Kuala Lumpur, 6 Februari 2018: AkzoNobel, syarikat peneraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux hari ini mengumumkan pelancaran ramalan trend tahunan, ColourFutures yang menggambarkan gaya warna utama utnuk 2018. Warna terunggul yang dipilih sebagai Warna Tahunan 2018 adalah Heart Wood. Pemilihan warna ini dipilih berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat terhadap trend, pandangan dan sikap pengguna.
Dengan tona merah jambu matang yang lembut dan panas, ia membawa ciri-ciri sentuhan kulit kayu-kayan dan mampu menyerlahkan suasana keselesaan yang tampil ringkas kepada anda yang inginkan keselesaan dan mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih mesra.
“Dengan masa yang berlalu dengan pantas terutamanya disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk, kini adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan mencari ketenangan. Kediaman kita perlu menjadi tempat yang membolehkan kita merendahkan nada bising, runag untuk menyemai nilai serta menyegarkan semula minda dan badan. Warna boleh memainkan peranan signifikan dalam mencapai keseimbangan antara kesibukan dunia luar dan ketenangan dalaman,” jelas Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Dulux, Heleen Van Gent.