Haruman asli bunga-bungaan indah bukan sahaja memberi rasa puas di dada. Tetapi satu nilai elegan pada ruang. Ruang yang adakala ringkas, nyaris kosong tetapi dibuai bau yang menggoda lagi membawa debar seperti haruman melor sememangnya menukar perspektif kita. Dekorasi yang hanya jamuan mata akan lebih enak dipandang dengan aroma yang bersesuaian.
Ads
Ramai di kalangan kita yang masih memandang sepi akan kepentingan bunga-bungaan segar di kediaman. Bukanlah bermakna setiap hari perlu dihias dengan bunga mewah haruman yang menusuk kalbu. Tetapi jika ada hari-hari tertentu , hari kebesaran, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari kemerdekaan atau apa sahaja hari yang membawa makna kepada anda, tidak salah jika kita semarakkan ruang kediaman dengan haruman bunga sebagai sambutan penuh makna.
Ads
Jika kita memilih gaya eklektik Asia, perabot tradisi, gunakanlah haruman melor, atau yang lebih kontemporari bunga-bungaan tropika yang banyak berwarna –warni. Alasan anda? Tidak tahu menggubah bunga? Jangan risau, kini pereka atau penggubah unga telah banyak mengorak langkah dalam memberi estetika dengan cara begitu mudah, ‘clean’ dan semua boleh melakukannya. Gaya baru dalam menikmati haruman kembang dan estetikanya digubah dengan begitu unik tidak ubah seperti sebuah arca.
Ads
Kini minimalism dan elemen bentuk, aliran tenaga banyak disuntik dalam gubahan. Malah yang menarik adalah terdapat juga pasu yang pelbagai bentuk dan saiz yang menawarkan ruang atau bekas bagi pereka berkreativiti. Bukan sahaja kelopaknya boleh kita nikmati malah batang daun dan segala elemennya digubah sama sebagai satu karya seni. Jom kita berlatih. Tidak perlu bunga-bungaan mewah, yang biasa-biasa juga boleh kita gubah dengan inspirasi yang ada. Dunia kecil anda juga mampu diberikan keindahan dengan gubahan bunga-bungaan kecil dalam sebuah landskap di pari-pari kecil. Simple-simple sahaja di IMPIANA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Nama Pemilik: Fatin Fatina Nazlan
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan: 960 kaki persegi
Konsep: Scandinavia
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering, balkoni.
Jom kita lihat sentuhan magis pemilik ini untuk rumah miliknya, mungkin dapat beri anda ilham
Ringkas itu tidak semestinya membosankan. Bicara dekorasi polos juga mampu untuk menyempurnakan ambien sesebuah ruang jika kena dengan sentuhannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur adalah tempat kita beristirehat daripada penat menempuhi segala cabaran realiti atau dunia setiap hari. Tapi, tidur juga perlu menatap sesuatu yang tenang dan boleh menyebabkan anda sentiasa tidur lena. Oleh kerana, saya mencadangkan untuk anda, menghiasai dinding di dalam bilik tidur itu supaya ia dapat memberi energi yang positif untuk anda senang untuk tidur lena setiap. Kini, saya memulakan tentang beberapa idea untuk anda menghiasi dinding bilik tidur.
LUKISAN
Lukisan dapat memberi satu aura atau energi yang positif dan lukisan juga adalah salah satu hiasan bilik tidur yang sangat popular. Ini kerana, lukisan dapat menenangkan seseorang yang memandang lukisan tersebut dan apabila mereka berasa tenang, ia membuat mereka mengantuk dan terus lancar untuk tidur.
POTRAIT ATAU GAMBAR
Potrait dan lukisan ini sama sahaja fungsinya kepada bilik tidur kerana ia dapat memberi satu rasa yang tenang. Cuma, portrait ini ia lebih merasakan realiti atau wujud kerana gambar yang diletakkan itu berkemungkinan adalah gambar anda bersama pasangan anda sedang bergembira, gambar dengan keluarga yang penuh kesenyuman atau gambar-gambar semasa hari perkahwinan. Ini kerana, gambar-gambar seperti itu dapat memberi efek yang selesa kepada diri dan mudah untuk anda merasa tenang. Maka, bila sudah tenang fikiran, anda akan rasa sangat mengantuk dan dalam sekelip mata, anda akan terus tidur.
PELEKAT DINDING
Pelekat dinding juga adalah kaedah terbaik untuk menghiasi ruang tanpa mengecatnya. Ia boleh mengubah mana-mana persekitaran, dan ia juga mudah untuk dialih keluar dan diganti jika anda ingin mengubah keadaan semula. Tapi, pastikan pelekat dinding yang digunakan, mempunyai imej yang positif atau perkara-perkara yang dapat memberikan diri anda selesa dan tenang.
Secara kesimpulannya, untuk tidur, kita seharusnya dalam keadaan yang tenang dan selesa. Jikalau permikiran anda serabut semasa hendak tidur, ia boleh membuatkan sukar untuk tidur dan boleh mengakibatkan insomnia.
Nama pemilik: Siti Nurain Lokasi: Jeram, Kuala Selangor Jenis kediaman: Rumah kampung kayu sebiji Konsep: Moden kontemporari Spesifikasi: 2 bilik, 1 bilik air, sebuah dapur dan ruang tamu
Binaan kayu sering dikaitkan dengan binaan tropika atau tradisional. Namun, dewasa ini pemilik lebih berani menongkah arus cuba lari dari kebiasaan. Seperti perkongsian dekorasi kediaman kayu yang pernah dipaparkan sebelum ini, walaupun penaataan dekorasi amat berbeza dengan fizikal asal kediaman kayu, ia tetap indah dan lebih praktikal.
Seperti kediaman yang dikunjungi Impiana baru-baru ini. Rumah milik Pak Tenun yang merupakan salah sorang penduduk terawal di sekitar Jeram kini di diami oleh anak saudaranya yang lebih mesra di kenali dengan nama Ain. Pak tenun kini mendiami sebuah kediaman yang lebih besar yang dibina bertentangan kediaman kayu ini. Kini, rumah kayu ini menjadi tempat berteduh buat Ain dan suami Bersama 2 orang anak mereka yang masih kecil.
Dari luar, memang jelas kelihatan kediaman ini amat sempit. Melangkahkan kaki memasuki kediaman ini lebih menguatkan pandangan penulis apabila melihat tersedianya sebuah ruang tamu yang kecil, 2 bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air yang secukupnya untuk ain seisi keluarga. Uniknya, binaan kediaman ini memaparkan ciri-ciri binaan rumah melayu lama di mana rumah ibunya dibina tinggi dari tanah.
Namun, memang tidak disangka kediaman ini sangat polos sebelum kehadiran ain sekeluarga. Pun begitu, strukturnya utuh walaupun telah dimakan usia. Ini menunjukkan pemilik asalnya Pak Tenun memang pandai menjaga rumah kayu ini. Jiwa muda Ain ingin kan sebuah kediaman yang lebih moden dan berani. Oleh itu, renovasi di ruang tamu dilakukan secara menyeluruh.
Memilih rona biru dengan gabungan konsep moden kontemporari, sebuah kediaman yang muram bertukar wajah penuh keceriaan. Pemilihan cat minyak mengikut rona pilihan Ain iaitu biru elektrik melapisi dinding polos yang dipilih sebagai feature wall. Nampak gelap kan? Namun pemilik bijak, dinding lain didominasi dengan rona biru langit. Secara tidak langsung, paduan dua rona ini dapat menyeimbangi antara satu sama lain.
Bukan sekadar dindingnya di alis cat baru, bahagian siling yang asalnya dikekuningan turut dicat dengan jenis kapur. Lantainya pula, diberi hamparan tikar getah dengan corak kayu. Padanan rona coklat tikar getah dan biru di dinding memang paduan yang sempurna. Setiap satu menyumbang karekter tersendiri pada kediaman ini. Jadi, Ain tidak perlu risau akan perincian yang lain.
Optimumkan setiap ruang, pemilihan perabot yang ringkas diabadikan. Di ruang tamu, cukup sebuah sofa tiga tempat duduk untuk menampuk keperlu keluarga ain. Sebagai tambahan, sebuah bangku yang mempunyai corak yang sama dipadankan. Tidak mahu ruang tamu yang kecil ini terlalu sarat, permaidani dengan corak ringkas memberi keselesaan tatkala bersantai diruang ini.
Menambahkan impak visual bagi ruang yang sempit, sebuah bingkai cermin dengan kemasan bingkai emas ditatah menyerlahkan lagi fungsi feature wall. Untuk memastikan dalam ruang yang sempit ini dapat turut menyediakan ruang santapa buat air seisi keluarga, sebuah set meja makan berbentuk bulat mengoptimumkan sudut yang di hadkan.
Tidak terhenti hanya disitu, perincian untuk menyerlahkan lagi kediaman ini turut dilakukan. Sudah pasti, pencahayaan menjadi fokus utama. Pemilihan lampu chandelier memberi penjelasan di ruang makan manakala track light menggantikan lampu kalimantang memberi peluang kepada pemilik untuk melaraskan pancaran yang diperlukan. Sedikit sentuhan mewah, kain langsir dengan percikkan emas mengantikan langsir asal yang tidak berpadanan antara satu sama lain.
Ain yang berwatakan kemas namun bersahaja amat menekankan keringkasan dalam dekorasi kediamanya. Bukan sekadar disebabkan oleh ruang yang terhad, malah memberi ruang legar buat si cilik yang sedang lasak bermain. Setiap komposisi yang di padukan mempunyai fungsi yang tersendiri dalam memaparkan sebuah dekorasi moden kontemporari yang diimpikan ain.
Nak tahu tranformasi yang dilakukan dengan lebih lanjut, jangan lupa tonton rancangan tv Impiana setiap Selasa Jam 12.30 tengah hari. Kalau tak sempat tengok, boleh tonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9.00 malam. Terlepas juga, boleh tonton bila-bila di VOD ASTRO
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.