Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Nama Pemilik: Fatin Fatina Nazlan
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan: 960 kaki persegi
Konsep: Scandinavia
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering, balkoni.
Jom kita lihat sentuhan magis pemilik ini untuk rumah miliknya, mungkin dapat beri anda ilham
Ringkas itu tidak semestinya membosankan. Bicara dekorasi polos juga mampu untuk menyempurnakan ambien sesebuah ruang jika kena dengan sentuhannya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
HIJAU MEMBAWA DAMAI….
GAYA KONSERVATIF MENAWAN HATI
GAYA MODEN PENUH SENSASI
Hijau sememangnya warna klasik yang cukup cantik dan telah lama wujud di dalam revolusi perabot. Dari zaman perang dunia, evolusi hijau pada kehidupan kita cukup luar biasa biar pun adakala warnanya di kaitkan dengan cita rsa dan status. Budaya juga telah banyak mengangkat rona hijau sebagai rona rasmi atau identiti sebuah bangsa. Inggeris dan irish juga antara bangsa yang banyak menggunakan rona hijau kelam dalam binaan mereka terutama binaan kabinet, gerobok malah kaunter sejak lama dahulu.
PILIHAN PASTEL ATAU PILIHAN HIJAU TERANG?
Hijau jelas baik untuk mata, melambangkan kesegaran malah mudah di suai padan. Dari hijau epal yg segar ke hijau daun pisang yang cukup berani. Bagaimana pula dengan lagak serius hijau lusuh dan kelam padu? And berani beradu naisb mencuba rona ini pada kabinet dapur ? Dapur antara ruang yang lazimnya menjadi destinasi pilihan ramai di kalangan kita untuk mencba rona seumpama ini. Malah terdapat hijau yang mewakili era vintaj, urban, popculture malah idea sezaman.
Ia sememangnya cukup menarik kerana kini ada juga hijau pudina yang tampil konservatif, digabungkan dengan perang kelam mahu pun hitam. Jika anda sederhana orangnya mungkin boleh menyesuai padan dengan larian kabinet putih sebagai pilihan kedua. selalunya rona klasik banyak yang agak kelam dan mewah. Misalnya hijau zaitun bersama tombol emas atau kayu. Manakala hijau pastel sesuai bagi dapur comel tau kecil dan pilihan hijau ini juga saling berkait rapat dengan dunia fesyen secara tidak langungnya. Jadi jangan takut memilih rona seumpama ini bagi kabinet dapur anda kerana ia umpama motivasi bagi anda untuk menyajikan segala yang segar dan sedap buat sekeluarga.Simple-simple sahaja di IMPIANA.
INSPIRASI FESYEN. ADAKAH PERSIS WARNA TAS TANGAN ANDA?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Datin Sri Shahida Layankan Permintaan Kongsi Koleksi Mewah Meja Makan Di Rumah
Isi Kandungan
ToggleMeja makan merupakan antara perabot terpenting yang sering menjadi perhatian di ruang kediaman. Ia bukan sahaja sekadar ruang untuk menjamu selera, namun sebagai tempat mengeratkan hubungan di antara keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung.
Baru-baru ini, memenuhi permintaan pengikut di media sosial, usahawan terkenal Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,39 ada berkongsi koleksi meja makan di rumah agamnya. Terdapat 4 jenis meja makan yang ada pada ruang makan yang tersendiri. Baik untuk ruang makan formal, semi formal dan ruang makan santai untuk keluarga.
Ada ada je la korang ni la. Nak tengok meja makan la pulak. Ok takpe, sy tunaikan hajat mereka yang nak tengok meja makan rumah saya. Lepas ni korang nak tengok apa plak?
Meja Makan Pertama
Menurut isteri kepada Dato Sri Aliff Syukri ini, ruang makan pertama menempatkan meja makan yang boleh memuatkan 24 orang. Ia sering digunakan pada waktu perayaan seperti ketika Hari Raya bagi menerima tetamu dan saudara mara. Berkonsep moden klasik, ukiran meja dan kerusi ini tampak cukup mewah dengan kemasan rona baldu biru dan bersadur keemasan. Begitu juga dekorasi indah pada ruang ini dengan Chandelier mewah.
Meja Makan Kedua
Meja makan kedua pula lebih berkonsep moden dengan rona hitam keemasan. Lebih semi formal dan tidak terlalu besar. Ia boleh memuatkan sehingga 8 orang. Digunakan ketika tetamu, kenalan dan saudara mara datang bertandang dan lebih mudah untuk bersembang.
Meja Makan Ketiga
Meja makan ketiga juga berkonsep moden klasik dengan ukiran rona keemasan dan coklat. Ia lebih santai dan jarang digunakan. Ia boleh menempatkan 5 orang dan selalunya hanya dijadikan sebagai tempat ‘membawang’ dan bergosip.
Meja Makan Keempat
Istimewanya, meja makan keempat yang lebih santai, ‘ala kampung’ dan terletak di ruang dapur. Ia juga menjadi meja makan harian dan kegemaran Datin Sri Shahida serta keluarga. Terdapat 2 meja makan di ruang ini selain mudah di akses berdekatan dengan dapur dan sinki. Meja juga di lapik dengan alas meja dan menggunakan pelbagai jenis kerusi.
IMPIANA: Seronok ada pelbagai jenis ruang makan mengikut pelbagai fungsi dan waktunya. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Mesti Baca: DIY Kerusi Meja Makan Yang Rosak Jadi ‘Side Table’, Punyalah Senang!
Baca Lagi Di Sini: Peranan Penting MEJA MAKAN, Jadi ‘Pusat Pentadbiran’ Di Setiap Rumah!
Artikel Menarik: Tip Pilih Meja Makan Yang Tepat, Utamakan Kualiti Dan Kesesuaian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hidupkan Sentuhan Scandinavia, Tip Transformasi Ruang Moden Di Rumah!
Isi Kandungan
ToggleReka bentuk dalaman ala Scandinavia sangat ideal untuk mereka yang mendambakan kediaman yang tenang dan nyaman. Inspirasi gaya ini berasal dari rumah-rumah di negara-negara Eropah Utara seperti Denmark, Norway, dan Sweden.
Jika anda berminat untuk mencuba gaya ini, berikut adalah beberapa saranan dan tip untuk mengimplementasikan reka bentuk dalaman Scandinavia, seperti yang dilaporkan oleh Real Simple.
Warna Natural dan Earth Tone
Kesederhanaan adalah elemen penting dalam mewujudkan reka bentuk dalaman Scandinavia. Untuk memudahkannya, pilihlah palet warna neutral dan rona bumi untuk bahagian dalam rumah anda. Jika anda ingin menambahkan lebih banyak warna, pertimbangkan untuk menggunakan warna-warna hangat dan lembut seperti karat, zaitun, atau navy pada aksesori atau perabot kecil.
Minimalis
Tema Scandinavia sangat berkait rapat dengan konsep minimalisme. Oleh itu, pastikan untuk mengemas dan membuang barang-barang yang tidak perlu yang hanya akan memenuhi ruang. Anda boleh mengurangkan hiasan dan membiarkan beberapa bahagian seperti dinding, rak, meja kopi, atau permukaan lainnya kosong.
Cipta Kontras
Selain penggunaan warna neutral, adalah penting juga untuk memilih palet warna yang sesuai. Anda boleh mencipta kontras untuk memberikan dimensi dan kesan yang menarik pada ruang.
Mulakan dengan warna asas yang pucat seperti warna dinding, kemudian tambahkan beberapa item berwarna gelap yang tebal. Sebagai contoh, pilihlah penyangkut lampu dan kerusi berwarna hitam yang akan menonjol berbanding dengan dinding dan kabinet yang berwarna putih.
Gabungan Tekstur Semulajadi
Reka bentuk Scandinavia turut sinonim dengan elemen alam semula jadi, oleh itu, masukkan pelbagai bahan semula jadi ke dalam ruangan anda. Campurkan pelbagai tekstur semula jadi seperti bata, kayu, batu, konkrit, atau marmar.
Namun, anda perlu berhati-hati dengan pemilihan warna asas bagi bahan-bahan tersebut. Gabungan bahan berwarna hangat dengan warna-warna sejuk untuk mencipta keseimbangan dan keharmonian dalam ruangan.
Tambah Tekstur
Bilik yang dihiasi dengan warna neutral sahaja mungkin kelihatan kurang menarik. Oleh itu, tambahkan pelbagai tekstur pada perabot seperti corak linen, lapisan boucle, aksen rotan, bantal baldu, selimut tebal bersatu, dan permaidani. Campuran tekstur ini akan menjadikan bilik terasa lebih selesa dan mewah, sambil masih mengekalkan nuansa lembut khas reka bentuk Scandinavia.
Cahaya Semulajadi
Reka bentuk dalaman ala Scandinavia kelihatan lebih memukau bila disinari cahaya matahari. Oleh itu, pastikan ruangan mendapat banyak cahaya matahari melalui jendela yang besar. Selain itu, pertimbangkan arah cahaya matahari semasa merancang pembinaan rumah.
Elemen Hygge
Hygge adalah istilah dari Norway dan Denmark yang merujuk kepada rasa keselesaan dan kepuasan di rumah. Konsep ini menekankan pada butiran-butiran kecil yang dapat menambahkan keseronokan dan ketenangan dalam kehidupan, seperti melengkapkan bilik tidur dengan peralatan yang memaksimumkan keselesaan atau menghiasi bilik keluarga dengan bantal dan selimut yang lembut.
Inilah inspirasi untuk reka bentuk dalaman serta beberapa petua untuk mencipta rumah bergaya Scandinavia. Semoga maklumat ini berguna!
Mesti Baca:Cara Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar
Baca Lagi Di Sini:Nak Jual Rumah Ini 8 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan
Artikel Menarik:Perunding Hartanah Kongsi 3 Sebab UTAMA Rumah Susah Nak Dijual
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI