Adakah anda rasa seperti seluruh rumah anda berbau hancing dan busuk seperti di pet shop atau zoo? Bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di karpet dan perabot, menjadikan rumah tidak selesa dihuni. Walau sayang bagaimana pun anda pada kucing, tak mungkin ada yang sanggup tinggal di rumah yang berbau tengik dan kotor.
Jadi bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan ini buat selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan haiwan kesayangan? Anda boleh saja gunakan pencuci yang terdapat di rak-rak supermarket ataupun, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati dirumah. Anda juga boleh mengurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing di tempat yang terbuka dan jauh dari kawasan berkumpul. Disamping itu, pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan juga kebersihan si comel agar udara dikediaman sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.
CARA 1 : Gunakan cuka.
Hilangkan bau air kencing dengan menggunakan pembersih yang diperbuat daripada cuka putih. Letakkan satu bahagian air dan satu bahagian cuka putih dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran tersebut di kawasan yang berbau. Biarkan cuka selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap sekali bau air kencing kucing.
CARA 2 : Cuba pembersih enzyme.
Air kencing kucing terdiri daripada komponen-komponen yang memerlukan enzyme untuk dibersihkan. Anda boleh dapatkan pembersih enzyme di mana-mana petstore atau secara online. Ikut arahan pada label dengan teliti untuk digunakan pada kawasan yang berbau kucing.
CARA 3 : Sapukan penyegar udara semulajadi.
Satu lagi cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kucing adalah dengan menggunakan penyegar udara semula jadi dibuat daripada baking soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 sudu teh serbuk cengkih, dan 1 cawan herba seperti rosemary atau lavender kering. Renjiskan pembersih pada permaidani atau pada perabot yang mempunyai bau kucing. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan kemudian vakum sehingga betul-betul puas hati.
CARA 4 : Dapatkan khidmat profesional.
Jika rumah anda berbau pintu kucing dan pembersih biasa tidak berjaya menyingkirkannya, sila dapatkan bantuan pembersih profesional. Cari pembersih permaidani profesional untuk menangani apa-apa kesan dan menghilangkan bau kucing pada permaidani anda. Dan dapatkan khidmat pencuci lantai profesional yang boleh datang kerumah untuk menghilangkan bau pada kayu atau jubin. Kebanyakan pembersih profesional memang sudah mahir dalam mengeluarkan bau yang berkaitan kucing di rumah.
CARA 5 : Kosongkan bekas pasir secara teratur.
Perikasa bekas pasir kucing anda sekurang-kurangnya sekali untuk dua kali dalam sehari. Cedok dan keluarkan apa-apa najis dan gumpalan air kencing dari bekas secepat mungkin supaya bau tidak dibiarkan ‘berlegar-legar’ diudara terlalu lama. Latih kucing anda untuk menggunakan bekas pasir agar anak-anak bulu ini tidak terbiasa kencing di kawasan lain didalam rumah anda.
CARA 6 : Pastikan anda mempunyai lebih dari satu bekas pasir.
Letakkan bekas pasir dibeberapa tempat berbeza dan bersihkannya dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, mempunyai bekas pasir yang berbeza buat setiap kucing akan mengurangkan risiko bau busuk. Pastikan setiap kucing mempunyai privasi semamsa menjalankan ‘projek’. Dengan mempunyai lebih dari satu bekas pasir, anda juga dapat mengelakkan daripada perlu membasuh sebuah bekas yang dipenuhi najis busuk yang datang daripada beberapa ekor kucing.
CARA 7 : Vakum tempat bermain kucing.
Gunakan vakum khas untuk membersihkan bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu. Vakum seluruh kawasan dan tempat kegemaran si bulu untuk bermain. Pastikan juga anda vakum perabot, karpet, dan celah-celah almari atau pasu serta kawasan lain yang berpotensi. Cuba untuk vakum kawasan-kawasan ini seminggu sekali supaya tidak ada bulu atau kotoran kucing yang akan membawa kepada bau busuk.
CARA 8 : Pastikan kawasan makan kucing bersih.
Untuk mengurangkan bau di rumah anda, kekalkan kebersihan bekas makanan dan minuman kucing. Elakkan membiar makanan semalaman tanpa dibasuh bekasnya. Dengan memastikan bekas makanan sentiasa terjaga dan dibasuh bersih, ruangan dirumah anda akan terjamin bebas bau busuk dan bebas bakteria merbahaya.
CARA 9 : Bawa kucing anda grooming .
Sentiasa pastikan kucing di groom bersih dan kemas. Jadikan ia rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberus buku, trim kuku dan membersihkan telinga kucing daripada segala kotoran dan kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
CARA 10 : Bawa kucing berjumpa doktor haiwan jika bau tidak hilang.
Jika anda telah cuba membersihkan kawasan kucing anda dan masih lagi gagal menghilangkan bau busuk kucing, cepat-cepat bawa si bulu berjumpa doktor haiwan. Boleh jadi, ba