Lelaki ini berkongsi kisahnya membeli perabot secara online. Pada mulanya dia nak ‘surprise’kan isterinya dengan perabot yang baharu dibelinya namun setelah perabot itu sampai di rumah, dia yang telah di ‘surprise’kan. IMPIANA turut bersimpati dengan lelaki ini, hehehe. Jadi, kepada anda yang hendak membeli barangan secara online tuh haruslah berhati-hati dan ikuti langkah-langkah ini.
Berbelanja secara online kini menjadi pilihan banyak orang. Layanan yang sedang berkembang pesat ini memang membawa impak besar pada cara kita berbelanja. Banyak keperluan yang mudah untuk didapatkan hanya dengan mengklik mouse
atau layari gadget saja.Barang-barang yang dibeli pun ada beraneka ragam mulai dari gadget, elektronik hingga keperluan rumah. Untuk keperluan kediaman, ada beberapa langkah yang perlu anda perhatikan sebelum melakukan pembelian secara online. Kerana, kebanyakan aksesoris rumah memerlukan semakan seperti kualiti barang hingga cara pengiriman.
Sebelum melakukan pembelian, pastikan anda menyemak spesifikasi barang dengan menyemak lebih detail pada ukuran barang, warna, dimensi, cara perawatan hingga tawaran yang diberikan. Membeli barang dengan cara online harus lebih teliti, kerana kita hanya melihat gambar produk dan tidak melihat kondisi barang secara terperinci.
Kebanyakan aksesoris lebih mudah pecah. Tanyakan pada penjual, cara pengiriman yang digunakan, adakah ia akan membungkus barang dengan baik? Tanyakan juga apa kurier yang digunakan untuk mengirim barang. Kurier yang digunakan ini akan mempengaruhi jumlah kos yang harus anda bayar.
Melihat berbagai jenis perabot yang dijual secara online, sudah pasti akan membuat kita menjadi terpikat untuk membeli berbagai furnitur tersebut, tambahan pula apabila penjual menawarkan harga yang murah atau diskaun menarik. Di sini, kita sering berbuat kesalahan, kerana kita membeli barang yang tidak diperlukan. Lebih baik anda merancang lebih bijak untuk membeli barang keperluan atau kehandak.
Anda harus mengenali penjual online itu terlebih dahulu sebelum anda tertipu. Jangan berbelanja secara terburu-buru, anda perlu menyemak komen-komen atau feedback dari pembeli lain tentang peniaga dan produk yang anda ingin beli.