
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

Musim-musim cuti, ramai yang tiada di kawasan perumahan kita. Lagi-lagi ada yang baru nak cuti raya kan. Masa ini lah penjahat, perompak semua nak buat kerja. Selalunya jenayah-jenayah waktu begini lah banyak kes pecah rumah berlaku. Orang cuti, perompak baru masuk kerja kan? Hahahaha. Jadi, untuk menjaminkan keselamatan rumah anda, mari saya kongsikan beberapa tip keselamatan sebelum anda meninggalkan rumah.
Pertama, untuk tidak memudahkan dipecah masuk rumah, pastikan pintu dan tingkap rumah kita ditutup dan dikunci sekali. Ini kerana kedua-dua laluan ini adalah laluan khas dan utama bagi mereka yang jahat ini. Kalau tak ada dua-dua laluan ini, macam mana nak pecah masuk kan? Hahahaha.
Seterusnya, demi menambahbaikan keselamatan atau memperketatkannya, pastikan anda ada rantai atau ibu kunci kemudian pasangkannya di bahagian tempat yang mudah untuk perompak ini masuk.
Di samping itu juga, kalau anda ada duit yang lebih, pasanglah alat penggera di rumah anda. Ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk mencegah perompak masuk ke kawasan kediaman anda.
Selain itu, jika anda seorang yang peramah dan baik hati, boleh meminta jiran sebelah anda untuk sentiasa memerhati kawasan rumah anda semasa anda tiada di rumah. Dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjaminkan keselamatan rumah, malah, menjaminkan silaturrahim sesama manusia.
Tambahan lagi, jika anda ada lampu yang terbuka dengan sendirinya pada waktu tertentu, pastikan anda ‘set’ kan pada pukul 6 petang sehingga 7 pagi. Ini juga boleh mencegah dari perompak tahu yang anda tiada di rumah disebabkan lampu terbuka di rumah anda.
Dan yang akhir sekali, maklumkan kepada polis atau pegawai yang bergerak di kawasan anda, bahawa anda tiada di rumah dari waktu pergi dan waktu balik. Asalkan ada seseorang yang sentiasa memerhati dan menjaga keselamatan rumah anda, sudah boleh melegakan hati kita yang hendak berjalan jauh dari rumah.
Jadi, secara kesimpulannya, janganlah kita tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya sekiranya anda ingin tinggalkan rumah. Kalau tidak, ia boleh menjejas segala harta benda yang ada di rumah anda. Fikir-fikirkanlah.
Sumber: Tenaga Jaya (https://www.tenagajaya.com/10-tips-keselamatan-sebelum-meninggalkan-rumah)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

Memang seronok kan kalau kita dapat membina rumah idaman atau membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai sambil menikmati pemandangan laut biru yang indah dan menakjubkan. Pasti rasa bahagia bukan?
Tetapi, anda harus fikirkan risiko yang bakal anda hadapi dari segi faktor keselamatan sekiranya memiliki rumah atau kediaman yang berada di kedudukan sebelah pantai.
Faktor keselamatan ini bukan sahaja melibatkan rumah kediaman anda malah keselamatan keluarga tersayang juga turut memaikan peranan penting dan harus diberikan keutamaan.
Selain faktor keselamatan yang anda perlu titikberatkan, ada lagi beberapa faktor lain yang perlu anda tahu sekiranya mahu membina rumah dan membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai.
Bakal Berdepan Dengan Pelbagai Bencana Alam
Seperti sedia maklum, memiliki rumah atau kediaman di sebelah pantai lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, ribut taufan, banjir dan sebagainya.
Sekiranya berlaku bencana alam, ia bukan sahaja menjejaskan struktur rumah, tetapi keselamatan ahli keluarga anda juga turut terjejas.
Malah, jika struktur rumah telah terjejas teruk akibat bencana alam kediaman anda juga mungkin tidak boleh lagi didiami pada masa akan datang.
Kawasan Dengan Kepadatan Penduduk Dan Pelancong Luar
Secara lazimnya, kediaman tepi pantai di Malaysia ini harganya jauh lebih mahal berbanding dengan kediaman yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku ekoran kebanyakan kawasan tepi pantai dijadikan sebagai tempat pelancongan dalam dan luar negara.
Maka dengan itu, bilangan kepadatan penduduk di kawasan kediaman anda akan bertambah padat dengan kehadiran pelancong luar.
Kos Penyelenggaraan Dan Penjagaan
Selain nilai harganya yang jauh lebih mahal, anda juga harus memikirkan dari segi kos penyelenggaraan dan penjagaan rumah anda.
Sekiranya rumah yang anda dibina daripada kayu yang bukan gred marin, ia boleh reput dengan mudah akibat kelembapan tinggi dan persekitaran basah. Kepekatan garam yang tinggi di udara boleh menyebabkan karat dan hakisan kepada lekapan logam anda.
Sekiranya bumbung anda tidak diperbuat daripada keluli atau logam tahan karat, anda mungkin perlu menggantinya setiap 15 tahun dan bukannya 20 tahun seperti kebiasaannya.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Iproperty.com.my
Baca artikel berikutnya: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

