Kadangkala apabila terlalu penat, kita terlepas pandang ataupun lupa mahu mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Sudahnya, warna luntur pada baju putih dan mungkin tidak boleh dipakai lagi. Tetapi, sebelum anda buang baju yang terjejas itu, cuba dahulu beberapa tip IMPIANA ini mudah-mudahan ia dapat mengembalikan keadaan asal pakaian tersebut.
1. Rebus pakaian
Merebus pakaian yang terkena warna luntur sejurus selepas anda menyedarinya akan mengurangkan risiko warna tersebut untuk kekal pada pakaian. Lagi cepat, lagi bagus.
tetapi bergantung pada jenis material pakaian juga. Jika jenis yang nipis dan kurang tahan, lebih baik anda rendamkan sahaja dalam air panas selama beberapa minit.
2. Perahan lemon/limau
Ads
Ads
Selain itu, boleh juga cuba untuk rendamkan pakaian terjejas kedalam campuran air panas dengan perahan lemon. Bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku, perahan lemon perlulah dibancuh sesuai dengan kekotoran.
Ads
3. Bahan peluntur
Letakkan 1 sudu sabun basuh baju kedalam baldi kemudian isi air mengikut kesesuaian. Ambil peluntur sebaiknya yang berperisa lemon, dan tuang sebanyak 5 penutup botol kedalam baldi tadi.Kacau campuran sehingga rata dan rendamkan baju terjejas kedalam baldi tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sebelum dibasuh dan dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada apa yang mustahil sekiranya kita kreatif dan rajin mencuba. Bukan sahaja anda dapat jimatkan masa dan juga wang, malah jika berjaya fikir keluar kotak, anda juga dapat menukar sesuatu yang tidak berharga menjadi lebih berfungsi dan dihargai. Begitulah contoh DIY bakul mainan yang ditunjukkan oleh Puan Azuana Sajahan melalui perkongsian beliau dilaman sesawang fb.
Beliau pada mulanya berhasrat membeli rak atau almari buat menyimpan mainan anaknya yang semakin banyak tetapi menukar fikiran kerana harga rak yang tidak masuk akal mahalnya. Jadi, berbekalkan duit kurang RM50 Puan Azuana telah bejaya membinakan rak bakul buat menyimpan alat permainan ‘hero’ kesayangannya.
Menurutnya, tempoh yang diambil untuk menyiapkan rak bakul ini tidak sampai 2 jam pun! Dan anda hanya perlukan bakul, wallpaper bercorak dan batang paip.
Yang penting kena tahu saiz (panjang dan lebar) bakul sebelum memotong batang paip.
Rak bakul tiga tingkat ini amat mudah untuk dibina, mungkin anda bleh cuba DIY pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Si kecil juga ‘excited’ nak bantu ibu bina rak bakul mainannya.
Kertas dinding atau wallpaper dari kedai eco untuk menceriakan rak bakul anda.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan lagi bakul untuk mengisi mainan.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan khuatir, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkngsian pengguna FB Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Alatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
Langkah-langkahnya :
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak. Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sangka bilik hospital yang sering dikaitkan dengan suasana suram dan membosankan boleh bertukar menjadi mini pawagam?
Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki kreatif, yang mengambil inisiatif luar biasa untuk memberikan kegembiraan kepada pesakit dan kakitangan hospital. Usaha ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah membuktikan bahawa kreativiti mampu mengubah sesuatu yang biasa menjadi luar biasa.
MASUK HOSPITAL DITAHAN LAMA
Pemilik akaun @emynursyafiqah08 berkongsi video TikTok yang merakamkan detik dia meninggalkan hospital sementara, dan apabila kembali semula dia mendapati suaminya telah memasang projektor sendiri menggunakan stesen janakuasa atau powerbank.
Mengikut laporan WORLD OF BUZZ, Emy berkongsi bahawa suaminya telah mengambil antibiotik melalui titisan intravena (IV drip) dan telah keluar masuk hospital sejak 3 tahun lalu.
“Untuk rawatan ini, suami saya sudah 3 tahun keluar masuk wad. Jadi, semasa proses rawatan dia tidak boleh pergi ke mana-mana. Saya fikir dia hanya melakukannya untuk hiburannya sendiri. Tetapi apabila saya kembali, dia sedang menyediakan skrin besar,” kata Emy.
Semua pesakit lain turut menikmatinya bersama
Emy turut menjelaskan bagaimana suaminya meminta kebenaran daripada pesakit lain yang berkongsi bilik sebelum memasang projektor tersebut, dan semua orang memberikan ‘lampu hijau’.
Dia bercerita lanjut bagaimana kesemua rakan sebilik suaminya itu gemar menonton berita dan perkara lain pada projektor tersebut. Malahan, suaminya sentiasa memastikan kelantangan audio tidak terlalu kuat agar tidak mengganggu pesakit lain.
“Kami tidak menggunakan palam hospital. Selain itu, saya hanya ingin menegaskan bahawa tindakan saya merakam kejadian itu adalah dilarang dan bertentangan dengan peraturan hospital kerana terdapat jururawat dan doktor yang merawat pesakit lain pada masa itu,” ujarnya lagi.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.