HOME MADE FOR 2 terletak di kawasan perumahan yang terkenal di bahagian utara Kuala Lumpur. Pemilik menginginkan reka bentuk ruang dan keutamaan ditempatkan pada pembaharuan ruang Interior sambil mengekalkan sebahagian besar ciri fasad luaran. Pereka telah bekerjasama dengan pemilik yang juga pereka rumah.
Kesesuaian ruang menjadi parameter reka bentuk susun atur rumah. Reka bentuk rumah ini disesuaikan untuk dua pengguna dengan satu bilik tidur utama dan satu bilik tamu serbaguna. Bilik tamu dirancang untuk menjadi ruang yang fleksibel yang juga berfungsi sebagai bilik menonton atau ruang kerja.
Susun atur tingkat bawah merangkumi konsep ruang pengudaraan yang sangat baik. Dari depan, hingga ke belakang rumah, ruang dalaman diatur untuk membentuk aliran ruang berterusan untuk pengudaraan yang maksimum. Jika dilihat dari pintu masuk beranda tempat letak kereta, ruang dalaman rumah itu dikaburkan sebahagiannya kerana reka bentuk skrin logam corak gelombang menegak yang unik. Sebaik memasuki rumah, pengunjung akan disambut oleh taman halaman yang terletak di sebelah ruang tamu.
Cahaya semula jadi diperkenalkan ke ruang tengah dengan menempatkan tandas yang ada di tingkat satu. Lampu serta jubin dan atap terbuka menembusi ruang bumbung, mengundang rasa puitis ruang.
Jika anda perhatikan sentuhan yang di reka ini membuatkan pemiliknya berasa lebih privasi dan selesa dengan yang tersendiri. mengenakan ciri moden industiri yang lebih elegan membuatkan rumah ini tampak lebih sempurna dengan gaya tersendiri.
Setiap ruang dalam rumah ini berfungi menjadi ruang yang praktikal untuk pemilik di dalam rumah ini aliran udara dan cahaya semula jadi yang menembusi ruang kediaman ini membuatkan rumah ini tampil segar dalam gaya yang tersendiri.
Fasad belakang kediaman ini dibina tembok batu bata dua tingkat baru menggunakan ikatan pengikat yang diletak secara menegak untuk membentuk halaman terbuka dengan pemandangan yang terbuka ke langit. Dinding bata yang terdedah terdiri daripada campuran batu bata tanah liat dan pasir dengan slot menegak kecil untuk tujuan pengudaraan.
Di tingkat satu, kami merapatkan jurang antara bahagian depan dan belakang rumah menggunakan jambatan keluli ringan. Lantai berlubang memungkinkan cahaya siang maksimum untuk meresap, menciptakan cahaya puting dan membuang bayangan ke lantai bawah. Ruang dalaman rumah merangkumi reka bentuk seni bina minimalis dengan bentuk geometri yang sederhana namun elegan.
Obses dengan palet warna hitam dan putih (kombinasi warna gelap dan terang) memberikan kontras yang menyenangkan pada ruang dalaman, elemen dan tekstur tetapi memungkinkan untuk mewujudkan rasa keakraban dan keselesaan. Palet bahan untuk ruang tamu, halaman dan ruang makan dikurangkan minimum: menggunakan kaunter yang diperbuat daripada simen di ruang dapur dengan ruang peribadi seperti bilik tidur utama menggunakan warna yang lebih gelap yang menimbulkan keindahan monokromatik yang abadi.
Sumber: Archdaily
Architects: O2 Design Atelier
Photographs: Alvin Tan Photography
Manufacturers: Grohe, Toto, Acor, Big Bath, Feruni
Lead Architects: Edric Choo Poo Liang
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ada segelintir dikalangan anda yang masih belum mengenali dengan jenama Epitex, untuk maklumat anda ia adalah salah satu jenama barangan kelengkapan rumah antarabangsa keluaran daripada negara Singapura.
Setelah lebih 26 tahun berada di pasaran Singapura, jenama Epitex International ini tidak dapat disangkalkan lagi ia adalah merupakan salah satu jenama barangan kelengkapan rumah yang dipercayai ramai di negara jiran dan antarabangsa.
Bagi mahu memperluaskan lagi pasaran jenama Epitex, kini telah mula mengorak langkah untuk memasuki pasaran di Malaysia. Epitex kini sudah berada di pasaran Malaysia dengan membuka cawangan kedai mereka yang pertama di Pusat Membeli-belah Pavilion, Bukit Jalil pada tahun lalu dan seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya, pada Julai lalu.
Mahir dalam penghasilan fabrik kain sarung cadar katil dan tuala mandian yang berkualiti tinggi serta tahan lasak, Epitex telah menjadi jenama yang dipercayai ramai menerusi rangkaian barangan kelengkapan rumah yang bermutu tinggi.
Selain itu, Epitex juga turut mempunyai pelbagai barangan aksesori rumah seperti lilin wangian, bantal, selimut dan lain-lain.
Jadi, tunggu apa lagi? Segera berkunjung di cawangan kedai Epitex untuk rasai sendiri pengalaman rangkaian produk barangan kelengkapan rumah jenama Epitex hari ini.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang di https://my.epitexhome.com atau hubungi di talian +603-8074-7253.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak makan, ambil saja.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena serangan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mati.
Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.
Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.
Karpet bukan sahaja memerangkap habuk, malah ia menjadi habitat kegemaran bakteria yang mengundang masalah kesihatan. Untuk memastikan karpet anda sentiasa bersih, vacuum setiap hari pun tidak dapat membersihkan karpet anda. Jadi, penyelesaian terbaik adalah dengan mencuci. Tapi, nak cuci pun ada masalah. Harganya bukan main mahal. Betul tak? Nak buat sendiri, tak larat lah pula.
Nrhfizah Fdzi dan suami ada cara tersendiri untuk mencuci karpet yang tidak memperuntuk tenaga dan modal yang banyak.
Assalamualikum
Tips , those yang kat rumah pakai karpet. especially rumah tepi jalan, ada kucing, dan sebagainya. Nak rekemen pakai Product ni!
efektif dan tak lencun .
saya and husband beli ni kat DIY bhagian kereta. Harga RM 8.90 something .(lupa dah)
kami try kat karpet rumah. Since masing masing kerja. Walau jarang dok area karpet ni. Tapi sebab rumah depan jalan besar. Tgk kotor nya karpet. blergh. tp lepas sental kali kedua, Alhamdulillah clear.
Anak sy pulak eczema. Kalau muka dy naik eczema. thulah krpet or alas tilam tu kne tukar dh lah. tp mostly alas tilam sy akan tukar 3 hari skli. tp habuk kan jenis halus tk nmpk. so those yg msih tercri cri slh stu bnda ajaib. hehe. Sy cdgkn beli ni. Berbelanja penuh ilmu didada (sedpkan hati). So tkde alasan org tuduh perempuan berbelanja ikut nafsu.
Cara-cara:
1. Goncang tin penyembur betul-betul
2. Semburkan sedikit-sedikit pada permukaan karpet (sebaiknya, cucian dilakukan secara segment untuk memudahkan urusan mencuci dan membersih)
3. Gunakan berus lembut can gosok bahagian berbuih secara perlahan-lahan
4. bersihkan buih yang terdapat pada karpet dengan menggunkan kain bersih
5. basah kan tuala bersih dan lap pada permukaan yang telah disental tadi untuk memastikan ia bersih sepenuhnya
6. Biarkan seketika untuk kering
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.