Semut, kehadirannya di rumah mahupun kebun memang merisaukan dan sudah pasti mata yang lihat rasa rimaskan. Pelbagai cara dan kaedah dah digunakan. Tapi semut ni cepat lali.
Tapi pernah tak cuba buat home remedy untuk memusnahkan koloni semut dengan menggunakan air rendaman puntung rokok. Untuk akak yang suaminya merokok, ini lah cara paling bermanfaat. Nak tahu cara hasilkan remedi musnah semut guna air rendaman puntung rokok, jom ikut langkah yang telah disediakan.
Bahan-bahan:
5 Ulas Bawang putih
1/2 Cawan Puntung rokok
5 Sudu Pencuci cecair pinggan
1.5 liter Air
Cara-cara:
1. Tumbuk sedikit bawang putih dan rendamkan bersama 1 cawan puntung rokok dan 1.5 liter air semalaman
2. Sariang air rendaman puntung rokok dan bawang putih tadi
3. Campurkan air yang telah disaring tadi bersama 5 sudu sabun cecair pencuci pinggan dan boleh di pakai terus di dalam rumah dan pada tanaman.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Cara Deko ‘Throw Cushion’ Supaya Nampak Lebih Menarik Di Atas Sofa
Isi Kandungan
ToggleThrow cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini dan anda boleh memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu mengikut kreativiti dan kesesuaiannya.
Namun paling penting ialah cara susunan, pilihan jenis dan corak serta warna ‘throw cushion’ yang ingin dipadankan.Ikut 6 panduan ini supaya dekorasi ‘throw cushion’ nampak lebih menarik pada sofa di ruang tamu.
1. KOMBINASI WARNA KONTRA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah ‘trik’ paling mudah untuk menjadikan sofa tampak lebih menarik. Jika mempunyai sofa berwarna gelap boleh padankan dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.
2. GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Boleh gabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang lebih menarik.
Sebagai contoh, gandingkan dengan kusyen bulat untuk melengkapkan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Malah bukan sahaja bentuk, boleh juga gandingkan dengan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.
3. KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK
Sebagai ‘penyeri’ untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi,geometri, jalur atau garis boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.
4. SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.
5.SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.
5 Tip Penjagaan ‘Throw Cushion’ Agar Sentiasa Nampak Baru
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen, tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Mesti Baca: Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”
Baca Lagi Di Sini: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
Artikel Menarik:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!
IMPIANA: Semoga menjadi panduan dalam dekorasi ‘throw cushion’ di sofa ruang tamu rumah. Barulah tampak lebih berseri dan menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebelum Beli ‘Dryer’ Gara-Gara Baju Tak Kering Sebab Musim Hujan, Hadam Perkara Ini!
Isi Kandungan
ToggleBila musim hujan macam sekarang kedai dobi terutama layan diri memang penuh gara-gara baju yang dibasuh tak kering. Selalunya mesin pengeringlah yang akan jadi rebutan.
Tapi berbaloi ke kalau nak beli dryer ini di rumah. Jika perkara yang sama bermain dalam fikiran, perkongsian daripada Afyan Mat Rawi ini sangat membantu. Satu ketika dulu inilah juga dilema yang dihadapi.
Tak beratur dah lepas ada ‘bibik’ elektrik’
1. Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe…
2. Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini ?
3. Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!
4. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.
5. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.
6. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga.
Ini hasil survey saya
7. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?
Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
8. Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai.
9. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
10. Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik.
11. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.
12. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg. Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.
13. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan. Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya.
Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
14. Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.
Selepas setahun guna
15. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
✔️ Tak perlu lagi sidai baju.
✔️ Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
✔️ Tak perlu risau baju lambat kering.
✔️ Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
✔️ Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
✔️ Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
✔️ Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
✔️ Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
Paling penting dapat ringankan beban isteri
✔️✔️✔️✔️ Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa;
“Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri”
Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
Apa lagi, share dan tag pasangan masing-masing minta belikan.
Afyan Mat Rawi, IFP
IMPIANA : Okay, dah baca penjelasan Encik Afyan bolehlah buat keputusan nak beli atau tidak.
Sumber: Afyan Mat Rawi
Mesti Baca: Semak & Buang 5 Barang Ini, Barulah Rumah Minimalis & Kekal Teratur
Baca Lagi Di Sini: Tong Sampah Dihurung Ulat Sampah, 5 Langkah Mudah Bersihkan
Artikel Menarik: Bekas Sarang Telur Letak Dalam Tong Sampah, Dapat Serap Air & Bau Busuk!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea ‘Extra Storage’ Untuk Ruang Yang Sempit Nampak Luas Dan Selesa
Unit atau layout rumah sekarang nak-nak untuk jenis kediaman kos sedarhana memang sangat kritikal. Yang paling memeningkan pemilik adalah ruang bilik. Ada yang bilik disediakan hanya muat-muat satu katil bujang sahaja.
Sedangkan kediaman berukuran 700++ kaki persegi pun biliknya sudah tersedia kecil, inikan pula yang bersaiz 650 kaki persegi seperti PPR dan flat. Tambahan, bagi pemaju di ibu kota, penyediaan studio house yang berukuran antara 600++ – 400 kaki persegi bagaikan satu trend. Jadi, pemilik perlu bijak menyusun dan menghias kediaman mereka.
Bilik kecil tak jadi masalah, IMPIANA kongsikan 6 idea bernas untuk ruang pengstoran tambahan bagi bilik bersaiz kecil:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI