Salah satu elemen penting dan pelengkap dekorasi kediaman adalah melalui penyediaan feature wall atau accent wall. Ia menjadi titik fokus dalam sesuatu ruang dan memastikan dekorasi kelihatan lebih sempurna. Selain menggunakan cat atau rona yang berbeza dan lebih menyerlah, terdapat pelbagai cara lain untuk menghasilkan sebuah feature wall
seperti penggunaan lapisan wall paper dan sebagainya.Bagi Cik Faizah Yusoff, kemahirannya dalam seni dimanfaatkan dengan menghasilkan sebuah mural untuk menjadi feature wall kediamanya. Modal yang diperuntukkan hanya RM 70 dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh setengah hari. Berikut antara bahan yang diperlukan untuk menghasilkan feature wall seperti puan Faizah. Jika anda tidak begitu kreatif, Cik Faizah sedia menerima tempahan
Bahan-bahan:
Cat hitam (background)
Cat hijau (untuk daun)
Tempera paste kuning (untuk mix dengan hijau)
Berus
Cara-cara:
1. Bersihkan dahulu dinding yang hendak di lakar. Jika terdapat lubang kesan paku, tutup dan perkemaskan terlebih dahulu
3. Bancuh cat hijau dengan tempera paste kuning untuk menghasilkan beberapa tona hijau yang berbeza
4. Lakar bentuk daun secara berselerak dan kreatif