Pernah tak anda guna microwave bertahun-tahun tapi jarang bersihkan pada bahagian dalam sehingga nampak hitam akibat sisa makanan yang terkumpul. Atau pun anda keliru nak gunakan pencuci yang bagaimana supaya nanti tidak lah microwave anda rosak atau bau sabun melekat pada makanan pula kan.
Impana nak kongsi satu cara hanya guna lemon untuk bersihkan bahagian dalam microwave. Murah, mudah dan senang saja untuk anda ikut. Jom tengok video yang dikongsikan oleh HomeStagingChanel
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ruang Laundry Separa Terbuka Jadi Pilihan Setiap Pemilik Rumah
Ruang laundry separa terbuka ini cukup menarik untuk mana-mana rumah. Dengan binaan ruang membasuh separa terbuka ini, banyak memberi keistimewaan pada pemilik. Memudahan kerja-kerja membasuh, ruang membasuh juga nampak lebih kemas dan teratur. Tidaklah semak di dalam rumah. Mesin basuh juga perlu dijaga. Jika anda letak di ruang yang terbuka ini akan membuatkan mesin basuh anda cepat rosak.
Harga mesin basuh bukanlah RM100, RM200. Jadi hargailah mesin basuh anda. IMPIANA nak kongsikan gambar yang di kongsikan oleh Siti Amimah di dalam Facebook Kaki Deko Bajet tentang ruang laundry separa terbuka ini, yang boleh dijadikan inspirasi bersama. Rancang susun atur dalam ruang rumah anda jika inginkan rumah yang terbaik. Keselesaan amatlah penting untuk anda jika anda inginkan sebuah kediaman yang sempurna.
Kerja harian tidak perlu membosankan seperti pada masa lepas dengan adanya ruang sempurna seperti bilik laundry atau bilik dobi ini. Rak tempat meletak bekas sabun, pelembut pakaian dan pewangi pakaian semuanya lengkap membuatkan anda akan berasa selesa tatkala berada di ruang ini.
Ruang yang dibina separa terbuka ini akan memberi pengudaraan yang lebih baik dan sempurna untuk anda bila melakukan kerja-kerja mencuci pakaian di sini.
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju. Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan.
Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik?
Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian. Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cemas! Panik! Air-Cond Di Rumah Tak Sejuk?! Jangan Risau. Ketahui Puncanya Sekarang
Anda ada air-cond di rumah anda? Mesti ada kan. Setiap rumah yang ada di Malaysia ini, kebanyakkannya ada air-cond di rumah mereka. Kadang-kadang bukan setakat 1 atau 2 tapi setiap bilik ada. Kalau ada 10 bilik, 10 bilik tu lah nak ada air-cond. Tapi mesti kita akan rasa rimas dan serabut kan bila tiba-tiba air-cond tu tak sejuk? Dah lah tengah musim panas waktu ini. Dari penyabar terus hilang sabar. Bila tengok remote control tu, dah sampai ke 16 darjah celcius dah tapi masih panas. Aduhaii. Tapi jangan risau, saya akan kongsikan kenapa air-cond di rumah anda boleh jadi tiba-tiba tidak sejuk.
Perkara pertama yang anda boleh jangka atau syak kenapa air-cond tiba-tiba tak sejuk, adalah sebab pemasangannya itu ada masalah dan tidak mengikut pemasangan standard. Unit luar terletak di lokasi yang menyusahkan. Tiada pergerakan udara yang mencukupi. Paip tembaga adalah saiz yang salah. Ini selalu berlaku apabila terdapat paip tembaga sedia ada di dinding. Tembaga sepatutnya untuk penghawa dingin 2hp, namun hanya penghawa dingin 1hp dipasang. Ini selalunya hasil daripada pemilik rumah membeli penghawa dingin tanpa berunding dengan pakar penyaman udara terlatih.
Kedua, adalah gas air-cond dah tak ada. Antara sebab kenapa gas air-cond tak ada adalah berkemungkinan ada kebocoran kerana gas air-cond ini sebenarnya tidak akan pernah habis. Jadi, kalau ada kekurangan gas, mesti ada kebocoran dan kebocoran itu mungkin boleh jadi sebab Nut tak ketat, Nut pecah semasa pemasangan, sambungan copper pipe pecah, servis valve rosak dan juga Evaporator/Condenser Coil bocor.
Ketiga, tidak cuci filter setiap bulan. Haa benda ni selalu jadi pada diri saya juga dan pada orang ramai. Filter ini, dia ada dalam air-cond. Kita hanya perlu buka penutup dihadapan itu sahaja, kita akan nampak filter tersebut. Bila bawa keluar, penuh berhabuk. Jadi apa perlu kita buat? Kita ambil dah basuh di tandas dengan air. Selepas dah basuh, keringkan dan letak semula di tempat asalnya. Boleh jamin, air-cond akan sejuk semula.
Jadi, itu lah sebab-sebab kenapa air-cond di rumah anda kadang-kadang jadi tidak sejuk. Maka, kita kenalah rajin dalam membuat setiap pemeriksaan terhadap air-cond kita atau anda boleh memanggil mana-mana pakar untuk periksa air-cond anda.
Sumber: ADIMADA ENGINEERING (M) SDN.BHD (https://aircondservice4u.com/aircond-service/5-punca-kenapa-aircond-tak-sejuk.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Kulat & Bau Baju Pun Harum, DIY Air Freshner Almari Guna 2 Bahan!
KULAT kerap muncul pada persekitran yang lembap dalam tempoh yang lama. Hal ini juga sering berlaku pada almari baju, dinding dan sebagainya.
Malah, jika pakaian terperuk terlalu lama, bukan sahaja masalah tahi lalat pada pakaian tapi bau yang kurang menyenangkan juga akan berlaku.
Agar masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju tidak berlaku, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bezzera untuk membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat dan juga pewangi.
Buat sendiri air freshner almari untuk elak kulat dan bau
1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.
2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.
3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.
4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.
5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.
Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum. Selamat mencuba.
Artikel diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Bez
Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI