruang yang lebih besar dari satu rumah ke rumah akan mengurangkan gangguan akibat bunyi bising jiran sekeliling. Baru lah seronok kan?
Kekurangan ‘Rumah Landed’
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Foodpanda Telah Perkenalkan Kek Bulan Istimewa, Hidangan Klasik Sepanjang Zaman Yang Digemari Ramai
Sudah menjadi kewajipan untuk menikmati kek bulan yang comel, padat dengan inti manis dan rasa yang enak setiap kali perayaan pertengahan musim luruh (The Mid Autumn Festival) menjelang tiba.
Bersempena sambutan perayaan ini, foodpanda Malaysia telah memperkenalkan kek bulan Pau Pau tersendiri yang disediakan secara eksklusif ole Tai Thong dengan harga permulaan hanya RM14.90.
Kek bulan tersebut boleh didapati dalam tiga pilihan perisa iaitu Pure Lotus, Lotus Single Yolk dan Pure Red Bean.
Umum mengetahui, kek bulan yang enak dan sedap untuk dinikmati ini dipercayai untuk menggambarkan keberuntungan yang sering bersilih ganti lalu dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan.
Kek bulan ini kebiasaannya memiliki inti kuning telur masin sebagai simbolik kepada bulan. Menurut kefahaman kepercayaan masyarakat kaum Cina, lebih banyak kuning telur yang terdapat di dalam kek, maka lebih banyak keberuntungan yang bakal diperoleh.
Walaupun ada pelbagai lagi pilihan di luar sana, pilihan klasik pandamart pastinya tidak akan menghampakan anda. Tambahan pula, terdapat diskaun sehingga 20% untuk kek bulan jenama lain yang dijual di pandamart.
Bukan itu sahaja! Anda juga boleh membeli barangan Pau Pau lain seperti tanglung dan banyak lagi di pandamart bagi memeriahkan lagi sambutan in. Nantikan jualan kilat untuk perayaan ini yang diadakan setiap Jumaat mulai jam 6 petang hingga 9 malam untuk menikmati diskaun sehingga 25% bagi semua kategori barangan. Tawaran mingguan lain termasuklah:
- 12 – 18 Ogos 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)
Nikmati diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.
• 19 – 25 Ogos 2022: Istimewa Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Specials)
Menawarkan pelbagai set hadiah kek bulan dan minuman serta lilin.
• 26 Ogos – 1 September 2022: Parti Minum Petang (Tea Party)
Tawaran istimewa untuk barangan parti seperti teh dan lain-lain minuman
• 2 – 8 September 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)
Dapatkan diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.
• 9 – 15 September 2022: BBQ Bonanza
Dapatkan keperluan anda seperti makanan beku termasuk makanan laut dan daqing dan juga perasa makanan seperti sos sera lain-lain keperluan masakan.
Tunggu apa lagi? Rasai kenikmatan dan bergembira dengan pelbagai jenis kek bulan yang terdapat di pandamart bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Buat pesanan dalam talian melalui aplikasi foodpanda dan pakej istimewa ini akan tiba di depan rumah anda secepat mungkin!
@impianamy Foodpanda now launch The Mid-Autumn Festival mooncakes! Available in three flavour, so what are you waiting for? Go @foodpanda Malaysia apps and grab all yours now!! #fyp #foryourpage #ImpianaShare #impianamy ♬ Food – Fresh and Delicious – MuraMusicStudio
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Jenis-Jenis Rumah Yang Perlu Anda Elakkan Sebelum Membeli
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
PINK Yang Manakah Kamu? Kaji Karakter Anda dengan Ruang Pilihan Pink Anda!
Merah jambu atau pink, begitu banyak biasannya di pasaran. Yang mana satu pilihan anda dan yang mana satu mewakili karakter anda? Pilihlah PINK yang anda suka dan cuba kaji pada diri sendiri. Andai benar atau tidak dan boleh ditanda pada karakter yang betul…
- Merah jambu gelap – Selalunya merah jambu seumpama ini nyaris seperti ungu atau magenta. Sesuai buat kediaman moden yang berani mencuba sebuah warna yang cantik menggoda. Kediaman anda bertemakan klasik Inggeris atau rococo? Silakan…..
– Berkeyakinan tinggi
– Yakin penampilannya
– Berkarisma
– Misteri
- Merah jambu pekat terang- Mempunyai biasan rona garang dan sesuai bagi yang menggunakan perbot kayu gelap seperti rosewood, jati dan birch. Kediaman anda dihias dengan barangan antik Asia dan oriental? Pasti tampil hebat!
– Lincah
– Anggun
– Cita rasa tinggi
– Elegan dan mewah
- Merah jambu pekat berdebu-Warna yang tampil tenang dan eksklusif. TIdak terlalu gelap dan terang. Bagi kediaman besar dan mempunyai perabot polos, menggunakan tema moden klasik atau vintage
– Feminin
– Tenang
– Eksklusif
– Unik
- Merah jambu seksi – Merah jambu yang dikatakan sesuai dengan tema kontemporari yang mempunyai lagak yang cukup elegan. Baik di ruang berperabot ringkas moden atau klasik. Sesuai untuk rumah si anak gadis dengan warna-warna yang cukup riang bertenaga.
– Ceria
– Berfikiran positif
– Sukakan kelainan
– Berani
- Merah jambu asli – Apa lagi yang mampu dikatakan dengan merah jambu asli. Rona pesona yang menusuk kalbu dengan apa sahaja yang dipalit olehnya. Dari dinding ke sofa apatah lagi permaidani. Buat kamar si anak kecil perempuan sememangnya cukup luar biasa dan mereka yang memilih moden kontemporari.
-Sweet
-Glamor
-Manja
-kreatif
- Merah jambu pastel – Merah jambu yang lebih lembut warnanya. Selalunya pilihan menjadi warna alat solek atau ruang tamu. Sesuai untuk ilham moden pada dinding mahu pun perabot.
-Feminin
-Sweet
-Romantis
-Sentimental
- Merah jambu lusuh – warna yang masih baru di dalam pasaran. Tetapi sudah mula mendapat tempat di kalangan pereka untuk membentuk karakter tegas dalam kejelitaan. Melibatkan kediaman bertema seperti vintage atau Scandinavian.
-Tegas
-Kreatif
-Sentimental
-Punya pendirian sendiri.
- Merah jambu peach. – Warna ini merupakan warna antara jingga dan merah jambu. Ia sememangnya unik dan payah untuk disuai padan. Pun begitu buat ruang makan moden atau kamar anak-anak , pilihan rona sememangnya sesuatu yang sangat unik.
-Berfikiran positif
-Ceria
-Kreatif
-Bersemangat waja
- Merah jambu pucat – Warna ini sememangnya sangat jarang digunakan tetapi semakin popular di kalangan tuan rumah ala scandianvian. Mempunyai keisitmewaannya yang tersendiri dan eksklusif buat kamar anak-anak, menonton mahu pun membaca.
-Penyayang
-Prihatin
-Sensitif
-Sweet.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI