Laman

Hanya Perlu Rendam Dan Tanam Sebelum Boleh Tuai, Mudah Je Cara Tanam Ulam Selom Ni

Share

Bagi yang gemarkan aktiviti berkebun, pastinya anda faham kepuasan yang diperoleh apabila tanaman kita menjadi dan membuahkan hasil. Bukan sahaja menyejukkan mata yang memandang, malah tumbuhan yang ditanam juga mempunyai manfaat dan kelebihan lain, bergantung pada jenis tanaman.

Tanaman ulam khususnya, dapat memudahkan kerja memasak didapur. Hanya perlu petik apabila diperlukan. Berkhasiat, cepat dan yang paling penting, jimat!

Tetapi ramai juga yang takut untuk mula bercucuk tanam kerana risau kerja-kerja menanam itu susah dan berat. Sedangkan ada cara yang mudah yang tidak menggunakan banyak alatan ataupun tenaga.

Perkongsian kali ini IMPIANA fokuskan pada langkah-langkah menanam ulam selom yang mungkin menjadi kegemaran ramai. Lepasni boleh cuba tanam dan makan hasil berkebun sendiri.Memang puas hati! Mari kita ikuti sharing

Puan Aida Zainuddin ini.

5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom

1. Batang dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.

2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam akar akan keluar melalui batang selom (tukar air rendaman selalu)
3. Tanam batang yang berakar ni dengan cara melintang

4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.

5. Dah boleh tuai

Best tanam selom. Sekejap je dah boleh dituai.
Selamat bercucuk tanam!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana