Bintang Kecil Mini Fest, lebih 2,000 kanak-kanak berkumpul di Plaza Masalam. Program Bintang Kecil Mini Fest 2023 yang dinanti-nantikan telah berlangsung di Plaza Masalam, Shah Alam pada 19 hingga 20 Ogos yang lalu seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan.
Hari pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan lebih daripada 2,000 kanak-kanak dan ibu bapa yang telah memberikan seribu kegembiraan dan
kenangan yang tidak akan dilupakan.
Bintang Kecil Mini Fest ialah inisiatif di bawah portal digital “Bintang Kecil,” yang bernaung di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, dan disaksikan oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Malaysia, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Hal Ehwal Evergreen Venues Sdn Bhd.
Program bermanfaat yang mengagumkan ini dikuasakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Karihome, dan Plaza Shah Alam. Program ini bertujuan untuk menanamkan keyakinan diri dan kemahiran sosial kanak-kanak dengan menyediakan platform bagi mereka ini untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan.
Bintang Kecil Mini Fest menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan, menonjolkan bakat kemahiran yang penting untuk kejayaan pada masa depan. Sementara itu, ibu bapa yang terlibat sama di dalam aktiviti bersama anak-anak mereka, akan dapat
membina ikatan yang lebih kuat dengan anak-anak dan dapat melihat perkembangan sosial
mereka.
Program ini tidak hanya memberi faedah kepada individu yang terlibat tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan dan kesepaduan komuniti secara
keseluruhannya. Suasana meriah dan bertenaga turut dirasai oleh seisi keluarga dengan acara perarakan mega oleh pelbagai unit badan beruniform.
Perarakan menampilkan 350 murid dari empat buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, SK Bandar Anggerik, SK Seksyen 9 Shah Alam, dan SK Kepong diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk persembahan haka dan pertandingan Dewi Cilik.
Ads
Angkasawan Malaysia Dato’ Dr. Sheikh Muzaphar Shukor turut berkongsi mengenai petua
untuk berjaya di alam persekolah dan kehidupan. Di dalam ucapan beliau yang penuh
inspirasi, beliau menekankan kepentingan menetapkan matlamat yang jelas dan mengekalkan rasa tekad yang kuat.
Selain itu, beliau turut berkongsi akan kepentingan mempunyai minda
untuk berkembang maju, menerima cabaran, dan mencari peluang untuk pembelajaran
berterusan.
Kehadiran selebriti terkenal seperti Mark Adam, Yana Samsudin, Shaza Bae, dan ramai lagi
menambahkan lagi kemeriahan dan menjadi daya tarikan suasana Bintang Kecil Mini Fest.
Penglibatan dan interaksi di antara selebriti dan penonton mencipta detik-detik yang tidak
dapat dilupakan dan akan diingati oleh semua yang hadir pada program tersebut.
Sementara itu, Fiza Frizzy selaku pengacara majlis memberikan aksi semangat yang bertenaga dan dapat mengekalkan suasana meriah sepanjang program berlangsung.
Sorotan aktiviti:
Ads
Perarakan Mega: Ia adalah gabungan simfoni ketawa, perpaduan dan tenaga muda dengan diiringi oleh pancaragam. Perarakan unit badan beruniform ini membuktikan ianya bukan sekadar minat atau hobi; malah ia adalah sebuah perjalanan untuk mengenali diri, semangat setia kawan dan komited menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
Persembahan Haka: Persembahan haka yang luar biasa menggambarkan kekuatan bersatu di antara kanak-kanak yang berbilang, memperlihatkan kekuatan bekerjasama dalam kumpulan dan berkeyakinan dalam mengatasi cabaran bersama. Gerakan dan suara yang selaras melambangkan kekuatan persatuan, mencipta simfoni keberanian dan persahabatan yang mengagumkan.
Dewi Cilik: Pertandingan ratu cantik untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Dewi Cilik direka untuk menjadi platform yang selamat bagi kanak-kanak untuk menonjolkan bakat, meningkatkan keyakinan diri dan membentuk personaliti dirimereka. Program ini adalah peluang keemasan bagi kanak-kanak yang berminat di dalam fesyen, solekan, fotografi, suka bergiat aktif dan berseronok.
BK Mewarna Merdeka X Simpan SSPN: Pertandingan mewarna sempena Bulan Kemerdekaan ini bagi meraikan dan melibatkan kanak-kanak dalam semangat patriotisme dan kreativiti. Setiap peserta dapat membuka akaun simpanan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) secara percuma. Manakala, juara pertandingan mewarna membawa pulang RM300 berserta hamper, ganjaran istimewa ini bukan sahaja untuk meraikan bakat seni kanak-kanak malah membantu menjamin masa depan pendidikan yang lebih cerah.
Ads
• BK Fantastic X Karihome: Program ini direka khas untuk mengetengahkan dan meraikan kepelbagaian bakat dan kebolehan kanak-kanak. Peserta program ini berumur antara 6 dan 12 tahun, dan mereka perlu mempamerkan kemahiran dan minat mereka dalam pelbagai bidang seperti nyanyian, tarian, lakonan, debat, sukan, bercerita dan banyak lagi.
