Biru bukan, hijau pun bukan. Namun warnanya menjadi buah mulut ramai kebelakangan ini. Ada apa dengannya? Hijau merak warna asalnya dipudarkan menjadi biasan kehijauan dan kebiiruan yang mendamaikan juga dingin. Turquoise telah menjadi pilihan rami pereka baik dalam dunia korporat , fesyen apa lagi dekorasi.
Ads
Cukup seksi dipadankan dengan percikan jingga . Tetapi tampil maskulin jika digandingkan dengan ungu pudar atau biru muda. Paling indah disandingkan dengan merah jambu umpama teratai di tasik madu. Biar kontra tetapi entah apa jampinya di sini, rona kontra itu tampil begitu harmoni dilihat pada ruang beradu. Adakah itu sumpahan atau penawar?
Ads
Paling menarik diabadikan pada dinding kamar. Rona lembutnya yang dingin memberi satu ketenangan. Malah sesuai pula dalam apa juga konsep berdasarkan biasannya, pekat atau cair. Makin pastel makin cantik. Makin pekat kelam makin eksklusif dilihat. Cukup indah dipadankan buat kamar kanak-kanak, cukup romantis buat pengantin baru malah cukup tenang menyegarkan buat di kamar warga emas. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan cita rasa kamu. Turquoise, kesegaran dalam nilai eksklusif.
Ads
Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kamar mandi, apakah yang hebat tentangnya? Jika dahulu kita berebut-rebut mandi di telaga. Kemudian mahu ke tandas lewat malam pun seram dibuatnya kerana ‘jamban’ jauh nun di belakang rumah.
Kini segalanya di dalam rumah sendiri dan pelbagai kemudahan boleh kita nikmati. Namun adakah kamar mandi tinggal menjadi kamar mandi?
Apa yang menyedihkan ramai di kalangan kita tidak ambil berat akan kebersihan kamar mandi apatah lagi tata hias yang kreatif. Kini kamar mandi bukan lagi seperti dahulu. Gaya mandi bukan seperti dahulu dengan gayung bagai. Cukup sekadar pancuran. Malah teknologi menawarkan pancuran ala air hujan, titisan airnya juga mempunyai pelbagai ragam sehingga mampu mengurut badan kita yang lesu, hanya menggunakan air.
Begitu juga rekaan mangkuk tandas yang pelbagai. Rekaan kamar mandi juga lebih kreatif. Pengguna kini sudah bijak menyesuaikan diri dengan disiplin kamar mandi. Malah ruang yang kecil itu dapat di bahagikan dengan bijak. Pereka mampu mengubah tata hias ruang ini daripada imej alam semula jadi, ke vintaj, ke ala spa dan moden.
Pelbagai kemasan dinding boleh anda pilih sebagai satu imej unik pada kediaman anda. Malah inilah juga terapi anda selepas pulang dari kerja. Malah kini tema ala kediaman Baba dan Nyonya atau penggunaan jubin tradisi Belanda, sememangnya menjadi aliran unik lagi menarik. Gabungkan dengan jubin berkilau moden, sememangnya satu padanan kreatif.
Suasana yang memberi anda inspirasi dan sesuai untuk gaya hidup anda. Tidak kira anda jenis tidak punya masa untuk bersiram lama, atau anda jenis suka berendam lama atau lebih gemar bersolek di dalam kamar mandi sahaja dan sebagainya. Lain orang lain tabiaatnya di kamar mandi. Begitu juga pemilihan warna dan corak pada jubin. Jangan sesekali abaikan permukaan jubin yang perlu kesat terutama jika anda menjaga warga emas.Tidak salah juga anda menambah pemegang untuk tujuan keselamatan.
Paling menarik adalah kini kita sendiri tidak terlalu terikat pada taboo. Jendela kamar mandi yang agar luas dengan kaca kabut memberi ruang kamar lebih terang dan jubinnya juga lekas kering. Kini terdapat juga pelbagai perabot yang direka untuk penstoran kompak di ruang ini. Ia bukan sahaja cantik dan kreatif malah tersusun serta menarik.
Punya anak kecil, atau anda suka berangan di ruang tamu, jangan segan silu tempatkan ornamen kecil yang comel di kamar mandi anda termasuk pokok-pokok renek menghijau agar tampil berbeza. Malah kelainan ruang mandi dari aktiviti lain juga memberikan kita ruang lebih bersih, kering dan kemas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika dahulu kediaman mewah bagai tidak sah jika tidak dilengkapkan dengan lampu dinding. Maklumlah, rekaan lampu dinding juga begitu mewah dan elegan. Memancing pandangan sesiapa yang melihat. Ia juga bolehlah kita andaikan sebagai pelengkap hiasan dinding. Ada yang berbentuk bunga, kristal berjurai dan pelbagai lagi. Tidak cukup chandalier,lampu dinding pula memberi nilai tambah pada serinya ruang. Umpama cahaya melekat di dinding.
Lampu dinding selalunya sesuai jika digandingkan sepadang pada sebuah dinding. Ia memberi simbahan cahaya yang mencukupi untuk sekitar dinding tersebut, biar pun tidaklah terlalu terang. Cukup untuk memberi suasana santai dan dramatik pada satu-satu masa. Ada juga yang menjadikan lampu untuk tidur terutama kepada mereka yang tidak biasa tidur di dalam gelap. Pun begitu , jelas ia sememangnya memberi satu impak yang elegan selain daripada lampu meja.
Kata orang, lampu seumpama ini bagaikan barang kemas. Chandalier dan lampu dinding perlulah sedondon. Jika tidak sedondon pun biarlah rekaannya nyaris sama. Jika dua lampu utama ini berlainan konsep dalam sebuah ruang, payah juga untuk kita selaraskan konsep kediaman itu sendiri. Cuma kini lampu dinding sudah banyak mengalami perubahan. Rekaannya sudah menjadi elemen kedua selain daripada kesan pencahayaan yang ‘disampaikan’ pada ruang.
Rekaan lampu dinding banyak berubah dari bentuk geometri malah ada yang bagaikan bersatu dengan ruang dan ada juga yang berkonsepkan industrial. Pereka pencahayaan mahukan kesan cahaya itu lebih daripada rekaannya . Ruang juga akan lebih sofistikated dan unik. Jika dahulu ia memerlukan sepasang, kini lampu dinding boleh dipasangkan cukup hanya sebuah. Menarik bukan! Malah sudah boleh dijadikan feature wall atau aksesori dinding utama. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Payah adakala untuk kita ungkapkan kepuasan memandang. Apatah lagi dengan karya hias yang begitu subjektif. Benda yang tidak bernyawa namun cukup hebat menggoda pandang. Apa pun di bawah sedar timbul rasa senang dan puas bila menatap sesebuah karya terutamanya pada dinding utama di ruang tamu kediaman. Umpama tempat bersemayam sang ratu , sofa tiga tempat duduk yang dihias indah pada sekitarnya.
Keseimbangan hiasan meja sisi kiri dan kanan, lampu meja gah, permaidani, dan deretan kusyen kecil megah umpama barang kemas yang menyerlahkan keindahan ruang utama tersebut. Itu belum lagi warna pilihan feature wall di belakangnya dan aksesori dinding yang pelbagai ibarat mahkota. Kata orang, inilah ruang atau kawasan yang penting bagi kita hias secantik mungkin. Ini kerana sejurus langkah kaki ke dalam kediaman, pandangan mata akan segera mendarat pada rekaan elegan set sofa tiga tempat duduk sebagai kerusi utama bersama segala hiasan dan feature wall di belakangnya. Dari sini juga tetamu sudah boleh membuat asumsi, orang jenis bagaimanakah kamu, karakternya….
Ibarat mengadap ratu, kita selalunya cukup cerewet dalam menghias kawasan ini. Ia secara tidak langsung memberi maksud tersurat akan personaliti kita sebagai tuan rumah. Ada yang memilih tema mewah denan susunan serba seimbang. Ada yang lebih suka memberontak dengan memilih gaya bebas dan padanan kreatif. Malah jangan terkejut jika ada yang menempatkan segala macam jenis bingkai gambar atau sekeping dua sahaja itu pun cukup di bahagian sisi dinding. Minimalism….Jangan lupa jambangan bunga hidup sebagai penyeri suasana.
Apa pun pilihan anda, komposisi ini antara perabot aksesori lantai dan dinding perlu ada satu kesinambungan yang harmoni. Satu ragam padanan yang saling melengkapi , dan memberi identiti pada ruang. Bukanlah bermakna segalanya perlu mahal sampai menjerut leher harganya tetapi padanan pintar ini juga memberi anda satu kepuasan. Perlu diingat kita pun perlu menukar kusyen, langsir aksesori sekali sekala sekitar enam bulan sekali misalnya. Jadi pastikan anda membuat perancangan rapi terutama dari aspek kemasan dinding. Adakah mahu dicat atau disempurnakan dengan kertas dinding. Apa pun pilihan anda jangan sampai ruang yang ada tidak boleh keluar masuk kerana terlalu sesak. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!