Kebakaran hutan yang melumpuhkan Los Angeles sejak 6 Januari lalu dianggap antara bencana paling buruk dalam sejarah. Lebih 12,000 hektar kawasan musnah, memaksa ribuan penduduk berpindah bagi mengelak ancaman api yang marak dan sukar dikawal.
Namun, ajaibnya sebuah rumah agam di Malibu bernilai hampir AS$9 juta (RM40.5 juta) terselamat daripada kemusnahan api ini, lapor New York Post.
Menurut pemilik rumah agam tersebut, David Steiner, 64, dia terkejut melihat rumahnya masih utuh walaupun selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranannya.
“Ia satu keajaiban yang tidak pernah hilang,” kata bekas eksekutif syarikat pengurusan sisa.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran itu berlaku, musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar kepadanya rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglo dan rumah jirannya, minggu lalu.
David percaya pembinaan yang sangat kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan itu.
“Ia diperbuat menggunakan stucco (plaster berkualiti tinggi) dan batu dengan bumbungnya kalis api,” katanya.
Menurutnya, rumah itu juga mempunyai cerucuk sedalam 50 kaki ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.
“Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka dalam sejuta tahun, kebakaran hutan akan merebak sehingga ke Lebuh Raya Pantai Pasifik.
“Saya fikir, jika ada gempa bumi, ini adalah perkara terakhir yang akan musnah. Saya tidak menyangka jika berlaku kebakaran, ini akan menjadi perkara terakhir yang akan musnah,” katanya mengenai rumah seluas 4,200 kaki persegi itu dengan empat bilik tidur yang dibelinya daripada seorang penerbit.
“Reka bentuknya agak cantik. Tapi stucco dan bumbung kalis api itu sangat bagus,” kata Steiner.
Stucco, atau plaster berkualiti tinggi, merupakan bahan binaan popular untuk luaran rumah yang banyak digunakan kerana beberapa kelebihannya:
IMPIANA : Mungkin selepas ini pemilik kediaman boleh mempertimbangkan bahan binaan kalis api ini sebelum membina rumah.
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.