Dekorasi

Hilangkan Kesan ‘Peta’ Dan Bau Kepam BANTAL. Ini 4 Kaedah Betul & Mudah!

Share

Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau kepam.

Malah, sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari, sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala. Bantal termasuk sarungnya, sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur, peluh, kulat dan sebagainya. Maka, cara basuh bantal juga perlu benar-benar bersih dan betul kaedahnya.

CARA BASUH BANTAL

Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.

1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam

Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.

2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit

Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.

Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.

Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.

3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu

Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.

Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.

Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.

4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih

Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.

Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.

  • Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
  • Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
  • Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
  • Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
  • Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
  • Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana