Tahun ini tahun yang cukup lain dari tahun-tahun sebelum ini. Berpuasa dalam keadaan seadanya, syukur masih ada peluang untuk menikmati puasa tahun ini bersama keluarga di rumah. Tak lama lagi Raya bakal menjelma, kalau dulu sibuk nak hias rumah dengan ganti perabot, langsir dan hiasan rumah, tahun ini lain caranya.
IMPIANA kongsikan kisah Puan Mastura Mohd Yusoff yang bijak menggunakan bahan terpakai sehingga terhasilnya barang baru. Hobinya yang suka DIY dan Makeover barang-barang lama dan terpakai menjadi perhatian Impiana kali ini.
Bagi Puan Mastura, dua biji kerusi makan patah yang telah dibuang oleh pemilik asal menjadi rezeki buat dirinya. Minda kreatif dan kerajinan Puan Mastura berjaya mengubah suai kerusi patah yang dianggap sampah tadi menjadi sebiji sofa Cleopatra.
Assalamualaikum salam sejahtera sahabat semua. Sekali lagi jumpa dua biji kerusi meja makan yang orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je. span tu, saya guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping.
Di sini saya ada tunjuk kan step by step cara untuk membuatnya ya. Siapa-siapa yang ada kerusi meja makan yang dah tak elok tu, jangan ia dibuang. Boleh la buat sofa kayu ini.
1. Bersihkan kerusi dan buang alas tempat duduk kemudian potong kaki kerusi di bahagian hadapan seperti dalam gambar
2. Sambung kedua-dua biji kerusi dengan menggunakan kayu yang mempunyai lebar hampir sama dengan bingkai kerusi. Pakukan
Ads
3. Potong separuh bahagian penyandar. Pastikan ketinggian tempat potong tu sama. Kalau tak nak potong pun tak jadi masalah. Tapi sisi kerusi ini akan jadi lebih tinggi.
Anda mungkin nak lihat video ini juga #syukurbersama
Ads
4. Dah potong penyandar, kemas dan bentuk kan semula bahagian tersebut supaya lebih cantik dan menarik. Saya ambil dari bahagian bertanda ‘X’ sebagai ganti
5. Untuk alas tempat duduk, saya gunakan playwood tebal. Kemudian playwood tadi saya letakkan 4 keping span 8mm dan balut kan dengan kain.
Ads
6. Nak nampak lebih cantik saya buat lekuk-lekuk pada permukaan span dengan menggunakan skru dan tampalkan butang di atas skru tadi
Hasil kreatif Puan Mastura ini membuatkan ramai membuka mata dan akan merasa bersyukur dengan apa yang ada. Nikmatnya PKP ini dapat dirasai bersama keluarga tercinta dengan hanya melakukan aktiviti menghias rumah bersama-sama. #syukurbersama.
Jangan buang dulu! Barangan lama yang sudah buruk jangan disangka tiada harga. Dengan kos yang rendah dan sedikit kreativiti, anda boleh mengubah apa jua alatan menjadi berharga. Cuba sendiri dan lihat transformasi kerusi besi dengan cat yang sudah tertanggal ini bertukar menjadi sebuah kerusi comel dan ceria.
+ ANDA PERLUKAN
Kerusi besi lama
Kertas Pasir
Primer
Masking tape atau painters tape
Cat pelbagai warna
Berus cat
Spray polycrylic
+ MASA/ KOS
3 Jam 30 minit/ RM50
+ LANGKAH-LANGKAH
1. Gunakan kertas pasir untuk buang sisa cat dan karat yang masih melekat pada kerusi lama tersebut. Pastikan permukaan kerusi rata dan tidak terlalu kasar.
2. Kemudian lap kerusidengan kain basah untuk hilangkan segala kotoran dan habuk.
3. Spray kerusi tadi dengan spray putih dan tunggu sehingga kerusi betul-betul kering (lebih kurang 1 jam)
4. Ambil masking tape dan tampal pada kerusi mengikut corak dan design yang anda suka. Lakukan secara berperingkat dan mengikut bahagian.
5. Berikan masa 20 minit untuk cat kering sebelum anda mula mengecat pada bahagian seterusnya.
6. Anda juga boleh tambahkan cat emas pada hujung kaki kerusi untuk efek yang lebih elegan.
7. Akhir sekali, selepas cat kering, ambil spray polyacrylic dan spray pada seluruh bahagian kerusi sebagai lapisan perlindungan dan agar cat tahan lebih lama.
8. Biarkan kering selama sejam sebelum guna. Selamat mencuba!
Sabun basuh pinggan boleh buat lantai rumah berkilat. Ramai yang mempunyai masalah lantai rumah nampak kusam tak berkilat macam dulu-dulu. Macam-macam petua la digunakan untuk nak nampakkan lantai rumah berkilat macam diamond. Malangnya lepas sahaja mop lantai guna pencuci lantai biasa, habuk dan pasir mula lekat balik dan kesan kilat tu pun hilang.
Perkongsian dari Heze Zamri tip dan trik beliau dapat kilatkan lantai ini wajib Followers IMPIANA cuba. Siapa sangka pencuci pinggan mangkuk yang ada di dapur tu mampu selesaikan masalah lantai kusam ini.
Katanya, petua nak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlight je gaisss. Letak sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar Youtube.
Sebelum ini beliau pun mop guna sabun lantai Ajax, hampir 10 x mop debu2 pasir maasih kelihatan kesan dari renovation rumah, guna sunlight sekali je teros bersinar.
Tambahnya lagi petua ni di kongsikan oleh saudara ibunya yang ada membuat cleaning services. Patutlah lantai di Mall nampak bersinar ja kan.
Tunggu apa lagi jom cuba. Jom beli sabun basuh pinggan Sunlight
Lantai rumah yang berkilat memang memainkan peranan penting untuk semua pemilik rumah. Kalau lantai tidak berkilat suasana rumah tu pasti nampak tak berseri. Walaupun dekor cun macam mana pun kalau lantai tak berseri pasti hilang aura seri rumah itu.
Berkenan nya tengok dapur permainan dekat ikea tu. Tapi mampu tengok sahaja lah. Teringin nak bagi si cilik ni main permainan macam tu. Bukan tak mampu nak beli, tapi nanti membazir sahaja. Hanya dalam tempoh atau tahap tertentu sahaja ia akan digunakan dapur mainan tu. paling kuat setahun, selepas itu terbengkalai lah sebab sudah tidak padan dengan usia si cilik.
Tak perlu beli mahal-mahal. Apa kaat kita ikut idea DIY En. AJ Faizal ToneDIY je sendiri dapur mainan buat anaknya dari rak buku murah dan bahan-bahn kitar semula.
Bahan-bahan utama:
– Kabinet 3 tingkat RM18
– Kabinet 2 tingkat RM14
– Kepala paip RM2
– Sesiku L RM 2
– 1 kaki paip PVC (sedia ada)
Bahan-bahan yang lain guna recycle dan ada juga yang mamang dah ada. Antara bahan yang ada dan bahan kitar semula adalah seperti panel plastik untuk dapur dan dinding. Bahan tersebut saya ambil yang orang buang. Papan untuk meja pun bahan recycle. Eksesori lain seperti lampu, pingan, mangkuk, kuali dan lain-lain
1. Pasangkan rak buku mengikut langkah-langkah yang tertera pada pek pembungkus
2. Paip PVC 1 kaki di padankan dengan kelapa paip serta disambungkan pada alas dapur yang diperbuat daripada penal plastik kitar semula. Sebelum itu, sediakan lubang untuk paip dan besin yang akan menjadi sinki. Untuk kukuh, gunakan gam panas pada setiap sambungan
3. Lekatkan besen pada alas dapur dengan menggunakn gam panas
4. Gunakan sesikul L kecil sebagai tungku dapur
5. Untuk hasilkan mimic api pada dapur, gunakan lampu dengan kuasa bateri berwarna merah yang dilekatkan di bawah tungku
6. Lekatkan alas dapur pada struk utama
7. Pasangkan penyangkuk periuk dan dinding belakang dapur. SIAP!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.