Isi Kandungan
ToggleIMPIANA cukup berbesar hati dengan pembaca tersayang, yang tak pernah jemu bersama kami. IMPIANA cukup bangga dengan ilham dan inspirasi yang dikongsikan bersama. Kali ini follower yang bernama Encik Arif Osman,39, ingin berkongsi dapur yang hadiahkan kepada isteri tercintanya Puan Azlinda Abdul Rahim, 37, dari hasil duit simpanan sewaktu PKP. Jom kita lihat apa hasil dapur idaman ini.
“Pada awalnya sebelum pkp pertama, saya bercadang nak guna sedikit simpanan utk buat kolam hiasan di tepi rumah. Selepas jumpe beberapa kontraktor dan dapatkan sebut harga saya dan isteri berbincang semula. Tgk pada kos nak buat kolam hiasan tu boleh tahan juga harga. Kemudian isteri berseloroh “baik buat dapur idaman saya”.
Kemudian PKP pun diumumkan dan kami simpan niat kami tu dulu. Ketika PKP kerajaan dan bank umum kan moratorium bg loan. Jadi saya terpikir jika kita berjimat waktu pkp dan guna kan duit yg sepatutnye bayar pada bank sebaik mungkin dan setelah kira-kira,bugget utk buat dapur idaman tu mcm ada. Lepas je PKP ditamatkan saya terus pangil kontractor utk sebut harga. Dua kontractor saya pangil satu utk pecah dan ubah suai dapur, dan satu lagi utk buat cabinet dapur. Ketika ni baru la sy bgth pada wife yg nak realisasikan impian dia dpat dapur impian. Terkejut juga dia.”
“Disebab kan budget yg ada tu boleh kata “ngam²” so pemilihan meterial hampir 80% kami pilih dan juga perkakasan dapur yg lama di guna semula.Hampir 3 bulan semua nye siap. Masa yg diambil agak lama kerana meterial yg kami cari sendiri tu tiada stock dan pemilihan warna untuk cabinet yg agak sukar kerana rambang mata dgn pilihan warna yg ada.”
Cerita pemilik kepada IMPIANA. Hmmm sweetnya pasangan ni kan?
Maaf kerana kualiti gambar yang kurang cantik.
SEBELUM
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 ‘Trick’ Mudah Sejuk Kan Kediaman Untuk Rumah Yang Tak Ada Air-Cond.
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana dirumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Salah satu punca rumah menjadi panas adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning untuk mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari.
Selalunya awning di pasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah.
Atau boleh juga tanam pokok yang rendang di sekeliling rumah supaya menjadi keadaan di sekeliling rumah menjadi redup dan tidak terkena bahang matahari.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Simpan 10 Jenis Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, Boleh Mengundang Bahaya!
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buahan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan di dalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Awas! Anda Mungkin Tidak Tahu 7 Item Kegunaan Harian Ini Penuh Dengan Kuman
Sejak dua menjak ini, makin ramai yang lebih peka dalam menjaga kebersihan kerana tidak mahu dijangkiti penyakit yang merbahaya.
Mungkin ramai yang sangka kawasan tandas mempunyai paling banyak kuman, tetapi tanpa kita sedari sebenarnya banyak lagi peralatan yang kita gunakan dalam aktiviti harian yang lebih kotor dan merbahaya jika nak dibandingkan dengan tandas!
Dalam perkongsian dari Klinik Avicenna ini, terdapat lebih kurang 7 lagi benda yang dipenuhi kuman sama ada kita sedar atau tidak. Jom semak!
1. Telefon Bimbit
Tahukan anda bahawa, dianggarkan 16 peratus lebih banyak bakteria yang melekat pada telefon bimbit berbanding daripada tandas.Satu daripada sepuluh telefon bimbit mengandungi kuman dan pelbagai virus penyakit. Ini adalah kerana telefon tersebut diletakkan hampir di setiap tempat yang mungkin membuatkan lebih banyak kuman berpindah ke situ.
Telefon bimbit menjadi semakin berbahaya jika digunakan oleh pengidap selesema atau batuk kerana bakteria atau virus dalam mulut mereka akan terbang dan hinggap di telefon.Ketika anda atau orang lain menggunakan telefon tersebut,potensi masuknya kuman penyakit ke dalam mulut menjadi semakin besar. Hati-hati jika ada memberikan orang lain meminjam telefon bimbit anda.
2. Span Mencuci Pinggan Mangkuk
Meskipun span berfungsi membersihkan peralatan dapur yang kotor, span mencuci pinggan mangkuk yang anda gunakan sehari-hari itu boleh menyimpan sekitar 10 juta bakteria.Bahkan, melalui hasil kajian mendapati bahawa span 200 ribu kali lebih kotor daripada tandas anda.
3. Pakaian Dalam Mesin Basuh
Ketika memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, anda telah memindahkan 500 juta bakteria E.coli dalam satu ruangan yang tertutup.Selain itu, air yang tidak boleh keluar di bahagian dasar mesin basuh tersebut membuat udara menjadi lembap, sehingga kuman menjadi lebih cepat membiak.
4. Alat Pemanggang
Dengan adanya alat pemanggang, anda boleh menyajikan banyak makanan yang enak buat keluarga tersayang.Tapi, tahukah anda alat pemanggang tersebut boleh menyimpan sehingga 1,7mikroba dan kuman per inci.Sisa makanan di atas pemanggang membuatkan bakteria menjadi lebih mudah membiak. Pemanggang juga menyimpan bakteria dua kali lebih banyak jika dibandingkan dengan tandas anda.
5. Berus Gigi
Ramai kurang tahu bahawa meletakkan berus gigi di bilik mandi adalah tindakan yang salah. Ini adalah kerana setelah anda menggunakan tandas, udara di sekitarnya b0leh menerbangkan partikel kuman yang boleh mencapai ketinggian enam meter.
Bakteria itu boleh saja singgah atau hinggap di salah satu berus gigi yang anda letakkan di dalam tandas. Jadi, tidak mustahil kuman-kuman tersebut akan melekat pada berus gigi tersebut.Selain itu, jangan sesekali membenarkan orang lain menggunakan berus gigi anda. Ada yang mengatakan terdapat 10 juta bakteria yang bersarang dalam sebatang berus gigi.
British Dental Association (BDA), menyatakan mulut adalah salah satu ‘sarang’ kuman dan virus, termasuk ‘virus herpes simplex’, yang boleh hidup selama dua hari, bahkan di berus gigi yang kering. Kuman boleh membiak subur di dalamnya kerana berus gigi selalunya diletakkan di dalam bilik mandi yang lembap.
6.Hirisan Buah-buahan
Hiasan hirisan lemon atau buah-buahan lain yang terselit cantik di tepi gelas minuman ternyata membahayakan kesihatan.
Hasil kajian yang dibuat oleh Journal of Environmental Health, hampir 70 peratus hirisan lemon yang bertenggek di bibir gelas mengandungi mikroba penyebab penyakit. Para penyelidik telah melakukan pemeriksaan dengan memesan minuman di 21 buah restoran berbeza.
Setelah diperiksa, mereka telah menemui hampir 25 mikroorganisme, terdapat bakteria E.coli yang boleh mengakibatkan keracuunan serius pada manusia.
7. Buku Senarai Menu
Ketika di restoran ataupun kedai-kedai makan, anda pasti melihat menu terlebih dahulu sebelum memesan makanan.Percaya atau tidak, buku menu tersebut ternyata menyimpan banyak makanan. Sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Medical Virology, virus-virus penyebar selesema dan demam boleh melekat di permukaan yang keras selama 18 jam.
Bayangkan saja, jika di sebuah restoran terdapat ratusan pelanggan pada setiap hari yang tidak pasti sejauh mana tahap kesihatannya. Tanpa disedari, pelanggan yang terkena selesema mungkin telah menularkan penyakit pada anda melalui buku menu yang dipegangnya.
Untuk mencegah penyebaran penyakit, sebaiknya jangan sampai buku menu tersebut terkena piring, senduk, sudu ataupun garpu. Anda disarankan, mencuci tangan setelah memesan atau jangan lupa memakai gel antiseptik.
Sumber : Klinik Avicenna
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI