Hasilkan Air Rendaman Puntung Rokok Untuk Cegah Semut Di Dalam Rumah Mahupun Kebun

Share

Semut, kehadirannya di rumah mahupun kebun memang merisaukan dan sudah pasti mata yang lihat rasa rimaskan. Pelbagai cara dan kaedah dah digunakan. Tapi semut ni cepat lali.

Tapi pernah tak cuba buat home remedy 

untuk memusnahkan koloni semut dengan menggunakan air rendaman puntung rokok. Untuk akak yang suaminya merokok, ini lah cara paling bermanfaat. Nak tahu cara hasilkan remedi musnah semut guna air rendaman puntung rokok, jom ikut langkah yang telah disediakan.

Bahan-bahan: 

5 Ulas         Bawang putih
1/2 Cawan  Puntung rokok
5 Sudu        Pencuci cecair pinggan
1.5 liter        Air

Cara-cara:
1. Tumbuk sedikit bawang putih dan rendamkan bersama 1 cawan puntung rokok dan 1.5 liter air semalaman

2. Sariang air rendaman puntung rokok dan bawang putih tadi

3. Campurkan air yang telah disaring tadi bersama 5 sudu sabun cecair pencuci pinggan dan boleh di pakai terus di dalam rumah dan pada tanaman.

Published by
Impiana