Bau Masakan
Bau Masakan

Dapur merupakan salah satu kawasan paling penting dalam rumah, di mana masakan harian kita disediakan. Namun, masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang ialah bau kepam masakan yang ‘melekat’, terutamanya jika dapur tidak dilengkapi dengan hood atau penutup ekzos.

Biasanya untuk hilang bau ini kita akan sembur pewangi kediaman. Tapi disebabkan hari-hari masak memang cepat lah habis kan. Ini ada satu cara yang boleh kita gunakan untuk menghilang masalah bau yang memenuhi ruang rumah selepas masak.

Cuma rebus empat bahan ini, dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.

Tip hilangkan bau masakan untuk rumah tiada hood

Nak share tip bagi hilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada kitchen hood macam saya.

Lepas memasak tumis rumah biasanya akan berbau. Saya selalu lepas kemas dapur saya akan rebus bahan ini untuk hilangkan bau masakan dalam rumah.

Ads

Bahan-bahannya;

Lemon
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis

Hilangkan Bau Masakan Di Rumah, Sesuai Dapur Yang Tiada Hood

Rebus dalam 10-15 minit macamtu. Guna api yang kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.

Ads

Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol spray dan boleh guna sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.

Selamat mencuba.

Sumber:  Sharifah Nursakinah

Ads

Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI