Tak sangka tanam pokok kunyit dalam tayar, menjadi sungguh hasilnya. Bersusun isi, memang puas hati berbaloi. Bukan apa, kunyit antara ramuan yang kita selalu gunakan dalam masakan dan di dapur. Baik kunyit hidup mahupun serbuk kunyit.
Jika rajin bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri pokok kunyit dalam tayar terpakai, ikut panduan seperti yang dikongsikan oleh Razak Adom ini.
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah..Inilah hasilnya selepas lebih 6 bulan tanam.
1. Guna tayar kereta biasa saiz 14. Potong dengan pisau dapur pun boleh. Bahagian tepi tayar takde dawai, pisau mesti cukup tajam. Kemudian terbalikkan yang luar ke dalam.
2. Bila semua pokok sudah mati, sedia untuk dituai.Masa ni isi kunyit dah cukup matang.
3. Hasil tayar no 2 selepas lebih 6 bulan.
4. Kemudian terbalikkan tayar dan tembak air. Saya guna baja asli tahi kambing (sebaiknya guna yang dah reput), tanah bakar, pasir. Gaul sekali semasa mula tanam.
5. Hasil tayar no 1
Saya tak jual, untuk kegunaan sendiri sahaja. Berbagi dengan jiran-jiran, adik beradik dan buat buah tangan tetamu yang tersinggah je.
Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini: Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak
Artikel Menarik: Daun Kunyit Kuning Tak Subur, Ini Cara Tanam Dan Rawatannya
IMPIANA: Seronok nya lihat hasil kunyit ni. Walaupun hanya tanam pokok kunyit ni dalam tayar, namun menjadi betul. Bersusun isinya puas hati dan berbaloi sungguh!
Sumber: Razak Adom
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.