Bau haruman semulajadi bisa membangkitkan rasa harmoni dan nyaman di kediaman sepanjang masa. Aura bunga-bungaan yang harum mewangi bukan sahaja menjadi kegemaran buat para wanita dan mereka yang gemar berkebun malah juga kepada sesiapa sahaja yang meluangkan masa di persekitarannya. Perbezaan ketara dapat dirasai dengan kesegaran udara yang begitu mendamaikan terhasil dari bau tanaman tersebut.

Terdapat pelbagai spesis tanaman menarik yang menghasilkan bau harum, termasuklah :

Kenanga (Ylang-ylang)
Cananga odorata

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Bunga ini merupakan bunga tradisional dan amat digemari di Malaysia kerana harumnya semerbak. Baunya lebih tajam di kala senja. Ia adalah sejenis tumbuhan saka dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.

Mawar (China Rose)
Rosa chinensis

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Selain dijadikan sebagai bunga potong, mawar juga memilik banyak manfaat. Antara lain ia digunakan untuk antidepresi, antiviral, antiradang dan sumber vitamin C. Minyak mawar yang diekstrak dari kaedah penyulingan dan penguapan kelopaknya boleh dijadikan parfum.

Melur (Arabian Jasmine)
Jasminum sambac

IKLAN
Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini
SONY DSC

Bunganya berwarna putih dan mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia merupakan elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan kerana keharumannya.

Harum Sundal Malam (Tuberose)
Agave amica

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Bunganya berbau wangi, tetapi aromaya akan berkurangan selepas dipetik dari tangkainya. Namun begitu baunya akan terus kekal walaupun setelah dipetik sehinggalah ianya kering dan layu. Dalam keadaan optimum, tumbuhan ini kekal hidup dan menghasilkan bunga untuk tempoh masa yang lama.

Bunga Cina (Cape Jasmine)
Gardenia jasminoides

IKLAN

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi. Ia juga mengandungi zat minyak penting seperti linalol dan styrolyl. Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, spesies tanaman ini juga bermanfaat untuk mengubat pelbagai penyakit.

Pokok Kemuning (Orange Jessamine)
Murraya paniculata

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Pokon ini berbunga sepanjang tahun dan menghasilkan bau yang sangat tajam terutamanya di waktu malam. Kemuning menghasilkan aura yang mententeramkan. Justeru, ia sangat baik jika ditanam di halaman rumah sama ada dijadikan sebagai tanaman hiasan atau tanaman pagar.

IKLAN

Kemboja (Frangipani)
Plumeria obtusa

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Pokok ini dianggap eksotik dengan bentuk batangnya yang sangat artistik dan dekoratif. Ia dapat hidup hingga puluhan tahun dan mencapai tinggi di antara 7-10 meter. Bunganya bermanfaat sebagai ubat untuk menurunkan panas badan, meredakan batuk dan melancarkan proses membuang air besar. Unsur yang terdapat di dalam kulit batangnya pula dapat menyembuhkan tumit yang pecah-pecah.

Bunga Tanjung (Spanish cherry)
Mimusops elengi

Harumkan Kediaman Secara Semulajadi Dengan 8 Jenis Tanaman Ini

Kerana aromanya, bunga tanjung biasa digunakan sebagai hiasan kepala dan kalung leher oleh masyarakat Melayu tradisional dan kaum India. Bunga tanjung boleh bertahan lama. Untuk mengembalikan keharumannya, bunga tanjung yang telah kering boleh direndamkan dalam minyak kelapa.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI