Dah bertahun-tahun guna ketuhar gelombang mikro atau microwave dirumah tapi tak pernah sekali pun terfikir nak cuci. Kadangkala, sampai ada kesan hitam pada bahagian dlam akibat daripada sisa makanan yang tertinggal.
Dan bagi sesetengah pengguna pula, mungkin tidak pasti bagaimana cara nak bersihkan microwave dengan mudah. Jadi kali ini IMPIANA kongsikan dengan anda trik dari seorang pengguna Facebook yang mencuci microwave miliknya hanya dngan menggunakan lemon. Jom kita cuba!
Keadaan sebelum.
Tips Bersihkan dan Wangikan Microwave
1️⃣ Ambil mangkuk dan letakkan air separuh sahaja
Ads
2️⃣ Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut
3️⃣ Masukkan dalam microwave.
4️⃣ On kan selama 5 minit.
5️⃣ Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)
Ads
6️⃣ Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
Siap!
Ads
Senang dan cepat kan?
Nota kaki.
Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga. Belajar sesuatu?
Khamis, 14 Julai 2022, KUALA LUMPUR– Spritzer (“Syarikat”), pengeluar air botol terkemuka Malaysia, secara rasminya melancarkan botol ikonik baharu dengan gaya bergaya dan bertenaga yang diperbuat daripada pembungkusan kitar semula sepenuhnya yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Lengkungan botol yang anggun dan moden itu berbentuk seperti titisan air dan mempunyai cengkaman yang ergonomik. Skim warna pirus, gabungan biru dan hijau, mewakili kesucian alam semula jadi, ketenangan, ketenangan dan kedamaian, manakala logo korporat baharu diinspirasikan daripada kawasan tadahan air bersih Syarikat seluas 390 ekar di Taiping, Perak. Botol baharu yang dibuat dengan pembungkusan mampan membolehkan pengguna mengitar semula dan menggunakan semula pembungkusan, secara langsung mengurangkan pelepasan karbon.
“Spritzer sedang meningkatkan inisiatif kemampanan Syarikat, dan botol ikonik baharu itu memenuhi tujuan estetika moden serta menggalakkan pengguna untuk membawa kehidupan baharu kepada botol melalui kitar semula, melalui ‘Tujuan Baharu Rupa Baru,’ kata Encik Lim Seng Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer. Nature mengilhamkan rupa baharu. Setiap elemen label mempunyai cerita, dan tujuan baharu itu diilhamkan oleh pembungkusan kitar semula sepenuhnya kami yang diperbuat daripada bahan kitar semula.”
“Spritzer terus melabur dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk berkongsi penyelidikan mengenai manfaat kesihatan meminum air mineral semula jadi yang kaya dengan silika dengan pengguna,” tambah Lim. Kelebihannya termasuk bagaimana air mineral yang kaya dengan silika boleh meningkatkan sintesis kolagen dan membantu dalam penyingkiran aluminium daripada badan kita.”
Dengan penuh penghargaan, Spritzer telah menerima pelbagai anugerah dan anugerah selama ini, termasuk Anugerah Rasa Unggul Institut Rasa Antarabangsa dan Air Mineral Anugerah Rasa Berlian yang pertama di Malaysia. Penghormatan lain termasuk anugerah platinum Reader’s Digest Trusted Brands 2022 selama 21 tahun berturut-turut.
Tidak lupa juga, Ayda Jebat, penyanyi dan pelakon terkenal, serta pelakon Meerqeen turut menghadiri pelancaran tersebut.
Akhir sekali, Spritzer ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggannya atas sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan, kerana mereka telah menjadi penggerak di sebalik usaha syarikat selama ini untuk memastikan bahawa air mineral semula jadinya adalah berkualiti tinggi dan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah dapur berbau kadang-kadang boleh membantutkan mood memasak. Anda tak perlu cari pewangi di pasaran kerana bau di dapur boleh dihilangkan dengan 3 bahan yang sedia ada di dapur. Ikuti tips ni!
1. Baking soda
Baking soda seperti yang kita ketahui mempunyai banyak manfaat dan kegunaan kepada kita. Tahukah anda, baking soda juga mampu menghilangkan bau yang kurang enak dalam peti ais? Caranya, anda hanya perlu letakkan bekas yang berisi baking soda dalam peti ais untuk beberapa hari.
.
2. Hirisan lemon
Hirisan lemon yang direbus selama 15 minit mampu menjadikan dapur lebih wangi dan beraroma segar,
.
3. Garam
Jika anda mempunyai masalah bau dalam pengisar, jangan risau. Bau tersebut dapat dihilangkan dengan air garam sahaja.
Rutin hujung minggu bagi si ibu adalah mengemas dan mencuci pakaian. Bagi keluarga besar atau yang hanya mencuci seminggu sekali, baju yang menimbun mesti berat untuk diangkat ke tempat mencuci. Nak-nak yang sudah di basuh dan masih basah. Tersalah angkat, sakit pinggang pula.
Namun, Puan Asma Asnidayu punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Puan Asma mengambil keputusan untuk DIY sendiri je bakul baju beroda.
Tak perlu tunggu suami untuk buat bakul baju beroda ni. kalau beli di kedai, mahu harganya berpuluh ringgit. Buat sendiri puas hati nak macam mana pun boleh buat. Nak tinggi ke rendah ke. Ikut bajet sendiri. Saya buat bakul baju beroda ni tak sampai RM 15 pun.
Bahan-bahan:
Bakul kain (guna yang ada dirumah)
4 biji roda boleh pusing 360 darjah – RM 4.24
Cable tie 1 peket-RM 2.12
3 batang paip PVC (sebagai tempat pemegag- RM 1.60×3
Sesiku L Paip PVC – RM 0.50×2
Cara-cara:
1. ikat Roda pada bahagian sudut bawah bakul dengan menggunakan cable tie
2. Potong lebihan cable tie
3. Cantumkan paip PVC dan sesiku L. Nak cantik bahagian pemegang ni, balutan dengan wallpaper
4. Ikatkan bahagian pemegang PVC tadi pad bakul dengan menggunakan cable tie dan potong lebihannya
DAH SIAP!!!
Sumber:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.