Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau kepam.
Malah, sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari, sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala. Bantal termasuk sarungnya, sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur, peluh, kulat dan sebagainya. Maka, cara basuh bantal juga perlu benar-benar bersih dan betul kaedahnya.
CARA BASUH BANTAL
Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.
1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam
Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Ads
Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.
2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit
Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.
Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.
Ads
Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.
3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu
Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.
Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.
Ads
Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.
4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih
Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.
Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.
Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.
Dekorasi konsep farmhouse moden tema warna ‘earth tone,’ senang nak suaikan dengan perabot. Pemilihan tema warna ‘Earth Tone’ untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk suaikan dengan warna perabot.
Warna ‘earth tone’ menjadi tren yang diminati oleh ramai orang kerana sifatnya yang natural dan hangat. Kehadirannya menjadi inspirasi dalam menata tempat tinggal masa kini supaya mendatangkan kesan hangat, nyaman, dan ‘welcome’.
Cantik, tenang dan bersih sahaja rumah pemilik kediaman. Perkongsian dekorasi rumah bertukar wajah selepas tragedi banjir Disember 2021. Pemilik kediaman menggunakan warna terang dan ceria. Selepas banjir, pemilik kediaman terus tukar konsep kepada modern farmhouse dengan earth tone.
Ruang tamu adalah seperti induk rumah kita. Ruang tamu adalah tempat dimana ia menunjukkan imej diri kita bagaimana. Perkara pertama yang akan kita cuba untuk kemas dahulu sekiranya ada tetamu datang, ruang tamu lah yang kita akan kemas dulu. Dah nama pun ruang tamu, mestilah untuk tetamu kan? Hahahaha. Jadi, jikalau, ruang tamu kita teruk atau sederhana, maka orang akan memandang biasa terhadap. Jikalau ruang tamu kita kelihatan menarik dan sedap mata memandang, maka orang akan puji kita dan memandang tinggi kepada kita, bahkan, kita mendapat kehormatan dari orang ramai. Oleh sebab itulah, pemilihan atau permikiran yang kreatif perlu ada pada diri kita untuk dalam hal-hal mendekorasikan ruang tamu rumah kita. Jadi disini, saya akan memberitahu apa bahan-bahan dekorasi yang boleh mencantikkan atau memantapkan ruang tamu kita.
Pemilihan sofa yang sesuai dan selesa.
Benda ini amatlah penting kerana tiada sofa, lebih baik tidak ada rumah. Bahkan, rumah lama sekarang ni pun dah ada sofa. Cuma perbezaannya adalah sofa yang biasa atau murah dan sofa yang mahal atau selesa sahaja. Ada banyak sebenarnya jenis sofa yang kitab oleh pilih menampakkan ruang tamu nampak kelainan dari ruang tamu biasa. Sebagai contoh, sofa yang sering kita nampak di kedai adalah berbentuk L dan berbentuk U. Kalau nak nampak kelainan lagi, sofa bed. Sofa bed ia adalah 2 dalam 1. Boleh jadi sofa, boleh jadi katil. Jadi, senang jikalau ada tetamu yang ingin menumpang di rumah kita, mereka boleh dipelawa duduk di sofa bed tersebut. Selain dari itu pula, pemilihan material sofa juga penting kerana ada yang kayu, kusyen, berbulu-bulu dan juga kulit. Kebiasaan orang sekarang akan membeli yang kusyen kerana ia murah tetapi kalau ada duit lebih atau orang kaya, boleh membeli yang material berbulu-bulu atau berkulit.
Lampu siling yang penuh bergaya.
Setiap ruang tamu di rumah, memang sudah ada lampu jenis panjang di dinding tetapi, ia kelihatan biasa dan bosan. Jadi, kita perlulah menukarkannya kepada lampu siling yang berwajah moden untuk menaikkan imej ruang tamu dalam rumah kita. Sebagai contoh, lampu siling itu besar berbentuk bunga, lampu tersebut terselit di lubang-lubang dinding ataupun lampu yang tergantung itu. Baru lah, ruang tamu akan nampak lebih mantap!
Jadi, itulah sedikit perkongsian tips untuk membuatkan ruang tamu menampakkan lebih meriah dan gempak. Cuma, pastikan siapkan duit sahaja lah. Hahahahaha.
Makeover konsep rona putih, dapur sempit nampak luas dan mewah. Dapur merupakan nadi untuk sesebuah kediaman. Maka sebab itulah ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila dapur cantik, kemas dan selesa, secara tidak langsung ia akan membangkitkan mood untuk memasak. Pastinya kos renovasi mengikut bajet dan kemampuan. Seperti perkongsian Dinah Rakhim
Makeover dapur untuk mereka yang sukakan rona putih. Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapurrona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.