Dekorasi

Hias Dapur Dengan Bajet Terhad, Tak Ada Kabinet Mewah Pun Boleh Kemas!

Share

Ruang dapur yang praktikal, selesa dan cantik tentunya menjadi idaman buat pemilik.

Biasanya, persepsi pada rumah sewa termasuklah “tak perlu hias atau deko cantik-cantik, rugi sahaja”. Salah tu. Sebetulnya, tidak kira lah rumah sendiri atau rumah sewa, kediaman yang dideko cantik akan tampil lebih selesa dan akan buat anda rasa tak sabar-sabar nak pulak ke rumah selepas seharian bekerja. Itulah yang dipraktikkan oleh Puan Nur Diyana di kediaman yang disewanya bersama suami.

Menurut perkongsiannya di laman Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr.DIY di Facebook Puan Diyana telah menerangkan secara terperinci bagaimana dia menghias dapur di rumah sewa dengan bajet yang terhad dan dengan keadaan dapur asal yang kosong. Jom kita semak satu persatu!

Semasa suami pindah ke rumah sewa ini, keadaan dapur beginilah – langsung kosong,yang ada cuma sinki. Saya cadangkan pada suami (ketika itu tunang) : “apa kata kita beli sahaja loose item yang perlu ikut keperluan dapur ?’’ – saya mulakan lakaran dan apa yang saya perlu cumalah tempat memasak, preparation area & unit penstoran. Orang lain waktu ini mungkin sibuk fikirkan barang hantaran tapi itu semua kami sudah selesaikan awal, apa yang kami perlu fikirkan adalah keadaan dapur yang berfungsi penuh selepas kahwin.
.
Dengan kawalan bajet yang ketat, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet kurang dari RM 500 ! ‘’Biar betul ko ni dik bajet RM 500 satu dapur ni ?’’- mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Sungguh, itulah anggaran yang hangus untuk peralatan utama yang saya gunakan :
• 2 Unit gas stove rack ( RM 70/each @ Shoppe)
• 4 Unit rak penstoran Hyllis saiz besar ( RM 49.90/each @ Ikea)
• 2 Unit rak penstoran Hyllis saiz kecil ( RM 39.90/each @ Ikea)
• Cat yang digunakan pula adalah cat lebihan dari ruang tamu
TOTAL : RM 419.40
Jadi misi perbelanjaan barangan asas saya berjaya !
*Tambahan lain seperti keperluan untuk membeli balang makanan di dapur, hiasan dinding, troli, para, skirting, kuali & periuk serta pinggan mangkuk berbeza bagi setiap isi rumah jadi, jadi bajet tambahan itu terpulang pada anda.

Inilah hasil dapur kami setelah kami berkahwin tiga bulan yang lepas. Saya cuba manfaatkan ruang dengan sebaiknya. Hasilnya,saya boleh katakan dapur ini hampir lengkap, saya ada :
• tempat memasak yang luas
• preparation area bersebelahan sinki
• rak susunan makanan kering
• rak khas untuk kitchen appliance
• rak khas untuk alatan mandian & cucian
• ruang khas untuk susunan pinggan mangkuk harian
• ruang khas untuk stok inventori makanan yang belum dibuka
• ruang khas untuk kuali & periuk
Bahkan beberapa perincian ringkas bagi menghidupkan mood ‘’farmhouse’’ di dapur. Meskipun tidaklah mewah, saya sudah cukup gembira dengan keadaan ruang dapur saya sekarang. Segala keperluan mencukupi dan terlihat sempurna bagi keperluan kami berdua.

Kitchen stove rack ini saya gunakan dua set dan diletakkan bersebelahan, satu saya jadikan tempat memasak dan satu lagi saya jadikan preparation area. Meskipun harganya cuma RM 70.00 satu, dibawahnya ada jaring yang membolehkan susunan periuk, kuali, kitchen utensils dan stok makanan kering yang belum dibuka. Tutupkan dengan skirting jadi semuanya akan nampak kemas dan teratur. Kain skirting pula hanya membaluti ruangan depan dan tepi rak, tidak di bahagian belakang bagi memudahkan kerja pembersihan. Kain ini dibeli pada harga yang sangat murah tidak sampai RM 50.00 pun kerana ianya kain ‘’reject’’ dari kilang tapi saya beli dan lihatlah hasilnya setelah siap dijahit. Upah jahit kain skirting begini pula dikira menggunakan kiraan kaki jadi harganya tidak sampai RM 100.00. Sungguh berbaloi pada saya.

Untuk hidupkan lagi konsep ala ala ‘’farmhouse’’ kononnya,saya tampal kepingan vinyl dari Eco Shop sahaja di atas table top supaya ada finishing rustic looks seakan kayu.Gam extra diperlukan agar kepingan vinyl tak lekang kerana air dan haba. Setakat yang saya guna, ianya tidak licin dan mesti dibersihkan terus selepas memasak.Option ini terpulang pada pilihan masing-masing, kalau nak plain besi sahaja tak ada masalah.

Rug tebal di lantai pula tidak digunapakai secara harian – hanya sesekali apabila tetamu datang berkunjung. Saya beli di lambakan bundle Pasar Rabu Ayer Hitam Johor, harganya cuma RM 40.00 dan sangat sesuai dengan tema dapur saya. Kainnya yang tebal, tidak licin dan saiznya juga besar. Info tambahan: Gunakan anti slippery pad tambahan sekiranya perlu pada bahagian bawah supaya rug setiasa kemas dan terletak elok, sentiasa pilih material yang tepat bagi mengelakkan risiko kemalangan & kecederaan di dapur

Bersebelahan dapur memasak disediakan troli beroda tiga tingkat dengan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Aras 1 diletakkan bekas bagi ‘’food garnishing’’—senang lepas masak boleh terus tabur, aras 2 bahagian plastik sampah dan aras 3 dimuatkan roll tisu dapur. Barangan ini pasti saja memudahkan kerja pembersihan semasa atau selepas memasak.

Penggunaan wallpaper jenis PVC berwarna putih di dapur adalah disengajakan kerana saya mahu backsplash ala rumah mat salleh. ‘’Tak susah ke nak bersihkan?’’—Sejujurnya tak ada masalah pun. Material PVC menjadikan semua kesan memasak senang dibersihkan, selepas siap kemaskan sahaja menggunakan kitchen wipes. Saya juga alert dengan post yang dimuatnaik oleh Public Health Malaysia yang menyatakan penggunaan wallpaper di dapur adalah tidak disarankan lebih-lebih lagi apabila peralatan elektrik dibalut.

Saya secara individu bersetuju dengan fakta ini kerana ianya melibatkan keselamatan seisi rumah. Suka saya suggestkan pada Tuan/Puan, pemilihan wallpaper yang lebih sesuai digunakan di bahagian backsplash biarlah sekurang-kurangnya dari material jenis PVC kerana ianya bersifat waterproof, oilproof dan heat resistance. Sekiranya mempunyai budget lebih dan masih mahu menggunakan wallpaper kerana tertarik dengan coraknya yang pelbagai, ada pilihan tempered glass di pasaran yang boleh dipasang pada backsplash namun kerja pemasangannya agak rumit dan memerlukan alatan khas seperti silicone glass sealent. Apa pun akhirnya,terpulanglah pada bajet dan pemikiran rasional anda.

Ketiadaan gas hood pula tidak menjadikan dapur saya berbau hapak kerana pengudaraanya baik. Tambahan pokok indoor jenis ‘Spider Plants’ (chlorophytum) di kawasan memasak pula sangat baik bagi ‘’air circulation’’ sesuatu ruang. Oleh itu, ianya sengaja disangkut sebagai ‘’air cleanser’’ semulajadi di dapur. Pasu tembikar berukir ringkas siap dengan tali yang menampung tumbuhan semulajadi ini saya beli di Bundle Serbaneka, harganya hanya RM 10.00. Berbaloi kan?

Tak ada almari dapur untuk simpan barang ? – Tak ada masalah ! Disebabkan tiada ruang penstoran, saya gunakan empat buah rak Hyllis bersaiz besar dari Ikea yang harganya RM49.90 satu.Saya ciptakan ruang seperti open pantry. Semua alatan memasak dan barangan kering seperti tepung,botol sos,kicap,beras serta rempah ratus saya susun mengikut kategori di situ.

‘’Elehh ko belum ada anak kecik boleh la dik, kalau anak akak habis terbalik dikerjakannya nanti’’—taip Kak A bukan nama sebenar pada ruangan komen. Mari saya beritahu, sebelum saya beli, saya akan study material ni kukuh ke tidak, di mana saya akan letak andai kata saya berpindah ke rumah sendiri nanti? Untuk makluman Tuan/Puan, Hyllis ni ketahanannya boleh menampung sehingga 25 KG setiap unit.Direka khas untuk kegunaan dalam dan luar rumah pula. Material jenis galvanized steel yang digunakan memang berkualiti dari review dalam dan luar negara yang saya baca. Di belakang Hyllis juga terdapat lubang kecil yang boleh di drill pada dinding misal kata takut rak ini terbalik.

Kak B pun menambah di ruangan komen,katanya : ‘’Macam mana kalau budak budak selongkar barang tu,kan dah berterabur ?’’— jangan risau, Ikea datangkan juga Hyllis ni dengan sarung (seakan baju) yang boleh dibeli berasingan sekiranya dirasakan perlu. Fuh penat explain. Okay mulai hari ini saya mohon semua undi saya sebagai jurucakap baru pada produk Ikea hahaha.

Pokok pangkalnya, cara sebegini mungkin tidak sesuai pada semua keadaan rumah. Suka saya ambil semula kata kata seorang ibu anak lima di group sebelah ” bila kita create rumah kita,ia sesuai dengan kita. Apa pulak buat rumah sesuai dengan org lain.” – jadi apa yang kita rasa sesuai, boleh buat. Tak sesuai, tinggal saja dan tak perlu buat.

“Eh rak ini bercahaya ke?”- Ya benar, mari saya ceritakan.Walaupun saya promote rak Ikea dan Shoppe di hampir setiap caption, saya takkan lupakan Eco Shop di mana segala-galanya idea deko kita sebagai rakyat marhaen boleh direalisasikan.

Di setiap tingkat rak Hyllis ini saya tambahkan lampu viral yang harganya cuma RM 2.10. Ianya akan melekat kukuh kerana ada alat penggantung (magnet& double sided pelekat Velcro) di belakang lampu. Beginilah keadaan rak di open pantry saya apabila semua lampu ditutup pada waktu malam. Terang kan ?

Ini satu idea yang pasti memudahkan kebanyakkan ibu-ibu di rumah. Meskipun tidak ada built in cabinet downlight, kita tak perlu lagi berdepan dengan masalah gelap dalam dalam kabinet bila malam,nak bancuh air pun tak nampak.

Ini ruangan sinki saya. Awas bawang rangers ! Sebelum taip apa apa, baca dulu ni dan buka minda anda ya. Kawasan sinki saya TIDAKLAH DIHIAS DENGAN JAMBANGAN BUNGA sebegitu pada hari biasa. Inilah yang kita namakan – for Instagram purpose hahaha. Selepas dah ambil gambar dan memberi effect farmhouse sink versi bajet yang saya inginkan, saya terus sun dried jambangan ini di luar rumah bagi kegunaan projek deko seterusnya iaitu di bilik tetamu. Saya beritahu awal awal, bimbang akak-akak semua tak faham apa motif bunga sejambak di situ, menimbulkan pertanyaan lalu meninggalkan komentar kurang enak untuk dibaca kemudian account anda akan di block oleh saya. Hahaha.

Baiklah, balik kepada cerita asal,kalau kawan kawan perhatikan dengan teliti,padanan rug di lantai saya samaratakan dengan warna langsir yang dibeli di Daiso sebanyak tiga helai, jadi harganya hanya RM 17.70.Di belakangnya ada dua keping day curtain yang dibeli di jualan longgok bundle berharga RM 2.00 sahaja. Jadilah tu tingkap ala-ala farmhouse versi bajet ciput. Pastikan juga langsir yang digunakan di dapur tidak dekat dengan kawasan memasak (sumber api), membolehkan pengudaraan serta pencahayaan yang baik dengan menggunakan material yang betul bahkan dilaraskan dengan labuh yang sesuai.

PS : Sekiranya ada bajet lebih/tinggal di rumah sendiri, pemilihan “blind curtain” lebih praktikal berbanding kain langsir untuk digunakan di dapur.

Peti ais pula tidak berada di kawasan dapur tetapi di ruangan ruang tamu kedua yang bersebelahan sahaja dengan dapur. Tidaklah menyusahkan bagi saya kerana saya selalu keluarkan terus bahan masakan dan dibawa ke dapur sebelum memulakan kerja memasak. Semua bahan untuk buat “rumah” di dalam peti ais ini saya beli di Eco Shop sahaja dan susun ikut apa yang ada…

Saya hack magazine holder RM 2.10 sebanyak 4 buah untuk dijadikan ruang isian makanan mengikut keperluan dapur saya. Bekas penstoran berpenutup yang bertangkai dibeli pada harga RM 2.10 pun saya gunakan untuk simpanan cili boh dan peeled garlic supaya baunya yang kuat tidak mencemari keseluruhan peti ais. Slim tray pula dari Eco Shop juga saya hack sebagai tempat simpanan produk tenusu atau soya seperti tempeh,tauhu dan sebagainya. Bekas tersebut boleh didirikan / dibaringkan mengikut kesesuaian ruang yang ada. Kesemua label sticker pun dibeli dari Eco Shop (satu pack ada 30 jenis sticker label kosong) pun berharga RM 2.10. Total yang perlu keluar bagi susunan yang teratur ? RM 16.80…kurang dari RM 20.00. Sayuran hijau dalam tray di bawah saya alaskan dengan drawer sheet jenis kalis air jadi tak merumitkan kerja pembersihan sekiranya ada sayur berakar/mejadi rosak sebelum penggunaan.Bila semuanya teratur, kerja memasak pun akan jadi lebih cepat.

PS: simpanan susu dan telur sebaiknya disimpan pada belah dalam peti ais,bukan di bahagian pintu kerana suhu sejuk disitu lebih konsisten dari seberang perubahan. Selalu ambil inisiatif untuk membaca dan tahu tentang keselamatan makanan kerana semuanya bermula dari dapur rumah kita sendiri.

Susunan ringkas bahan basah di dalam bekas berpenutup dengan label di ruangan sejuk beku. Meskipun ruang ini agak terhad, susunan begini mampu memuatkan seekor ayam, sebekas isi ayam, pelbagai bekas dengan isi haiwan laut seperti udang dan sotong, paru lembu, dua bekas ais krim berperisa dan daun masakan yang disejukbekukan. Sekiranya berkesempatan, susunan barang basah bagi portion sekali makan adalah lebih baik bagi proses nyahbeku.

Sumber : Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr.DIY

Baca Lagi Di Sini:Tanam Lada Solok Tepi Rumah Je, Buah Lebat Siap Boleh Berniaga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Panduan Lengkap Tanam Kelapa Hibrid MATAG Untuk Hasil Yang Lumayan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana