Bila juadah berbuka terhidang, ni lah waktu terbaik si lalat menyerang. Boleh hilang mood jadinya.
Khuatir sangat lalat bertelur pada makanan. Adakalanya, dah ditutup rapi pun, boleh terlepas masuk juga si lalat ni. Jadi, apa penyelesaiannya? takkan nak dibiarkan bebas berterbangan.
Sebenarnya, banyak petua dan cara untuk atasi masalah ni. Sama ada secara alami atau menggunakan bahan kimia. Tapi, sebaiknya anda gunakanlah kaedah yang lebih mesra alam dan mujarab seperti yang dilakukan oleh Marina Mar Mawar
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil. Letakkan sedikit air. Letakkan di atas meja makan.
“Dah ada yang mencuba petua ini..memang terbukti lalat menjauhi kawasan yang ada mangkuk tersebut….alhamdulillah
Petua ini dapat tahu waktu lepak di Cafe The Train kepunyaan Hilal Azman (pelakon) berdekatan KTM Taiping.”–Marina Mar Mawar
Selain petua yang dikongsikan ini, terdapat beberapa yang boleh diamalkan untuk halau lalat ini tanpa menggunakan racun serangga. Nak tahu bagaimana jom semak.
Nyalakan sebatang lilin di atas meja makan dan dengan cara ini lalat tidak akan hinggap pada makanan yang dihidang.
Ambil sebiji cili merah dan dihiris dua. Letakkan di dalam bekas, aroma cili yang pedas tidak digemari oleh lalat dan ini akan memberi kesan efektif untuk menghalau lalat.
Ambil beberapa helai daun kari dan letakkan di dalam bekas berisi air. Biarkan terdedah di atas meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat kerana aroma daun kari yang kuat tidak disukai oleh lalat.
Cara yang sering digunakan oleh peniaga untuk menghalau lalat dan boleh kita praktiskan di rumah juga. Sangat mudah, isikan plastik jernih dengan air dan kemudian masukkan beberapa keping syiling dan diikat kemas sebelum digantung. Dikatakan biasan air jernih itu akan mempengaruhi penglihatan lalat.
Mesti Baca:Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!
Baca Lagi Di Sini:TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!
Artikel Menarik:Baja Organik Dari Batang Pisang Dan Yakult Untuk Hasikan Buah OVERSIZE
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.