Biru bukan, hijau pun bukan. Namun warnanya menjadi buah mulut ramai kebelakangan ini. Ada apa dengannya? Hijau merak warna asalnya dipudarkan menjadi biasan kehijauan dan kebiiruan yang mendamaikan juga dingin. Turquoise telah menjadi pilihan rami pereka baik dalam dunia korporat , fesyen apa lagi dekorasi.
Cukup seksi dipadankan dengan percikan jingga . Tetapi tampil maskulin jika digandingkan dengan ungu pudar atau biru muda. Paling indah disandingkan dengan merah jambu umpama teratai di tasik madu. Biar kontra tetapi entah apa jampinya di sini, rona kontra itu tampil begitu harmoni dilihat pada ruang beradu. Adakah itu sumpahan atau penawar?
Paling menarik diabadikan pada dinding kamar. Rona lembutnya yang dingin memberi satu ketenangan. Malah sesuai pula dalam apa juga konsep berdasarkan biasannya, pekat atau cair. Makin pastel makin cantik. Makin pekat kelam makin eksklusif dilihat. Cukup indah dipadankan buat kamar kanak-kanak, cukup romantis buat pengantin baru malah cukup tenang menyegarkan buat di kamar warga emas. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan cita rasa kamu. Turquoise, kesegaran dalam nilai eksklusif.
Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Terapi Warna Bantu Kurangkan Resah Pesakit
Bukan semua di kalangan kita yang bertuah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Ada juga yang diuji dengan masalah kesihatan dan cabaran dalam hidup ini bukanlah satu beban tetapi variasi dalam kehidupan yang perlu kita tempuh. Ada di antara kita yang diamanahkan menjaga ibu bapa yang sakit, ada yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik malah ada juga tuan rumah sendiri yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang kuat melawan segala penyakit di luar sana.
Apatah lagi jika anda seorang yang selalu terdedah dengan orang ramai misalnya. Menaiki kenderaan awam dan berjumpa dengan orang ramai. Itu belum lagi terpaksa meredah hujan dan panas dalam menggalas tugas. Pasti mencabar. Rasa resah dan gelisah sudah pasti bertandang jika anda mudah diserang demam dan selsema. Jadi apakah usaha kita dalam menjadikan ruang kamar lebih selesa dan memberi rasa senang dikala kita menanggung penyakit yang tidak diundang ini?
Jika diperhatikan, ilham daripada wad hospital itu sendiri. Warna dan perabot serta keperluannya. Anda yang menjaga orang tua yang uzur atau anda sendiri uzur boleh memilih rona pucat yang memberi karakter lembut membelai seperti diibaratkan orang berbisik. Rona lembut atau pucat ini memberikan satu kelegaan pada mata dan terapi pada diri agar tidak stress dan melahirkan rasa resah.
Ada yang memilih hijau pucat, biru samar, kelabu cair dan disuai padan dengan warna di dalam kelompok yang sama. Ia bukan sahaja untuk dinding, anda boleh keenakan pada kemasan lembut. Langsir, cadar, dan sarung kusyen . Pastikan ia fabriik kapas bermutu. Malah tidak salah anda membiarkan ruang atau perabot berwarna putih dan dibelai dengan rona ini pada kemasan lembut. Selain pencahayaan semula jadi yang perlu ditapis dengan sheer curtain, kamar jga memerlukan langsir tebal jika anda memerlukan suasana yang gelap untuk berehat bair pun disiang hari.
Biar pun ia sebenarnya nampak remeh, namun tidak salah kita memberi rasa senang kepada mereka ini. Setidak-tidaknya mengurangkan beban penyakit yang mereka hidap. Simple-simple je di IMPIANA….
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Gambar) Pemilik Minat Konsep Moden Industri, Nampak Macam Kafe Hipster Tapi Sebenarnya Rumah
Merealisasikan keinginan pemilik mengikut kesesuaian gaya hidup dianggap satu cabaran yan perlu digalas sempurna oleh pereka hiasan dalaman. Ketelusan dan ketelitian merias wajah kediaman yang diamanahkan semestinya antara perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan.
Itulah yang perlu pereka dalaman Shahreen Ghazali kendalikan apabila diminta menggarap sempurna kediaman jenis kondomininum milik Emasria Ismail ini. Dengan keluasan 952 kaki persegi, rumah ini ternyata mempunyai penataan seni hias yang menarik. Ringkas namum tetap eksklusif dengan konsep moden industri yang telah dipersetujui oleh tuan rumah dan juga pereka. Apa yang telah dilakukan oleh Shahreen ialah menampilkan konsep industri dengan beberapa elemen feminin yang sedikit sebanyak menggambarkan personaliti tuan rumah.
Menurut Emasria, kos keseluruhan renovasi kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta dapur dan ruang tamu ini telah menelan belanja RM100k. Pemilik merasakan ia satu pelaburan yang berbaloi kerana tatkala berada didalam rumah ini terasa seperti sedang duduk berehat di kafe indah yang selesa.
Rona kelabu yang memenuhi segenap ruang kediaman ini telah di neutral kan dengan perabot serta aksesori yang diatur dengan pantulan cahaya lampu tepat, menyerlahkan lagi segenap sudut untuk tampil elegan. Selain itu, pembahagian antara satu ruang dengan ruang yang lain juga dilihat amat penting agar kediaman kelihatan lebih teratur tetapi tidak terlalu rigid. Pemilik memilih untuk menggunakan panel besi pada ruang makan untuk memisahkannya daripada dapur. Binaan dinding dengan kemasan cladding bertekstur batu bata merah dijadikan sebagai feature wall sudut ruang makan yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang tetamu. Segenap ruang yang ada telah dihias dengan rapi dan teliti mengikut konsep yang ditetapkan.
Jom IMPIANA bawakan pembaca cuci mata melihat kediaman indah persis kafe hipster ini. Semoga menjadi inspirasi dan ingat, jangan takut untuk mencuba!
" Kalau ko ada bajet kan, ko nak deko rumah macam mana?""Hmmm, aku nak rumah konsep macam kafe, hipster & nampak industrial"Bermula dari minat, ke mimpi kini jadi kenyataan….
Posted by Impiana on Thursday, 21 September 2017
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Intai Kediaman Mewah Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck Yang Bakal Dijual!
Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck kini menjadi perbualan hangat kerana dilaporkan tidak tinggal serumah. Sebelum ini, pasangan ini tinggal bersama di sebuah rumah mewah di Los Angeles.
Menurut laporan House and Home, Jennifer Lopez dan Ben Affleck membeli sebuah rumah mewah di tengah-tengah Beverly Hills pada Jun 2023. Kediaman itu diperoleh dengan harga AS$ 61 juta atau sekitar RM300 juta.
Intai Kediaman Mewah Milik Jennifer Lopez & Ben Affleck Yang Bakal Dijual!
Khabarnya juga pasangan itu juga dikatakan bagal menjual banglo mewah tersebut selepas sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka. Sebelum itu mari kita intai rumah mewah ini,
Rumah ini berkeluasan 38,000 kaki persegi atau bersamaan 3,530 meter persegi di atas tanah seluas 5.2 hektar. Terdapat 12 bilik tidur dan 24 bilik air. Memasuki kediaman tersebut, anda akan melalui pintu pagar besar yang benar-benar melindungi privasi pemilik rumah.
Bilik itu tersergam indah dengan siling tinggi dan lampu langit yang besar. Bahagian dalam rumah kelihatan monokrom dengan sentuhan pencahayaan jingga yang hangat.
Ruang tamu berdinding putih yang luas sangat kontras dengan lantai bercorak gelap. Banyak sofa putih memenuhi ruangan tersebut.
Ruang makan pula mempunyai empat pintu tinggi yang menghubungkan ke bilik luar. Menariknya, tempat duduknya berwarna coklat-oren muda yang berbeza dengan nuansa monokrom bilik ini.
Selain itu, terdapat bilik hiburan untuk berehat di ruang istirahat atau menikmati sukan dalaman. Sudah tentu terdapat juga bilik gim yang dilengkapi dengan TV.
Bilik keluarga pula mempunyai ciri unik dengan dinding yang boleh dibuka, membolehkan ruang tamu disambungkan dengan teres luaran.
Di luar, terdapat kolam infiniti sepanjang 155 kaki atau sekitar 47 meter. Kolam renang yang indah ini dikelilingi oleh rumput dan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur, memberikan privasi untuk pasangan selebriti terkenal ini.
Untuk rekod, Lopez dan Affleck pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000. Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003. Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian
Mesti Baca:Tingkat Kreativiti, 4 Tip Wujudkan Ruang Mesra Anak-Anak Di Rumah
Baca Lagi Di Sini:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI