Ruangan outdoor peribadi adalah impian bagi kebanyakan orang yang tinggal di bangunan tinggi seperti apartmen atau pangsapuri di sekitar bandar. Biarpun ia hanyalah sebuah balkoni kecil, ruangan seperti ini amat berharga lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar kerana sudah penat terkurung didalam rumah tanpa halaman.
Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang ini di rumah high-rise anda, maka wujudkan sebuah santuari atau tempat untuk keluarga dan rakan-rakan duduk bersantai menikmati keindahan pemandangan.
Ini bermakna anda perlu lakukan lebih daripada sekadar meletakkan rumput karpet dan kerusi sahaja. Tidak kira berapa kecil pun, balkoni anda mempunyai banyak potensi reka bentuk. Sedang mencari idea untuk menghias cantik balkoni anda? Teruskan membaca untuk 5 idea menarik dan lihat bagaimana anda boleh mengubah ruang luar anda 100%!
#1 BINA TEMPAT DUDUK BUILT-IN
Maksimakan penggunaan ruang anda dengan membina bangku atau tempat duduk. Selain itu, anda juga tidak perlu risau perabot diterbangkan angin.
Ads
#2 LETAKKAN BEANBAGS ATAU BANTAL
Jika perabot built-in adalah diluar kemampuan atau anda hanya menyewa, boleh juga letakkan beberapa beanbang atau bantal besar yang empuk di atas lantai untuk suasana ala picnic.
Ads
#3 BAWA TUMBUHAN HIDUP
Penuhi ruang in dengan tanaman atau tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan subur untuk mewujudkan perasaan nyaman.
Ads
#4 BUAT SESUATU PADA DINDING
Jangan hanya biarkan dinding di balkoni kosong tanpa sebarang fungsi. dDengan ruang yang terhad, anda perlu gunakan semuanyan dengan bijak. Gantung pasu atau lampu pada dinding sebagai contoh.
#5 BERIKAN DIRI ANDA PRIVASI
Jika anda mahukan lebih privasi daripada jiran-jiran sekeliling, anda boleh saja gunakan tumbuhan ataupun perhiasan tinggi yang secara tidak langsung bertindak sebagai penghadang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyaman udara mungkin antara alatan yang kerap digunakan. Ini bermaksud anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik. Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit penyaman udara penuh dengan kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud anda sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar dan berpotensi kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan.
Sebab itu, sebaiknya unit indoor perlu diselenggara setiap bulan. Namun, nak panggil orang servis setiap bulan, bocor juga poket sebab harganya bukan murah. APa kata, anda buat je sendiri. Cara-caranya boleh tonton video yang dikongsikan oleh Youtube Chanel ProjekHauz. Dengan hanya modal RM 10 dan tidak memerlukan peralatan yang rumit, unit indoor aircond anda boleh diselengara dan di cuci bersih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Merah jambu atau pink, begitu banyak biasannya di pasaran. Yang mana satu pilihan anda dan yang mana satu mewakili karakter anda? Pilihlah PINK yang anda suka dan cuba kaji pada diri sendiri. Andai benar atau tidak dan boleh ditanda pada karakter yang betul…
Merah jambu gelap – Selalunya merah jambu seumpama ini nyaris seperti ungu atau magenta. Sesuai buat kediaman moden yang berani mencuba sebuah warna yang cantik menggoda. Kediaman anda bertemakan klasik Inggeris atau rococo? Silakan…..
– Berkeyakinan tinggi
– Yakin penampilannya
– Berkarisma
– Misteri
Merah jambu pekat terang- Mempunyai biasan rona garang dan sesuai bagi yang menggunakan perbot kayu gelap seperti rosewood, jati dan birch. Kediaman anda dihias dengan barangan antik Asia dan oriental? Pasti tampil hebat!
– Lincah
– Anggun
– Cita rasa tinggi
– Elegan dan mewah
Merah jambu pekat berdebu-Warna yang tampil tenang dan eksklusif. TIdak terlalu gelap dan terang. Bagi kediaman besar dan mempunyai perabot polos, menggunakan tema moden klasik atau vintage
– Feminin
– Tenang
– Eksklusif
– Unik
Merah jambu seksi – Merah jambu yang dikatakan sesuai dengan tema kontemporari yang mempunyai lagak yang cukup elegan. Baik di ruang berperabot ringkas moden atau klasik. Sesuai untuk rumah si anak gadis dengan warna-warna yang cukup riang bertenaga.
– Ceria
– Berfikiran positif
– Sukakan kelainan
– Berani
Merah jambu asli – Apa lagi yang mampu dikatakan dengan merah jambu asli. Rona pesona yang menusuk kalbu dengan apa sahaja yang dipalit olehnya. Dari dinding ke sofa apatah lagi permaidani. Buat kamar si anak kecil perempuan sememangnya cukup luar biasa dan mereka yang memilih moden kontemporari.
-Sweet
-Glamor
-Manja
-kreatif
Merah jambu pastel – Merah jambu yang lebih lembut warnanya. Selalunya pilihan menjadi warna alat solek atau ruang tamu. Sesuai untuk ilham moden pada dinding mahu pun perabot.
-Feminin
-Sweet
-Romantis
-Sentimental
Merah jambu lusuh – warna yang masih baru di dalam pasaran. Tetapi sudah mula mendapat tempat di kalangan pereka untuk membentuk karakter tegas dalam kejelitaan. Melibatkan kediaman bertema seperti vintage atau Scandinavian.
-Tegas
-Kreatif
-Sentimental
-Punya pendirian sendiri.
Merah jambu peach. – Warna ini merupakan warna antara jingga dan merah jambu. Ia sememangnya unik dan payah untuk disuai padan. Pun begitu buat ruang makan moden atau kamar anak-anak , pilihan rona sememangnya sesuatu yang sangat unik.
-Berfikiran positif
-Ceria
-Kreatif
-Bersemangat waja
Merah jambu pucat – Warna ini sememangnya sangat jarang digunakan tetapi semakin popular di kalangan tuan rumah ala scandianvian. Mempunyai keisitmewaannya yang tersendiri dan eksklusif buat kamar anak-anak, menonton mahu pun membaca.
-Penyayang
-Prihatin
-Sensitif
-Sweet.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Akhir-akhir ini harga durian melambung tinggi. Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi namun penghasilannya masih rendah. Permintaan yang secara tiba-tiba menjadi tinggi ini disebabkan oleh durian mula dieksport ke luar negara.
Sedar akan kehendak dan keperluan ini, ramai yang mengambil keputusan untuk menanam sendiri durian. Tapi kalau tanam durian dari anaknya, lambat pula untuk mendapat hasil. Bagi anda yang telah mempunyai dusun durian atau ada yang saja suka-suka ingin menanam durian, anda digalakkan untuk melakukan cantuman dewasa atau kahwin pokok dewasa.
Apa faedah cantuman dewasa?
1. Memulihkan pokok dewasa yang tidak produktif
2. Menghasilkan varieti yang lebih berkualiti dan mendapat permintaan
3. Hasil boleh di tuai dalam tempoh 2-3 tahun berbanding dari anak pokok yang memerlukan tempoh matang sahaja 5 tahun.
4. Tidak memerlukan penanaman semula
5. Kos minimum dan jimat
Nak tahu macam mana cara untuk buat cantuman dewasa pokok durian, boleh tengok video yang di sediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.