Satu-satu kawasan yang menjadi tarikan kita kerana kecantikkan semula jadi, adalah persekitaran kampung. Dari kanak-kanak lagi, kita akan suka bila pulang ke kampung kerana suka akan permadangan yang lawa dan nyaman bila dipandang. Jadi, bila sudah meningkat usia tua, kita akan mula terasa hendak mahu ada satu rumah untuk diri sendiri di kampung. Tapi kan, jenis rumah apa yang kita nak bina untuk rumah kita di kampung? Mari sini saya tunjukkan jenis-jenis rumah kampung tapi kelihatan moden.
KOTEMPORARI
Selain memanfaatkan ruang tamu yang besar, ia tetap tampil kemas dan cantik dengan gaya kontemporari antara konsep dekorasi yang menekankan keasliannya sendiri. Walaupun ia kelihatan sempit dari luar, menggunakan reka bentuk ini, kawasan kecil mungkin kelihatan luas. Tanggapan ini sesuai untuk mereka yang menghargai kesederhanaan daripada berlebihan. Kayunya masih jelas, tetapi ia telah diselitkan dengan bahan tambahan untuk menambah ciri moden seperti mainan warna, corak perabot, dan sebagainya. Ia juga penting untuk memilih warna asas, komponen warna bumi, dan gabungan warna tertiari sekunder dan dramatik.
MINIMALIS
Ringkas, teratur dan tidak terlalu panjang. Itu adalah pendekatan mudah yang sesuai untuk memodenkan kediaman kampung. Idea minimalis tidak memerlukan sejumlah besar perabot dan butiran. Warna cat yang memenuhi tanggapan ini selalunya merupakan campuran neutral. Pilihan rona neutral menyerlahkan nilai estetik kotej dusun yang sederhana namun menarik.
STAIL KABIN
Rumah kabin atau rumah kontena adalah kediaman alternatif yang dibina di Malaysia menggunakan kontena kargo. Oleh itu, jangan hairan jika anda terjumpa rumah kampung yang diperbuat daripada bekas yang saiznya mungkin sedikit.
Biasanya, saiznya adalah sekitar 20 kaki × 10 kaki, namun ia bukan bekas besi sepenuhnya. Ia masih mempunyai unsur seperti papan dan kayu jati.
Ia juga dikemas kini dengan menggunakan batu, simen, dan besi berongga untuk mengukuhkan asasnya. Untuk membahagikan kawasan di dalam rumah, papan fascia dan papan gypsum digunakan untuk membina dinding.
Jadi, ini sahaja jenis rumah kampung yang boleh kelihatan moden. Anda boleh cuba pilih dan cari jenis-jenis lain untuk rumah kampung anda.
Sumber: Property Guru (https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/inspirasi-reka-bentuk-rumah-kampung-moden-39385)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
