Meski ada banyak sabun pencuci pinggan mangkuk keluaran daripada pelbagai jenama yang dijual di pasaran, belum tentu ia terbukti berkesan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pinggan mangkuk anda. 

Apabila kesan kotoran pada pinggan mangkuk tidak berjaya dihilangkan, sudah pasti ia telah menjadi satu masalah kerja mencuci anda tidak berjaya diatasi. Betul tak? 

Hasilkan Sabun Pencuci Dengan Hanya Menggunakan 3 Bahan Sahaja, Pinggan Mangkuk Terus Berkilat & Bersinar!

Malah, tidak dinafikan juga mesti ada yang di kalangan anda yang sudah mencuba pelbagai cara serta menggunakan pelbagai jenama sabun pencuci pinggan mangkuk namun masalah sedemikian masih tidak berjaya diatasi. 

Kini, anda tidak lagi perlu berasa bimbang kerana sudah ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pinggan mangkuk anda dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja. 

Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah:

Ads

1.Tuang 1/4 sabun pencuci pinggan mangkuk jenama Sunlight ke dalam botol kosong.
2.Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan kemudian tuang air garam itu ke dalam botol tadi hingga 3/4 botol.

Hasilkan Sabun Pencuci Dengan Hanya Menggunakan 3 Bahan Sahaja, Pinggan Mangkuk Terus Berkilat & Bersinar!

Mudah kan? Hanya dengan melakukan tiga langkah sahaja, anda boleh menghasilkan sabun pencuci pinggan mangkuk yang terbukti berkesan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pinggan mangkuk dengan sangat mudah.

Ads

Bukan itu sahaja, cara ini juga dapat memberikan penjimatan yang berlipat ganda kepada anda. Jadi, anda sememangnya sangat digalakkan untuk melakukan tip mudah ini di rumah. Selamat mencuba!

Hasilkan Sabun Pencuci Dengan Hanya Menggunakan 3 Bahan Sahaja, Pinggan Mangkuk Terus Berkilat & Bersinar!

Sumber: Facebook Lubuk Resepi Viral

Ads

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Hasilkan Sabun Pencuci Dengan Hanya Menggunakan 3 Bahan Sahaja, Pinggan Mangkuk Terus Berkilat & Bersinar!

Baca artikel berikutnya: Mesin Penapis Air Terbaik Untuk Setiap Rumah Di Malaysia

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI