Hias Rumah Selesa Dan Cantik Ala ‘Country House’. Dalam menghias kita perlu tahu. Terdapat dua gaya utama yang perlu anda faham. Pasti ramai yang gemar dengan konsep ini.
1. Hiasan untuk pameran atau penuh protokol. Duduk pun tegak je tak boleh nak bermalas-malasan. 2. Gaya yang lebih santai dan casual. Ia tidak terlalu kejung dan kaku. Anda lebih rileks dan selesa.
Jadi antara yang popular selain daripada kedesaan Inggeris, adalah gaya peneroka Amerika. ‘Country House’ perabotnya lebih besar, berat dan agak’kasar’ rekaannya. Lebih mementingkan keselsaan daripada rekaan yang halus. Malah corak buna-bunga pun tak de. Mereka lebih senang memakai corak kekotak kasar dan tebal serta tahan lasak.
Sekarang ramai je yang suka ikut gaya kedesaan Amerika untuk cari kelainan dan tahan lasak . Nak pulak jika ada anak kecik.
Bagi ruang tamu, sofa selalunya tak de corak. Kakinya pun kaki kayu polos atau diukir kasar. Selalunya bahagian sandar dan tempat letak tangannya agak tebal. Apa yang bestnya tentang gaya ini, kalau rumah agak bersepah atau tidak berkemas (bukan kotor dengan sampah) masih kelihatan menarik dan cantik.
GAYA KONTEMPORARI DENGAN PADANAN PERMAIDANI KULIT LEMBU SEBAGAI TARIKAN RUANG.
Selalunya akan ada sebuah kerusi kayu untuk tuan rumah duduk. Di sesetengah rumah. mereka ada kerusi goyang untuk tuan rumah melepaskan lelah dan menghabiskan masa di kerusi itu. Lupakan sahaja gaya sedondon. Ini adalah kerana gaya kedesaan adalah suai padan apa je yang ada dan terampu mereka miliki. Cuma kita mungkin boleh padankan dari aspek warna asas mahu pun karakter perabot.
RINGKAS, PADANAN YANG BERBEZA KARAKTER TETAPI HASILNYA NAMPAK HARMONI DAN INDAH
Bagi ruang makan pula, kabinet pamer ala Inggeris masih diguna pakai. Cuma adakala pembuatannya agak kasar dan warnanya juga tidak semegah gaya Inggeris. Cat pudar atau warna kusam menjadi identiti. Paling tidak warna putih asli atau kayu oak atau birch. Rekaan kerusi makannya sangat istimewa. Rekaan bahagian sandar yang tinggi, tempat duduk lebar dan kaki kerusi yang sedikit terkangkang untuk memberi kestabilan. Ia agak berat dan saiznya juga besar.
REKAAN KERUSI MAKAN YANG CUKUP PADU DAN TEGUH. SAIZ LEBIH BESAR DAN SANDARNYA JUGA TINGGI
Manakala kebanyakan aksesori yang ada juga banyak daripada besi kasar dan ringkas. Cnadalier, lampu, tombol pintu, kaki lilin dan sebagainya. Ia tidak sehalus gaya Eropah namun masih mempunyai nilai estetika tersendiri.
BACA: 17 Jenis Reka Bentuk Sofa Yang Sesuai Dengan Dekor Kediaman Anda
Tonton: Youtube IMPIANA TV untuk perbagai video dan tip menarik untuk anda.