Masih ramai yang masih tidak sedar kelebihan menjual dan membeli perabot terpakai tatapi, buat seorang anak gadis bernama Arliya Munif, barangan inilah yang menjadi punca rezekinya sejak 3 tahun yang lalu.
Walaupun usianya baru sahaja menginjak 21 tahun, usahawan muda dari Merbok, Kedah ini telah berjaya meraih jualan perabot terpakai mencecah RM100,000 dalam masa sebulan.
Menggunakan nama Kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah , tempat tersebut kini menjadi perhatian penduduk setempat kerana menawarkan perabot terpakai pada harga mampu milik.
Menurut Arliya, beliau menceburkan diri dalam perniagaan berkenaan selepas melihat perabot lama yang masih elok dibuang oleh pemiliknya hanya disebabkan oleh kerosakan yang kecil.
“Idea menjual perabot terpakai bermula apabila melihat perabot lama yang masih elok dibuang sehingga mengakibatkan pencemaran.
“Kadang-kadang perabot dibuang ini masih elok. Hanya perlu baiki sedikit sahaja dan ia nampak baharu semula malah ada yang kelihatan mewah,” ujarnya lagi.
Di samping itu, pemilik kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah itu berkata, beliau juga menjual perabot terpakai kerana memberi peluang kepada golongan B40 melengkapi keperluan rumah mereka.
“Melalui perniagaan ini saya dapat jual perabot pada harga berpatutan dengan kualiti yang memuaskan hati.
Ads
“Lagipun kalau nak beli perabot baharu harganya mahal dan ramai orang tidak mampu,” katanya.
Bermodalkan RM1,500, Arliya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan memulakan perniagaan dengan membuka kedai di Jeniang, Kedah.
Beliau yang pada ketika itu sedang mengikuti pengajian diploma tidak menyangka perniagaan diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Antara perabot yang dijual di kedai berkenaan termasuklah sofa, meja makan dan juga almari baju.
Setahun selepas itu, beliau membuka pula cawangan kedua perniagaannya di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok.
Ads
Arliya berkata, pembukaan kedai tersebut didorong oleh jualan yang tinggi selepas beliau memasarkan perabot terpakai yang diambil dari Singapura.
Jaminan kualiti
“Selepas enam bulan beroperasi, kami mula mendapat permintaan agar menyediakan perabot dari negara tersebut kerana jaminan kualitinya.
“Di samping itu, keunikan rekaan dan cara pembuatannya menyebabkan perabot dari Singapura mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan,” katanya.
Seiring dengan perkembangan perniagaan yang diusahakan itu, Arliya telah mempelbagaikan produk terpakai dijualnya seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.
Ads
Malah, katanya, beliau juga terpaksa menutup kedainya di Jeniang kerana mahu fokus kepada perniagaan di Merbok.
“Kedai di Merbok telah dibesarkan bagi menampung jumlah perabot terpakai yang meningkat berkali ganda hasil permintaan tinggi daripada pelanggan,” katanya.
Justeru, Arliya berkata, beliau menyasarkan jualan tahunan mencecah RM1juta pada tahun ini.
Katanya, beliau yakin mampu mencapai sasaran berkenaan selepas mempelbagaikan perniagaannya menggunakan platform dalam talian.
Jelasnya, kaedah berkenaan digunakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Kita telah mengambil pendekatan mempromosikan barangan melalui dalam talian sepanjang PKP.
“Tidak sangka pula pelanggan membeli seperti biasa kerana ramai yang memanfaatkan tempoh berkurung di rumah itu untuk menghias kediaman masing-masing,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pasti semua orang ada sebotol cuka di dapur kan? Selain menjadi penambah rasa masakan, terdapat banyak lagi kegunaan cuka yang tidak pernah kita sangka. Manfaat cuka tidak hanya terhad di dapur, tetapi juga untuk kebersihan rumah serta kesihatan tubuh.
Sifat keasidan cuka menjadikannya bahan pembersih yang paling ideal.
IMPIANA senaraikan 7 lagi kegunaan cuka yang mungkin anda tidak tahu :
1. Menghalau semut
Semburkan campuran cuka, sabun pencuci pinggan dengan air pada kawasan yang sering diharungi semut
2. Bersihkan kotoran pada karpet
Campurkan cuka, garam serta soda bikarbonat untuk dijadikan sebagai cecair cucian untuk moppada karpet
3. Melancarkan saluran sinki
Tuang soda bikarbonat dan cuka kedalam lubang sinki dan biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.
4. Mengilatkan kembali tombol pintu
Gunakan larutan 2 sudu besar garam, 1 sudu besar cuka untuk mengelap tombol pintu yang sudah kusam dan berkarat
5. Kembalikan seri peralatan kaca, cermin dan tingkap
Bersihkan cermin atau tingkap menggunakan campuran cuka dengan air sebelum lapkan dengan kain lembut
6. Tanggalkan tanda harga atau label
Rendam kain dengan cuka dan air kemudian tekapkan pada tanda harga di bekas atau botol semalaman. Tanda harga akan tanggal dengan sendirinya
7. Hilangkan bau dan kesan kecing pada tilam
Lap kawasan terkena najis dengan air cuka, sebelum taburkan baking soda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian berus atau vakum hinga bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baju dalam almari walaupun baru dibasuh berbau tidak sedap. Nak kata busuk, bukan lah busuk, macam bau kepam dan tengik. Mesti ramai yang hadapi alami masalah ini kan? Baju yang jarang digunakan yang paling berbau. Nak pakai pun jadi serba salah sampai perlu dicuci semula.
Untuk atasi masalah ini, anda boleh cuba 5 trik mudah untuk memastikan baju dan almari anda sentiasa berbau harum
1. CUKA PUTIH
Cuka dikenali sebagai bahan terbaik anti fungus dan anti bakteria. Ini bermakna ia amat sesuai digunakan sebagai bahan nyah bau yang berpunca dari bakteria.
Cara-cara: Kosongkan almari anda. Basahkan kain bersih dengan cuka dan lap keseluruhan bahagian dinding, rak yang terdapat di dalam almari. Selesai, biarkan pintu almari terbuka 1-2 jam atau sehingga permukaan yang dilap betul-betul kering.
2. JUS LEMON
Lemon merupakan bahan pembasmi kuman semula jadi yang diperakui. Ini bermakna ia berupaya menyingkirkan bau busuk yang berpunca daripada bakteri seperti mana yang dilakukan oleh cuka. Tambahan, jus lemon juga berupaya menghilangkan dan mencegah kehadiran kulat atau habuk yang terhasil pada permukaan kayu atau papan
Cara-cara: Campurkan 1 bahagian jus lemon dan 1 bahagian air suam. Gunakan kain atau tuala microfiber, basahkan dengan campuran lemon tadi dan lap keseluruhan permukaan almari. Biarkan pintu almari terbuka untuk beberapa jam
BILA DAH SELESAI PEMBERSIHAN DAN PEMBASMIAN. LANGKAH SETERUSNYA, LETAK BAHAN PENCEGAH KELEMBAPAN DAN PEMBANGKIT AROMA SEGAR
3. SERBUK KOPI
Kopi memang antara bahan yang kerap digunakan sebagai bahan untuk meneutralkan aroma. Ia juga bahan terbaik untuk menyerap kelembapan
Cara-cara: Isi beberapa uncang kain dengan serbuk kopi. Letakkan pada bahagian bawah almari, gantung dan sebagainya
4. BAKING SODA
Seperti kopi, baking soda juga mempunyai fungsi yang sama untuk mencegah aroma dan penyerap kelembapan.
Cara-cara: beli beberapa botol atau kotak baking soda. Buatkan sedikit lubang pengudaraan dan letakkan di dalam almari. Anda mungkin memerlukan lebih dari 2 kotak kecil baking soda untuk almari bersaiz 12x8kaki
5. LAVENDER KERING
Lavender memang arom terbaik. Ia bukan sekadar berupaya memberi ketenangan malah menjadi agen pewangi semula jadi. Lavender berupaya neutralizes aroma yang sangat kuat
Cara-cara: Isikan lavender kering di dalam uncang kain dan gantungkan beberapa bungkus di dalam almari untuk kesan yang lebih baik. Lagi banyak, lagi bagus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanam pokok jenis kekacang ni memang mudah dan cepat matang. Tapi, dalam banyak-banyak jenis kacang botor dan buncis antara yang susah dan kedekut buah. Tidak seperti kacang panjang yang cepat dan banyak hasilnya. Kacang botor dan buncis, walau dah diberi baja yang mencukupi pun belum tentu bejaya mengeluarkan hasil yang optimum. Silap-silap tak ada langsung.
Hal ini banyak di alami ramai kan? rupanya nak kang botol berbuah,, bukan je perlu letak baja. Ini yang perlu anda lakukan
Sediakan junjung
Untuk hasil yang baik, sediakan junjung untuk pokok kacang botor memanjat. Ia memberi ruang kepada pokok untuk menjalar dan mudah untuka diselenggara. Tambahan, bila ada junjungan ni masalah serangga dan penyakit mudah dikawal dengan mudah. Tamabahan, nak tuai hasil pun senang
Baja organik
Sebaiknya, pokok diberi baja organi setiap hari. Tak susah pun nak buat baja organik sendiri. Resepi seperti di bawah. Baja organik diberi settiap hari tak undang masalah kepada tanaman.
Bahan-bahan baja organik:
1 Bahagian sisa dapur (kulit bawang, buah-buahan yang rosak, batang asyur dan sebagainya)
1 bahagian gula merah
Cara-cara:
Campurkan semu dan perap di dalam bekas kedap udara selama sebulan
Bancuhan baja:
1 bahagian baja organik di bancuh bersama 10 bahagian air. Sesuai dibuat siraman atau semburan
Cantasan
Kurang kepadatan daun adalah salah satu cara memastikan pokok kacang botor cepat mengelurakan hasil. Ini kerana, baja yang dibekalkan memberi fokus kepada penghasilan kacang. Selain itu juga, cantas tunas dan dahan baru yang tumbuh pada bahagian batang utama
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.