Pertandingan ini menyediakan platform kepada individu muda untuk mendapatkan keyakinan, menyatakan diri mereka, dan menerima pengiktirafan untuk bakat mereka. Keluarga yang hadir juga menikmati pameran haiwan peliharaan oleh Farm in the City, Pool Kidz Playground, Zumba, sesi cabutan bertuah dan banyak lagi!
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau dapat penyewa yang bermasalah, memang pening kepala tuan rumah dibuatnya.
Tak tahan dengan sikap penyewa yang ‘liat’ membayar sewa, pemilik sebuah rumah di utara Perancis telah menggunakan helah untuk mengusir penyewanya dengan mencabut tingkap dan pintu kediaman tersebut semasa musim sejuk, menurut laporan yang dikeluarkan oleh laman berita Oddity Central semalam.
Pada 20 Disember tahun lalu, beberapa orang pekerja telah tiba di sebuah rumah di Pas-de-Calais dan memulakan proses mencabut tingkap serta pintu rumah tersebut.
Penyewa diberitahu oleh pekerja tersebut bahawa pemilik rumah bermaksud untuk menggantikan tingkap dan pintu dengan yang baru. Namun, setelah pekerja tersebut mencabutnya, mereka meninggalkan tempat kejadian tanpa memasangnya kembali.
Penyewa tersebut menyatakan bahawa akibat tindakan ini, beliau terpaksa menggunakan kadbod untuk menutupi bahagian yang terbuka.
Tindakan ini menyebabkan keluarganya terpaksa menghadapi suhu sejuk dan juga risiko rumah tersebut dipecah masuk.
Ketika dihubungi oleh media setempat, pemilik rumah mengakui bahawa beliau mengambil langkah tersebut sebagai respons terhadap kegagalan penyewa membayar sewa selama lima bulan.
“Pada mulanya, kami telah bersetuju bahawa penyewa bertanggungjawab untuk membayar insurans rumah ini, namun mereka juga gagal memenuhi kewajiban tersebut,” jelasnya.
Persatuan Pemilik Rumah Perancis, apabila dihubungi oleh pemberita, menyatakan pemahaman terhadap motif pemilik rumah tersebut tetapi menegaskan bahawa kaedah yang digunakan itu adalah bertentangan dengan undang-undang.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan meluangkan masa untuk merasai sendiri pengalaman menikmati kopi yang dibancuh segar dengan menggunakan mesin kopi jenama terkemuka antarabangsa, Nespresso.
Menerusi satu sesi taklimat bersama Nespresso yang di adakan secara eksklusif di cawangan Nespresso di The Gardens Mall, IMPIANA telah didedahkan dengan maklumat sejarah penghasilan biji kopi yang menjadikan ia sebagai minuman paling popular di seluruh dunia sejak berabad-abad lamanya.
Selain pendedahan itu, melalui sesi taklimat ‘Nespresso Masterclass’ yang diadakan, pelbagai info mengenai mesin dan varian perisa keluaran jenama Nespresso turut telah didedahkan bersama IMPIANA.
Ketika sesi pertama taklimat bersama Nespresso, IMPIANA telah merasai sendiri untuk menghirup kopi Espresso jenis Ethiopia, Nicaragua dan Indonesia.
Untuk ketiga-tiga jenis kopi ini dibancuh segar mengunakan mesin khas Nespresso dan dinikmati begitu sahaja tanpa perasa tambahan seperti gula dan susu.
Dari segi rasanya, memang tidak dinafikan memang agak pahit maka ia amat sesuai bagi anda yang mengemarkan rasa kopi yang ‘strong’ dan asli tanpa sebarang perisa tambahan.
Sesi taklimat seterusnya, IMPIANA juga berpeluang untuk menikmati kopi espresso jenis India dan Columbia yang dibancuh segar menggunakan mesin kopi jenama Nespresso lalu dicampur pula dengan susu panas.
Untuk kedua-dua jenis pilihan kopi ini, memang tidak dinafikan rasanya sangat enak dan sedap walaupun hanya dicampur susu panas dan tidak dicampur dengan gula. Jadi, ia sememangnya amat sesuai untuk anda pencinta ‘caffe latte’ yang sentiasa mengemarkan rasa kopi yang berlemak.
Apa yang membuatkan IMPIANA tertarik dengan mesin kopi jenama Nespresso ini, ia mempunyai pelbagai seleksi pilihan model mesin kopi dengan reka bentuk yang menarik dan cantik.
Dengan adanya mesin kopi ini di dapur, ia sudah semestinya boleh menaikkan lagi seri dan sebagai pelengkap hiasan dalaman rumah anda. Betul tak?
Untuk info lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari di laman sesawang www.nestle-nespresso.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Syarikat minuman, Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut mengumumkan kerjasama yang menyaksikan minuman jenama Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu di Malaysia.
Hasil kerjasama ini akan melibatkan sebanyak 1,180 cawangan restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan minuman jenama Coca-Cola menjelang awal September depan.
“Bermula Ogos (2022), Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman KFC dan Pizza Hut, menghidangkan pelbagai minuman Coca-Cola menyegarkan di restoran KFC dan Pizza Hut.
“Semua 1,180 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan produk Coca-Cola menjelang awal September,” kata Coca-Cola Malaysia dan QSR dalam satu kenyataan.
Sebelum kerjasama Coca-Cola Malaysia dan QSR, restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh Malaysia menghidangkan minuman jenama Pepsi kepada pelanggan.
Sumber: Berita Harian Online
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.