Setiap orang mempunyai rumah impian mereka sendiri. Kediaman ideal yang nyaman, selesa dan dihias cantik sudah tentunya menjadi idaman semua. Tidak kira lah jenis kediaman anda kecil atau besar, jika bijak menyusun atur pastinya akan nampak cantik dan mewah. Begitu juga dengan pemilik akaun facebook Farinie Marican, yang menginginkan sebuah kediaman elegant yang cukup selesa buat dirinya serta suami dan 3 orang anak.
Dengan keluasan hanya 680 kaki per segi, ini tidak menghalang Puan Farinie untuk mendeko rumah beliau dengan indah sekali. Rumah yang telah didiami selama tiga tahun ini diubahsuai secara berperingkat-peringkat sehingga menjelang hari raya yang lalu. Mengetengahkan konsep kontemporari, rumah apartmen kecil kos sederhana ini terlihat sangat timeless dengan setiap perincian yang telah dipilih dengan teliti oleh pemiliknya. Patutlah nampak macam rumah kondominium mewah. Idea keseluruhan renovasi datangnya dari pasangan suami isteri ini sendiri tanpa melantik konsultan. Sungguh hebat dan kreatif!
Siling plaster yang dipasangkan chandelier dan downlight kelihatan amat menawan dengan pencahayaan yang betul, sekaligus dapat membangkitkan mood romantis pada ruang. Kertas dinding juga ditampal sebagai feature wall dibelakang kabinet tv selain wainscoting yang dilihat mendominasi segenap dinding ruang tamu dan koridor ke bilik menjadi pilihan pemilik, selain diselitkan dengan pelbagai aksesori menarik seperti hiasan bunga orkid, jam dinding dan lampu gantung dan cermin geometri yang dapat menaikkan mood ruang dengan serta merta. Dan jangan terkejut jika anda tahu ibu muda ini hanya membelanjakan sebanyak RM20k untuk kos keseluruhan pengubahsuaian rumahnya. Sudahlah pandai menghias, bijak berbelanja dan merancang pula. Jadi mari sama sama kita scroll down untuk lihat transformasi rumah ini.
SEBELUM
Ads
SELEPAS
Ads
Ads
Macam mana? Cantik kan? Jadi anda janganlah sedih jika rumah anda kecil dah sempit kerana dengan sedikit kesungguhan dan minat, anda akan dapat mengubah rumah kecil anda menjadi rumah idaman. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai juga memilih binaan kabinet dapur yang menggunakan struktur konkrit sebagai asas. Biasa lah, orang Asia kalau memasak tak berdentam dentum dapur tak sah kan? kalau nak guna struktur kabinet sepenuhnya dari aluminum atau kayu, boleh roboh jadinya.
Struktur asas konkrit untuk kabinet dapur dah siap. Tapi, satu hal nak buat pintunya pula. Kebiasaannya, kalau panggil kontraktor memang harganya boleh tahan sesak nafas juga dibuatnya. Apa kata kita ikut idea Peju Faizura. Buat sendiri je pintu kabinet dapur. Pintu dapur boleh tempah siap secara online sahaja.
Alhamdulillah selesai projek deko dapur yang dibuat hujung minggu.Projek ni buat sikit-sikit. Terima kasih kat encik suami gigih layan kehendak bini yang nak tukar wajah dapur
Ini adalah sinki kami dari mula-mula kami beli rumah dan tak pernah pasang pintu kabinet. Semangat nak pasang sendiri sebab dah tanya kontraktor kosnya RM 800
Pintu kabinet ni kami beli di shopee. Bagi je ukuran yang diperlukan. Nanti penjual akan siapkan ikut ukuran dan hantar. Satu pintu RM 30. Untuk kabinet ni, perlu 3 pintu. Harga semua RM 102 sekali penghantaran
Untuk makeover pintu kabinet ni, tampal dengan vinyl / wallpaper
Sebelum cat dinding dapur
Ni saya share kan link yang terlibat dalam proses deko dapur saya ni:
Tepung naik sendiri antara bahan penting dan mudah kalau nak buat kek atau roti yang gebu gebas. Bagi kami yang tak pro membakar, memang boleh jadi jem kalau tak ada tepung naik sendiri jika tertera di dalam resepi ia adalah bahan utama. Nak beli pun, bukannya habis digunakan melainkan kalau jenis rajin mengguli dan membakar.
Fazira Fauzi berkongsi di dalam group Masaka Apa Hari Ni cara untuk hasilkan sendiri tepung naik sendiri dengan 3 bahan asas mudah dan murah.
Dewasa ini, kebanyakkan rumah apartmen dan flat yang dimiliki mempunyai saiz dapur sangat terhad. Jadi, pemilik perlu bijak memanipulasi ruang yang tersedia untuk memastikan tempat penyimpaan barang dapur mencukupi. Selain pemilihan warna, dan perabot yang mampu memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang sempit, ada beberapa perkara perlu di perhatikan. Berikut, 10 item bijak untuk dapur bersaiz kompak:
1. KAUNTER PULAU MUDAH ALIH
Pengurusan ruang yang bijak, sebaiknya sesuatu tempat mempunyai pelbagai kegunaan. Begitu juga dapur, terutamanya yang bersaiz kompak. Bagi memberi ruang yang lebih luas, kaunter pulau mudah alih ini boleh diubah suai. Lebih bijak jika anda menggunakan kounter pulau yang boleh dijadikan sebagai meja makan atau ruang bekerja yang dilengkapi dengan ruang pengsotran di bahagian bawah.
2. BESI GANTUNG
Adakalnya, kabinet atau rak dinding akan memakan ruang. Pilihan lain anda miliki adalah hanging bar yang mempunyai pelbagai kegunaan. Boleh jadi tempat sangkut periuk belanga, rempah ratus, pekakas memasak dan sebagainya. Terdapat pelbagai rekaan besi gantung di pasaran termasuk yang dipadankan dnegan besi berani. Ianya amat sesuai untuk menyimpan dan menyusun peralatan beasakan keluli seperti pisau
3. RUANG SIMPANAN SAMPAI KE SILING
Untuk lebih ruang pengstoran dan simpanan anda kelihatan lebih kemas, bina rak dinding atau kabinet dapur hampir mencecah siling. Punya masalah untuk mengambil barang? tak perlu risau, gunakan bangku. Untuk lebih mudah, susun keperluan dapur di kabinet dinding anda mengikut berat dan saiz. Bagi yang bersaiz besar dan berat, letakkan di bahagian bawah. Hanya yang ringan dan jarang digunakan perlu di letak di dalam kabinet yang paling tinggi
4. RAK SUDUT TERGANTUNG
Sebaiknya, ruang di dapur kompak ini dimanfaatkan. Kebiasaanya, sudut dapur yang sering diabaikan dek kesukaran untuk mencapai disamping saiz ruangya terhad. Apa kata sediakan rak sudut sebagai ruang simpanan tambahan. Tiada perkakas atau barang yang sesuai di letakkan? jadikan ia sebagai ruang dekorasi untuk menyerlahkan lagi gaya dapur sempit anda. Kelak, rak sudut tersebut mempunyai kegunaan mendesak yang anda tidak sangka
5. KABINET DAPUR CERMIN
Kabinet dapur dengan kemasan cermin atau kaca bukan sahaja memberi ilusi lebih luas. Ia berupaya membias cahaya yang secara tidak langsung mewujudkan pencahayaan semula jadi. Pencahayan sama ada dari lampu atau cahaya semula jadi amat penting bagi memberi kesan ilusi sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas.
6. LAMPU PANDENT
Lampu pandent, kebiasaanya dipadankan dengan kaunter pulau atau breakfast bar. Ia bukan sahaja memberi pencahayaan tambahan kepada ruang tersebut, malah menjadikan rekaan dapur lebih elegan dalam sentuhan yang tertentu.
7. RAK BAWAH SINKI
Ruang bawah sinki sering di abaikan. Kebaisaanya menjadi tempat longgokan barang pencuci dan tong samapah. Namun tanpa sistem rak khas tersedia, ruang di bawah sinki tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Apa kata, letakkan rak khas yang direka bagi tujuan kegunaan di bawah sinki untuk mendapatkan ruang simpanan tambahan. Bukan sahaja lebih kemas, malah memudahkan anda mencari dan mengambil barang yang diperlukan
8. JUBIN BERSAIZ BESAR
Ruang kompak, sudah pasti formulanya haruslah pemilihan pattern bersaiz besar. Aplikasi yang sesuai dengan pattern besar ini sebenarnya lebih berkisar kepada pemilihan saiz jubin. Kebiasaanya, pemaju memilih jubin berukuran 1×1 kaki sebagai kemasan lantai. Hal ini memberi impak visual terhad. Dengan penggunaan jubin bersaiz lebih besar, ia memberi impak visual sebaliknya
9. TONG SAMPAH TERSEMBUNYI
Masyarakat Malaysia lebih gemar meletakkan tong sampah pada sudut dapur. Walhal, sedut tersebut boleh digunakan bagi tujuan lain. Apa kata sediakan kabinet dapur atau kaunter pulau yang dilengkapi tong sampah tersembunyi. Bukan sahaja lebih bersih dan kemas malah ruang tersedia dapat dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti rak simpanan makanan bertingkat, rak bawang atau sebagainya.
10. TAPIS ATAU BESIN LIPAT
Besen dan tapistidak kira berskala besar mahupun kecil antara pekakas dapur yang memerlukan ruang yang banyak untuk tujuan penyimpanan Bagi masyarakat Jepun yang mempunyai kediaman bersaiz kompak, pengurusan ruang simpanan harus lah bijak. Mereka lebih gemar memilih peralatan yang boleh dilipat seperti besen atau penapis silikon. Ruang kompak boleh di muatkan dengan pelbagai barang lain jika anda menggunakan pekakas dapur bijak ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.