Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan? Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai.
Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca juga : Cara halau lipan, Cara hilangkan bau kucing
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
PERINGATAN: Langkah Selepas Pulang Dari Beli Barang
Isi Kandungan
ToggleLangkah Selepas Pulang Beli Barang
Semua tahu akan langkah berjaga-jaga untuk masa kini bukan? Tetapi masih ada yang mungkin lupa dengan cara apa yang patut anda lakukan. Ingat jangan panik, berjimat bila berbelanja, bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa. Impiana kongsikan lagi tip dan cara apa yang patut pembaca tersayang lakukan.
Ingat jika perlu barulah anda keluar dari rumah, jika tidak duduk diam-diam di rumah. Dengan cara ini kita mampu memutuskan rangkaian penyakit Covid19 ini. Banyak cara yang tidak akan membosankan anda jika and bijak melaksanakan harian anda di rumah.
Buat Jadual Harian seperti ini:
Hari Pertama: Cuci langsir yang dah berbulan tak basuhkan? Cuba tengok mesti dekat penyangkut atas sekali tu, habuk yang anda kumpul mesti boleh tulis nama dah.
Hari Kedua: Cuci semua tandas dalam rumah anda, kalau rumah ada satu tandas je, tambah kerja lain ye! Cuci sampai berkilat, celah-celah dinding tu sental sikit ye… Tu baru betul cuci tandas!
Hari Ketiga : Buka almari pakaian anda, pasti ke semua tu nak pakai? Kalau tak, apalagi ambil pelastik hitam lipat dan masukan kedalam plastik untuk diaggihkan kepada yang memerlukan.
Hari Keempat: Buka almari dapur pulak.. tengok la almari, hmmm…. bekas plastik tu Sis pakai semua ke, terutama bekas ais krim tu.. hmmm tiba la masanya!
Hari Kelima: Sis banyak ruang dalam rumah kalau admin nak tulis ni, admin ja la p rumah sis bagi tau apa nak buat sampai keluar rumah sis check nanti.
Jangan berhenti berdoa dan teruskan aktiviti berkeluarga secara positif !
Ini pula langkah paling penting untuk ketua rumah bila balik dari pergi membeli barang keperluan.
#1. Buka topeng muka masukkan ke dalam plastik dan buang ke tong sampah.
#2. Elakan menyentuh atau memeluk ahli keluarga.
#3. Masuk kedalam tandas dan rendam semua pakaian dengan air sabun
#4. Mandi dengan bersih gunakan sabun di seluruh badan, muka anda.
#5. Baru bertemu keluarga.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebelum DIY Gazebo Cantik Macam Beli Di Kedai, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri, berikut merupakan langkah-langkah asas membina sebuah gazebo. Apa yang penting sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, pastikan jumlah bahan-bahan yang diperlukan adalah mencukupi bagi mengelakkan anda berulang-alik ke kedai bahan binaan. Di samping itu, pastikan juga semua peralatan berkeadaan baik dan tajam. Perlu diingatkan bahawa sesebuah gazebo mempunyai komponen asas seperti tiang, lantai dan bumbung. Walaupun pada mulanya ia dianggap sukar, seseorang perlu mengambil pendekatan berhemah langkah demi langkah dan bekerja dengan penuh minat serta berupaya membuat anggaran
1. Menyediakan Ukuran di Lokasi
Langkah pertama adalah menyediakan reka bentuk gazebo yang diingini. Setelah mengenal pasti lokasi dan tanahnya rata, anda perlu menandakan kedudukan rangka gazebo, sebagai contoh, berbentuk segi empat sama, menggunakan kepingan kayu dan tali.
Ukur pepenjuru dan ubah kedudukan kepingan kayu tersebut sehingga sama. Pastikan setiap penjuru bersudut tepat.
2. Menyedia Lubang untuk Tiang
Ada beberapa teknik untuk memastikan tiang-tiang kayu tegap dipasang di tempatnya, sama ada menanamnya ke dalam konkrit ataupun menggunakan besi. Sekiranya anda memilih menggunakan konkrit, anda perlu menggali lubang sedalam 2-3 kaki. Padatkan lubang tersebut dengan 2 inci lapisan batu kerikil dan curahkan 4 inci lapisan konkrit. Selepas itu masukkan tiang-tiang tersebut ke dalam lubang itu dan isi bahagian lubang yang terdedah dengan konkrit sehingga penuh dan ratakan ke aras tanah.
Guna penyukat timbang cecair bagi memastikan keempat-empat tiang tadi betul-betul di dalam garisan selari dan rata. Biarkan konkrit membeku sekurang-kurang bagi tempoh 48 jam sebelum memasang tiang 4 x 4 inci.
Setelah lubang tersebut diisi dengan konkrit, pastikan tiang-tiang tadi diletakkan penyokong di kedua arah bagi mengelakkan ianya bergerak dari kedudukan asal.
3. Rangka Lantai Gazebo
Langkah berikutnya, guna 2 x 6 inci kayu untuk membina rangka lantai gazebo. Adalah mustahak kayu rangka dipasang dengan jarak 16 inci antara mereka. Ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada beban yang terhasil daripada kepingan lantai kayu dan untuk menghasilkan struktur yang kukuh.
4. Memasang Perabung lantai
Bagi memasang perabung lantai kepada rangka kayu, anda mempunyai dua pilihan. Sama ada menggunakan skru berukuran 4-5 inci dan ditebuk terus ke perabung, atau menggunakan besi sokongan perabung.
Adalah disarankan supaya pemasangan perabung menggunakan besi sokongan kerana lebih mudah dilakukan.
Seterusnya, anda perlu memasang kesemua 4 x 4 inci tiang yang akan menjadi penyokong bahagian atas dan binaan bumbung. Sekiranya anda sebuah gazebo yang kukuh, anda disarankan supaya memasang tiang-tiang tersebut ke perabung lantai dengan menggunakan paku-paku bersaiz 6 inci.
Tumpukan perhatian semasa melakukan tugas ini dan pastikan tiang-tiang tegak sebelum memasang paku. Sebagai tambahan, guna pita pengukur bagi memastikan tiang tersebut berkeadaan simetri.
5. Memasang Lantai Gazebo
Selepas kerja-kerja menyiapkan rangka untuk lantai dan memasang tiang-tiang, anda perlu memasang lantai sama ada mengguna kepingan kayu berukuran 2×4 inci atau pun 2×6 inci. Anda disarankan supaya mendapatkan kepingan lantai khusus untuk kegunaan luar rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan lantai tersebut dari dirosakkan oleh titisan air.
Semasa kerja-kerja memasang lantai, anda dinasihatkan supaya meletakkan sebatang paku di antara kepingan lantai bagi mendapatkan jarak konsisten di antara satu sama lain.
Untuk kerja memasang lantai menggunakan paku. Seelok-eloknya sediakan lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan paku. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan skru, anda boleh terus memasang skru tanpa menyediakan lubang terlebih dahulu, tetapi saiz skru hendaklah bersesuaian.
Anda disarankan menggunakan 2 batang skru di setiap hujung kepingan lantai bagi memastikan struktur betul-betul kemas.
6. Memasang Perabung Bumbung Gazebo
Memasang bumbung gazebo boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Teknik pemasangan kali ini memerlukan hanya sedikit sahaja bahan binaan tetapi gazebo masih kelihatan kukuh. Langkah pertama adalah memasang perabung di bahagian atas kesemua tiang-tiang kayu 4 x 4 inci tadi.
Guna perabung berukuran 4 x 4 inci dan pasangkan secara profesional. Dapatkan bantuan untuk memegang hujung perabung di kedudukan sepatutnya semasa anda memasang skru.
Anda dinasihatkan supaya menggunakan teknik yang betul semasa menyambung perabung di bahagian atas tiang. Potong hujung perabung ke bentuk L dan gabungkan kesemuanya di bahagian atas tiang tadi. Setelah kerja tersebut selesai, ketatkan sambungan ini menggunakan skru.
Anda disarankan supaya memasang kesemua perabung kerana ini akan meningkatkan tahap kekuatan pembinaan.
