Isi Kandungan
ToggleFeature wall antara salah satu elemen dekor yang sering digunakan di dalam sesuatu ruang untuk memastikan sesuatu dekorasi yang dihasilkan tidak kelihatan mendatatar atau bosan. Kebiasaanya, ia di beri warna kontra atau berbeza dari keseluruhan dinding di dalam kediaman. Macam-macam cara atau teknik untuk menghasilkan feature wall ni.
Seperti yang dilakukan oleh pasangankembar suami puan Izzati filzah. Menerapkan rona maskulin iaitu hitam dengan gabungan garisan cat emas menjadikan ia kelihatan mewah.
Namun, nak hasilkan gaya yang kemas macam ni memang memerlukan kemahiran dan penetlitian yang tinggi. Jadi, jika anda berminat untuk hasilkan cat macam ni, boleh dapatkan perkhidmatan dari suami puan Izzati yang merupakan salah seorang kontraktor cat
Jenis cat digunakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Ekskusif Dapur Putih Jadi Luas Dan Selesa
Dapur, selain merupakan tempat kegemaran seisi keluarga, juga dikenali sebagai jantung bagi sesebuah kediaman. Ini kerana banyak perkara penting yang terjadi di dapur. Oleh itu, dapur yang selesa, luas dan cantik sememangnya akan menjadi idaman ramai orang.
Bagi pemilik, Puan Rozie Rozaini dari Pulau Pinang, pemilihan rona putih yang digabungkan bersama aksesori emas untuk tampil lebih eksklusif. Elemen pokok-pokok hijau juga menjadikan dapur kediaman Semi D ini lebih nyaman dan sejuk mata memandang.
Dapur yang berkeluasan 338 kaki persegi ini dilengkapi dengan kaunter pulau bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan. Ruang ini juga mempunyai skylight bagi membenarkan pencahayaan natural masuk ke kawasan dapur.
Dengan berpandukan konsep inggeris kontemporari, pemilik mendapat idea melalui carian internet dan juga hasil dari perbincanganbersama suami dan kontraktor.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
POS MALAYSIA LANCAR SETEM EDISI RAYA 2020
Pos Malaysia melancarkan koleksi setem edisi terhad sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang memaparkan gabungan elemen senireka Islamik Arabes dan kaligrafi Kufi. Koleksi setem edisi terhad Hari Raya Aidilfitri 2020 ini boleh dibeli sekarang melalui atas talian di www.eziemall.com. Koleksi setem ini juga akan mula dijual di 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara mulai 18 Mei 2020. Reka bentuk setem Hari Raya Aidilfitri 2020 membawa maksud erti dan nilai perayaan Hari Raya seperti “Kemenangan” dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan dan keadaan yang mencabar, “Kesyukuran” di atas segala kurniaan yang diterima semasa bulan yang mulia ini dan “Keikhlasan” yang mencerminkan sifat jujur di dalam semua perkara, terutamanya pada masa-masa yang sukar ini. Melalui siri setem yang unik ini, Pos Malaysia berharap ia dapat melahirkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat Malaysia dan saling menerima kepercayaan dan budaya yang berbeza dan yang paling utama, sentiasa bersatu dan menjaga kebajikan satu sama lain terutamanya sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata “Kita sedang menghadapi norma baru pada tahun 2020 akibat daripada pandemik global ini dan adalah penting bagi kita untuk sentiasa tabah dan bersatu untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Tahun ini perayaan Hari Raya Aidilfitri amat berbeza buat semua, namun ia tidak bermakna semangat perayaan ini berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Koleksi setem Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menjadi penanda Kemenangan kita dalam mengatasi kesukaran ini, Kesyukuran atas keselamatan dan kesihatan yang baik dan Keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli masyarakat.”
Setem Hari Raya Aidilfitri 2020 ini berharga RM25.00 untuk setiap helaian setem dengan nilai muka RM0.60 untuk setiap setem. Pengumpul setem, peminat dan orang ramai harus memiliki koleksi ini, kerana hanya dicetak dalam jumlah terhad sebanyak 1,000 lembaran sahaja. Pengumpul setem dan orang ramai juga boleh membuka Standing Order Deposit Account (SODA) untuk memudahkan pembelian koleksi setem terkini serta menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan oleh SODA.
Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA, boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara ataupun melalui atas talian di www.posonline.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli yang lain, boleh menghubungi Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia di 03-2267 2267 samb 2000 atau emelkan pertanyaan anda ke filateli@pos.com.my. Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia juga menawarkan kempen dalam talian #RayaDiRumah untuk membantu usahawan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan peniaga kecil dengan mempromosikan perniagaan dan produk mereka.
Melalui kandungan media sosial #RezekiDiKongsi di Instagram dan Twitter, Pos Malaysia membolehkan para peniaga dalam talian berhubung dengan pelanggan-pelanggan melalui iklan di media sosial dan penglibatan sosial, serta berkongsi tips membeli-belah dan peringatan mengenai hari terakhir pengeposan untuk Hari Raya. Pos Malaysia juga ingin mengingatkan semua pelanggan untuk mengepos bungkusan Pos Laju dan Mel sebelum 18 Mei 2020 dan kad ucapan Hari Raya sebelum 20 Mei 2020 untuk memastikan serahan dapat dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat terkini mengenai perkhidmatan Pos Malaysia, aktiviti dan segala informasi terkini boleh didapati di pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad), Twitter (twitter.com/pos4you) dan Instagram (instagram.com/pos4you).
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Tuil Jenis Pemegang Bukan Tombol Pintu, Ini Sebabnya
Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Baca juga: (VIDEO) Tak Susah Pun Tukar Sendiri Tombol Pintu Rosak, Mak-Mak Pun Boleh Buat
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
- Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
- Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
- Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
- Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
- Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
- Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI