Bila juadah berbuka terhidang, ni lah waktu terbaik si lalat menyerang. Boleh hilang mood jadinya.
Khuatir sangat lalat bertelur pada makanan. Adakalanya, dah ditutup rapi pun, boleh terlepas masuk juga si lalat ni. Jadi, apa penyelesaiannya? takkan nak dibiarkan bebas berterbangan.
Sebenarnya, banyak petua dan cara untuk atasi masalah ni. Sama ada secara alami atau menggunakan bahan kimia. Tapi, sebaiknya anda gunakanlah kaedah yang lebih mesra alam dan mujarab seperti yang dilakukan oleh Marina Mar Mawar
Bahan-bahan:
Ads
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil. Letakkan sedikit air. Letakkan di atas meja makan.
“Dah ada yang mencuba petua ini..memang terbukti lalat menjauhi kawasan yang ada mangkuk tersebut….alhamdulillah
Ads
Petua ini dapat tahu waktu lepak di Cafe The Train kepunyaan Hilal Azman (pelakon) berdekatan KTM Taiping.”–Marina Mar Mawar
PETUA LAIN HALAU LALAT
Selain petua yang dikongsikan ini, terdapat beberapa yang boleh diamalkan untuk halau lalat ini tanpa menggunakan racun serangga. Nak tahu bagaimana jom semak.
1.Gunakan lilin
Nyalakan sebatang lilin di atas meja makan dan dengan cara ini lalat tidak akan hinggap pada makanan yang dihidang.
2.Hirisan cili
Ambil sebiji cili merah dan dihiris dua. Letakkan di dalam bekas, aroma cili yang pedas tidak digemari oleh lalat dan ini akan memberi kesan efektif untuk menghalau lalat.
Ads
3.Daun kari
Ambil beberapa helai daun kari dan letakkan di dalam bekas berisi air. Biarkan terdedah di atas meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat kerana aroma daun kari yang kuat tidak disukai oleh lalat.
4.Plastik berisi air
Cara yang sering digunakan oleh peniaga untuk menghalau lalat dan boleh kita praktiskan di rumah juga. Sangat mudah, isikan plastik jernih dengan air dan kemudian masukkan beberapa keping syiling dan diikat kemas sebelum digantung. Dikatakan biasan air jernih itu akan mempengaruhi penglihatan lalat.
Gaya dekorasi moden bohemian, suasana rumah pasti tidak akan menjemukan. Hiasan dalaman gaya bohemian ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita.
Meraikan tekstur dan warna yang tidak terikat dengan sebarang peraturan hiasan tertentu konsep dekorasi bohemian chic tidak selalu kelihatan elegan namun dengan menerapkan konsep ini, suasana rumah pasti lebih ceria.
Transformasi rumah teres setingkat ini begitu mencuri pandangan mata. Kediaman yang dimiliki oleh pasangan muda yang terletak di Kuantan ini diberikan nafas baru. Berinspirasikan stail Bohemian Chic, sentuhan dekorasi merangkumi elemen natural, warna sederhana serta pelbagai tekstur.
Berikut dikongsikan keadaan kediaman asal iaitu sebelum melalui proses renovasidan juga keadaan kediaman selepas direnovasi. Moga mencetuskan idea buat anda yanh sedang berkira-kira untuk mengubahsuai kediaman.
SEBELUM RENOVASI (KEADAAN ASAL KEDIAMAN)
SELEPAS RENOVASI
Berikut dikongsikan tip bagi merealisasikan gaya dekorasi bohemian:
GUNAKAN TUMBUHAN HIJAU
Gunakan tanaman hijau pada ruang tertentu dalam kediaman anda. Penggunaan tumbuhan hijau mampu memberikan impak warna dalam dekorasi ini. Elemen alam menjadi sebahagian konsep bohemian. Pilihan lain, anda boleh gunakan tumbuhan hijau dalam pasu atau yang digantung sama ada yang segar atau pun plastik.
PILIH PERABOT YANG MENGGUNAKAN MATERIAL ALAMI
Perabot yang diperbuat daripada rotan seperti buluh sangat popular dan malar segar. Gunakan untuk hiasan dalaman anda selain ia mudah dipadankan dengan pelbagai warna.
PELBAGAIKAN MOTIF
Konsep bohemien juga mementingkan elemen motif pada perabot dan aksesori. Bagi memaksimumkan gaya itu, pilih corak dan motif berbeza pada karpet, langsir, sarung kusyen, selimut dan sebagainya.
SUSUNAN LUKISAN PADA DINDING
Gantung lukisan di dinding. Susunan lukisan juga tidak perlu mengikut kebiasaan malah adalah lebih baik saiz bingkai yang dipilih juga berbeza-beza.
Mencuci jubin terutamanya di dapur mahupun bilik air bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Lebih lagi jika ada kotoran yang sudah lama tidak dicuci atau degil. Oleh itu, sedikit tekanan atau tugas menyental perlu dilakukan.
Tahukah anda, Menyental akan mengakibatkan permukaan jubin anda calar dan menghakis lapisan perlindungannya? Ada yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan bahan peluntur berat untuk mencuci kotoran degil pada jubin. Namun, masalah lain pula yang timbul. Ia memberi ancaman kepada kesihatan.
Jadi apakah cara yang paling berkesan untuk mencuci jubin di bilik air dan dapur tanpa perlu menyental dengan teruk dan tidak membahayakan kesihatan? Apa kata kita guna bahan ajaib yang banyak membantu dalam tugas-tugas pembersihan di rumah iaitu baking soda. Namun sebelum menggunakan nya, anda perlu campurkan dengan beberapa bahan lain untuk menjadikan ia lebih berkesan.
Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
5 Cara untuk Dapatkan Dapur yang Sentiasa Kemas dan Bersih. Dapur biasanya diguna setiap hari, jadi sangat penting untuk menjaga kebersihan dan kekemasan dapur. Kalau jarang dibersihkan, confirm berminyak habis! Nak memasak pun jadi tak bersemangat.
Dengan wujudnya dapur yang kemas dan bersih, ini boleh menjadikan memasak lebih menyeronokkan. Berikut ialah beberapa tip untuk memastikan dapur anda sentiasa bersih dan kemas:
1. Bersihkan Semasa Memasak
Bersihkan kawasan kerja dan peralatan memasak serta-merta selepas digunakan. Ini membantu mengelakkan pengumpulan kotoran dan memudahkan anda untuk kekal teratur semasa memasak.
2. Bersihkan Sisa Makanan
Selepas makan, keluarkan sisa makanan dari pinggan dan peralatan sebelum mencucinya. Ini mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan untuk membersihkan kemudian.
3. Susun Perkakas Dengan Betul
Gunakan penyangkut atau rak untuk menyimpan peralatan memasak dan kutleri dengan teratur. Ini membantu memastikan dapur teratur dan memudahkan akses semasa memasak.
4. Buang Sampah dengan Kerap
Letakkan tong sampah di tempat yang mudah diakses dan buang sampah dengan kerap. Elakkan daripada menimbun sampah di dapur, yang boleh mengganggu kebersihan dan keselesaan.
5. Bersihkan Peti Sejuk Secara Berkala
Lakukan pembersihan berkala pada peti sejuk untuk mengeluarkan makanan yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan. Ini bukan sahaja mengekalkan kebersihan tetapi juga membantu mengoptimumkan ruang penyimpanan.
6. Gunakan Penyimpanan yang Bijak
Simpan bahan makanan dalam bekas kedap udara dan label untuk pengecaman mudah. Gunakan rak atau organizer tambahan untuk menyusun barang dapur seperti rempah ratus, perasa dan lain-lain dengan kemas.
7. Basuh Pinggan Selepas Makan
Tabiat mencuci pinggan dan kutleri sejurus selepas makan akan memastikan dapur bersih dan sedia untuk digunakan semula.
8. Buat Jadual Pembersihan
Tetapkan hari tertentu dalam seminggu untuk membersihkan dapur dengan teliti, termasuk membersihkan laci, almari dan kawasan dapur lain.
IMPIANA: Dengan menggunakan petua ini secara konsisten, anda boleh memastikan dapur anda kemas dan teratur, mewujudkan persekitaran yang selesa untuk memasak dan berehat di rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.