7. Memasang Rangka Bumbung Gazebo
Seterusnya pasang 2 x 4 inci perabung sokongan untuk dijadikan rangka utama bumbung. Langkahnya senang sekiranya anda menggunakan teknik pemasangan dan perkakas yang betul. Pertama, potong 6 x 6 inci tiang utama (4 inci tinggi) dan pasangkannya dengan menyambung 2 perabung sokongan yang bertentangan dengan 4 inci skru (memastikan perabung sokongan tersebut dilekatkan kepada tiang utama).
Semasa proses pemasangan, anda dinasihatkan menggunakan tangga. Pastikan tangga tersebut diletakkan di atas permukaan yang kukuh.
Kemudian, pasang kesemua 2 x 4 inci perabung tambahan. Lakukan dengan teliti dan pastikan perabung tambahan ini dipasang secara simetri. Sambungkan ke perabung atas dan ke tiang utama dengan beberapa biji skru berukuran 4 inci.
Sekiranya anda tidak suka reka kepada bentuk rangka tersebut, anda berpeluang melaraskan saiz dan ketinggian bumbung bagi memenuhi kehendak dan cita rasa anda.
8. Memasang Bumbung Gazebo
Banyak kaedah memasang bumbung. Anda boleh menggunakan 2 x 4 inci kepingan kayu, kepingan-kepingan plywood atau kertas bumbung. Sebarang kaedah yang digunakan, anda disarankan supaya menggunakan skru yang sesuai dan dipasang dengan jarak 10 inci di sepanjang perabung.
Selepas memasang kepingan kayu atau kepingan-kepingan plywood, anda boleh memilih untuk menggunakan shingles, kepingan konkrit atau zink sebagai bumbung.
Pilihan bahan juga bergantung kepada keperluan dan cita rasa anda sepenuhnya. Berhati-hati semasa kerja-kerja memasang dan pastikan paku tidak menembusi atap bumbung (sila guna paku bersaiz ½ inci sahaja).
Akhirnya, tampal setiap lubang atau rekahan menggunakan penyumbat kayu dan biarkan ia beku. Gosok permukaan gazebo kayu anda dengan kertas pasir sederhana halus dan lindungi struktur binaan ini dari dimusnahkan oleh air dengan menyapu lapisan varnish.
Sentuhan Terakhir – Mengecat Struktur Gazebo
Anda boleh menyapu cat kepada semua struktur kayu mengikut pilihan warna yang anda suka. Sama ada untuk kelihatan sedondon dengan kediaman anda atau warnakannya dengan rona terang bagi memperlihatkan dominasi ruang. Walau apa tujuan sekali pun pastikan anda menggunakan cat yang sesuai untuk kegunaan luar. Lapisan cat membantu melindungi kayu, seterusnya memanjangkan hayat struktur tersebut.
Membina sebuah gazebo yang sempurna adalah sesuatu yang subjektif. Untuk itu anda disarankan supaya memilih reka bentuk dan saiz sebelum memulakan urusan pembinaan, mengikut keperluan dan cita rasa anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Apartmen Lama Ini Menarik Dengan Reka Bentuk Berani Dan Susun Atur Sempurna
Perancangan susun atur yang tertib serta penampilan baharu yang bold dan moden merupakan punca utama yang menjadikan kediaman lama ini tampil lebih menarik.
Lantai kayu dengan rona gelap yang telah menggantikan jubin retro kini mendominasi setiap ruang. Palet monokrom sempurna dilengkapi dengan perabot serta perhiasan moden menjanjikan kediaman yang nyaman dan selesa.
RUANG TAMU
SEBELUM
SELEPAS
Ruang bilik tidur utama juga menerapkan tema monokrom dengan lantai kayu yang samadan dinding serba putih menjadikan seluruh kawasan terlihat lebih luas dan lapang.
BILIK TIDUR UTAMA
SEBELUM
SELEPAS
Dapur kediaman pula tampil lebih terbuka dan besar dengan konsep terbuka dan limpahan cahaya semulajadi.
DAPUR
SEBELUM
SELEPAS
RUANG BEKERJA
SEBELUM
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI