Siput babi, atau dikenali sebagai siput tanah, merupakan sejenis moluska yang sering dijumpai di kawasan yang lembap dan teduh. Walaupun siput babi kelihatan tidak berbahaya, mereka boleh menjadi ancaman besar kepada tanaman.
Makhluk ini sebenarnya suka sangat memakan daun atau bahagian pokok yang mempunyai banyak air, berlendir dan sesuai dengan seleranya.
Pokok yang diserang akan menjadi hidup segan mati tidak mahu atau terus mati atau sukar dipulihkan semula walaupun mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pokok yang terlibat.
Bagi mengelakkan kejadian ini terjadi langkah permulaan sebagai pencegahan boleh dilakukan iaitu dengan membersihkan kawasan di sekitar taman anda supaya tidak ada tempat atau kawasan yang terlindung, gelap, sejuk dan lembap yang biasanya menjadi sarang atau tempat berlindung makhluk perosak ini. Kalau terjumpa sarangnya musnahkan semua telur atau anak-anak yang banyak sekali bilangannya.
Ada beberapa langkah penghapusannya sama ada menggunakan racun kimia atau secara organik. Namun pada kali ini dipaparkan dulu kaedah yang mudah dan secara organik tanpa menggunakan racun.
Bunuh Secara Manual
Siput akan keluar pada waktu malam terutamanya selepas hujan. Anda boleh bunuh cara manual dengan memijak dengan kaki atau menghempapnya dengan benda keras seperti batu atau gunakan garam untuk membunuhnya seperti tersebut di bawah.
Penggunaan Garam
Langkah mudah dan ringkas membunuhnya ialah dengan menggunakan garam yang ditaburkan di sekeliling kawasan tanaman hiasan. Sebaik sahaja garam tersebut terkena bahagian anggota siput yang terdedah akan mati secara tiba-tiba hasil daripada tindak balas bahan kimia tersebut.
Inilah langkah-langkah mudah dan praktikal tanpa membahayakan untuk mengawal atau menghapuskan bilangan siput dalam taman.
Selamat mencuba
Mesti Baca:Beli Tanah Atau Rumah, Ini 10 Tip Dari Perunding Kewangan!
Baca Lagi Di Sini:Rumah Persaraan, Perunding Hartanah Beri Tip Apa Perlu Buat Sejak Dari Awal
Artikel Menarik:Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Artikel diambil dan diolah dari MW.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.