Lelaki ini berkongsi kisahnya membeli perabot secara online. Pada mulanya dia nak ‘surprise’kan isterinya dengan perabot yang baharu dibelinya namun setelah perabot itu sampai di rumah, dia yang telah di ‘surprise’kan. IMPIANA turut bersimpati dengan lelaki ini, hehehe. Jadi, kepada anda yang hendak membeli barangan secara online tuh haruslah berhati-hati dan ikuti langkah-langkah ini.
Berbelanja secara online kini menjadi pilihan banyak orang. Layanan yang sedang berkembang pesat ini memang membawa impak besar pada cara kita berbelanja. Banyak keperluan yang mudah untuk didapatkan hanya dengan mengklik mouse atau layari gadget saja.
Barang-barang yang dibeli pun ada beraneka ragam mulai dari gadget, elektronik hingga keperluan rumah. Untuk keperluan kediaman, ada beberapa langkah yang perlu anda perhatikan sebelum melakukan pembelian secara online. Kerana, kebanyakan aksesoris rumah memerlukan semakan seperti kualiti barang hingga cara pengiriman.
Ads
Detail Produk
Sebelum melakukan pembelian, pastikan anda menyemak spesifikasi barang dengan menyemak lebih detail pada ukuran barang, warna, dimensi, cara perawatan hingga tawaran yang diberikan. Membeli barang dengan cara online harus lebih teliti, kerana kita hanya melihat gambar produk dan tidak melihat kondisi barang secara terperinci.
Ads
Pengiriman Barang
Kebanyakan aksesoris lebih mudah pecah. Tanyakan pada penjual, cara pengiriman yang digunakan, adakah ia akan membungkus barang dengan baik? Tanyakan juga apa kurier yang digunakan untuk mengirim barang. Kurier yang digunakan ini akan mempengaruhi jumlah kos yang harus anda bayar.
Ads
Keperluan Barang
Melihat berbagai jenis perabot yang dijual secara online, sudah pasti akan membuat kita menjadi terpikat untuk membeli berbagai furnitur tersebut, tambahan pula apabila penjual menawarkan harga yang murah atau diskaun menarik. Di sini, kita sering berbuat kesalahan, kerana kita membeli barang yang tidak diperlukan. Lebih baik anda merancang lebih bijak untuk membeli barang keperluan atau kehandak.
Pilih Peniaga yang Boleh Dipercayai
Anda harus mengenali penjual online itu terlebih dahulu sebelum anda tertipu. Jangan berbelanja secara terburu-buru, anda perlu menyemak komen-komen atau feedback dari pembeli lain tentang peniaga dan produk yang anda ingin beli.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam diam, sudah dua tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Kini kita sudah ke fasa endemik masih ada yang mengalami masalah kemurungan akan kesan lalu. Tahukah anda warna dalam kehidupan harian kita mampu memberi sedikit sebanyak perubahan dalam kehidupan harian.
IMPIANA kupaskan tentang tip bagaimana warna mampu mempengaruhi kesihatan mental.
Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.
Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.
Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.
Apabila warna menjadi penting
Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)
Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.
Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)
Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.
Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)
“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.
Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.
Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia kini kembali lagi melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” bagi mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau.
Kempen “MIAOWMORI IKONIK” telah dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya pagi ini akan diikuti dengan jerayawara menarik yang bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023.
Encik Jason Ch’ng ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, “Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang.
“Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.”
Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”.
Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama.
Miaow Miaow sentiasa berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu.
Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza.
Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tinggal di rumah dan terus memasak! Sekiranya anda seorang serba boleh, ini adalah ketuhar gelombang mikro panggang yang sesuai untuk anda. Dengan Ketuhar gelombang mikro Samsung MW5000T Grill, anda boleh menghasilkan makanan yang lazat dan sihat tanpa drama “dapur memasak”! Anda juga akan kagum dengan pelbagai fungsi dan proses penyediaannya yang mudah seperti fungsi pencairan cepat untuk mentega, ayam, makanan laut, atau apa sahaja yang dibekukan. Selain fungsi pencairan cepat, perkara terbaik seterusnya ialah membakar pencuci mulut yang lazat dengan satu sentuhan butang sahaja.
Memasak tanpa kerisauan tidak pernah sesenang ini! Cubalah resipi ‘kek coklat dalam cawan’ ini pada hujung minggu ini, anda pasti menyukainya!
Kek Cawan Coklat | Saiz hidangan: 1 hidangan
Bahan-bahan
Mentega 30 gram
Gula 60 gram
Telur 1 biji
Heavy Cream 40 gram
Tepung 25 gram
Serbuk koko 15 gram
Vanila 1.5 gram
Coklat Chip kurang manis 50 gram
Cara untuk memasak
1. Satukan mentega, telur, dan krim bersama dalam cawan.
2. Masukkan tepung dan gula, dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan koko, vanila dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan coklat chip.
5. Masukkan cawan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan pilih Auto Cook [2-6].
6. Setelah masak, tekan berdiri selama 2-3 minit.
Rangkaian gelombang ketuhar mikro:
Grill Microwave Oven with Healthy Grill Fry Function, 30L.
.
Grill Microwave Oven with Healthy Steam, 28L.
Dengan adanya gelombang ketuhar mikro daripada samsung ini pastinya segala makanan lazat semuanya dihujung jari anda. Bagi yang baru belajar memasak pun boleh buat macam-macam jenis masakan. Jimat masa, selesai masalah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.